Terdetik di hati
Bila tiba masanya
Ku dipanggil kembali nanti
Tika itu
Adakah aku telah bersedia
MenemuiNya
Berbekal amalan yg tidak seberapa
Sempatkah aku memohon ampun
Atas dosa sesama kita
Tersasul berbicara
Perbuatan yg tercela
Sesalan tak bermakna
Maafkan ku ibu
Halalkan segala
Makan, minum
Terkasar kata
Tersentuh rasa
Bukan niatku ibu
Aku tak sengaja
Maafkan ku ayah
Kerana tidak menurut kata
Sering mengikut rasa
Kedegilan mengikut bicara
Tanpa usul periksa
Maafkan ku isteri
Sering membuatmu ternanti
Berkeputusan sendiri
Terlupa hari2 yg dinanti
Mengambil mudah segala
Kesabaran mu tetap jua
Menanti dgn setia
Maafkan ku anak2ku
Kerana terlalu memaksa
Tanpa mengambil kira
Kepentingan dan rasa
Maafkan ku rakan
Maafkan ku taulan
Tak terhitung dosa
Terlindung ataupun nyata
Perbuatan serta tutur kata
Aku pasrah
Aku berserah
Hari ini izinkan aku
Utk memaafkan semuanya
Tanpa kira bicara
Walau apapun kesalahan
Di antara kita
Tersentuh, tersengaja atau terlepas bicara
Tiada persoalan
Tiada imbuhan
Tiada syarat
Tersurat atau tersirat
Aku berdoa
Semoga kita semua bahagia
Serta diterima amalan kita
Dijauhkan dari dosa
Juga sentiasa dirahmati
Serta diberkati
Amin Ya Robbal Alamin...
- chezul
No comments:
Post a Comment