Selalu bersama
Bertukar cerita
Bergurau senda
Ceria
Kita
Amat mesra
Saling bertanya
Khabar berita
Berkongsi rasa
Sungguh bahagia
Kita
Tiba-tiba bersengketa
Hanya kerana satu perkara
Tidak sekata
Tiada yg amat bermakna
Cuma satu benda
Namun kini
Entah kenapa
Kita membisu sahaja
Diam tanpa bahasa
Kelu tiada bicara
Maafkan aku
Kerana aku terlupa
Kenapa kita bermasam muka
Tapi masih kuingat
Kenapa kita dulu sentiasa ceria
Berbicara & bermesra
Sehingga masa berlalu begitu sahaja
Tidak ku terasa
Masihkah kau ingat?
No comments:
Post a Comment