Monday, October 18, 2010

Chapter 5 - Aku Keliru

"Hello...," bunyi suara dihujung talian handphone Farid. Eh, siapa pulak ni, nombornya aku kenal, tapi kenapa suaranya aku dah tak kenal. Aku bermimpikah atau benar-benar aku dah lupa suara si dia? Tak mungkin, aku kenal sangat suara tu, suara yang sepatutnya keluar dari nombor tu, bukan suara yang ku dengar sekarang ni, suaranya agak matang, perempuan yang agak berumur. Suara yang aku tunggu itu amat merdu, manja. Aku suka suara yang manja, tapi tak mengada-mengada. Dia amat sopan. Tapi kenapa orang lain yang menelefon menggunakan nombor dia? Farid keliru. "Hello, En Farid kah ini? Minta maaf, saya dari Hospital Columbia Asia. Saya buat panggilan dari telefon kawan encik. Dia kemalangan." Terhenti rasanya jantung Farid apabila mendengar suara di sebalik handphonenya itu. Ya Allah, apa dah jadi ni? Kenapa Norly terlibat dengan kemalangan? Terukkah dia? Bagaimanakah kaedaannya sekarang? Farid panik, terasa lemas seketika. "Hello, encik...," bunyi suara di handphonenya memanggil. Farid pantas tersedar dari lamunan, dia menjawab. "Ya, saya datang sekarang." Farid terus mencapai kunci kereta Perodua Myvinya dan berkejar keluar. Farid baru saja membeli Perodua Myvinya itu dua bulan yang lalu. Farid ke bilik pameran Perodua di Balakong bersama-sama dengan Norly. Farid nak Norly yang pilih warna kerata Myvi yang nak dibelinya. Farid suka warna hitam sebenarnya, tapi Norly inginkan warna putih, bersih dan suci katanya. Farid menurutkan sahaja. Dia terlalu sayangkan Norly sebenarnya. Kalau boleh dia nak sediakan semuanya untuk Norly sebelum dia melamar Norly untuk menjadi permaisurinya. Tapi kini Norly terlantar di Hospital, kemalangan. Ya Allah, bagaimanalah keadaan Norly? Farid bergegas ke hospital.

No comments: