Setidak-tidaknya sms la, bukannya mahalpun. Kalau dah daftar pakej family & friends dengan Celcom tu, sms cuma satu sen sahaja. Takkan tu pun tak mampu, haish... Ataupun dia tak daftarpun aku dalam pakej tu, hmm...terdetik di hati Norly, amarahnya kembali memuncak. Takkan lah aku nak call dia dulu, dia yang bersalah. Dia yang sengaja ambil gambar dengan rakan sepejabat dia yang seksi tu. Dah tu dimuatnaiknya ke dalam facebook. Hati mana yang tak terguris? Hati mana yang tak terhiris? Kalau dia dah suka kan sangat minah seksi tu, bagitau la aku. Ini tidak, dia seolah-olah sengaja nak menyakitkan hati aku, Norly merungut di dalam hati. Hati dan perasaan Norly amat terluka.
Dah la buat hal, tapi tak call minta maaf pulak tu. Atau Farid tak sihat kot? Atau dia takut nak call selepas Norly marah-marah dan hempas telefon tempohari. Patutkah Norly marah macam tu? Norly bukannya tunang atau isteri Farid, cuma kawan, kawan istimewa. Entahlah, mungkin itu yang Norly rasa, tapi bagi Farid biasa sahaja. Norly buntu.
Entah berapa jam Norly berlegar-legar di Jusco Cheras Selatan ni. Diapun tak perasan dan tak ingat waktu, mungkin terlalu melayan perasaan. Dari Jusco ni kosong tadi hinggalah ramainya orang tidak terkata. Dah berapa kali Norly berpusing-pusing pun dia dah tak ingat. Jurujual tu pun dah hafal muka Norly yang moyok tu. Jurujual pun tak berani nak dekat, atau malas nak layan sebab dah berpusing banyak kali tapi tak beli apa-apa pun. Norly benar-benar melayan perasaan.
Setelah terasa lenguh di kaki, akhirnya Norly duduk di kerusi yang disediakan oleh pihak pengurusan Jusco. Bagus juga Jusco ni, sediakan kerusi begini. Dapat juga orang ramai yang shopping atau menunggu famili shopping duduk berehat, menghilangkan letih di kaki setelah puas berjalan dan membeli belah.
Tiba-tiba kedengaran bunyi azan daripada handbag yang Norly bawa. Rupa-rupanya dah masuk waktu solat zohor. Maklumlah handphone yang Farid hadiahkan Norly tempohari dilengkapi dengan aplikasi azan. Farid seorang yang agak Islamik, walaupun dia nampak bersahaja. Kalau keluar datingpun, bila masuk waktu Farid akan meminta izin untuk singgah ke surau atau masjid untuk bersolat. Kadang-kadang bila masuk waktu, kadang-kadang di tengah waktu, tapi yang pasti Farid akan menunaikan tanggungjawabnya pada Allah. Itu antara ciri-ciri yang ada pada Farid yang dapat menawan hati Norly. Tersenyum Norly apabila mengingati saat-saat mereka berdua berdating. Farid juga tidak pernah cuba memegang tangannya apabila mereka keluar dating. Mungkin dia menjaga tatasusila dan halal-haram dalam perhubungan lelaki perempuan bukan muhrim. Tapi Farid juga tidak pernah menyatakan cintanya secara langsung kepada Norly. Dia tak pernah declare cintanya kepada Norly. Apakah benar Farid menyintai Norly? Atau adakah dia hanya sekadar kawan biasa? Aduh, Norly bertepuk sebelah tangan kah? Berat kepala Norly memikirkannya.
Kebiasaannya telah hampir setahun Norly keluar berjalan-jalan di hujung minggu bersama Farid. Farid sering sahaja mengajaknya menemani dia ke mana-mana. Malahan jika ada jemputan kenduri kahwin kawan-kawan Farid pun, Farid akan mengajak Norly menemaninya. Hampir kesemua kawan Farid telah Norly kenali. Dari kawan sekolah, universiti sehinggalah rakan sekerja yg rapat dengan Farid. Kawan-kawan Farid juga seolah-olah telah merestui perhubungan mereka. Tapi Farid belum pernah memperkenalkan Norly kepada ibubapanya. Adakah benar Norly pilihan hati Farid? Hanya Farid yang mampu menjawabnya. Tapi yang pasti Norly telah lama jatuh hati pada Farid. Tapi takkan lah Norly yang nak mulakan dulu. Segalanya terletak di tangan Farid sekarang. Tapi adakah segalanya akan berakhir sekarang? Norly tak mampu untuk menaggung segalanya. Dia amat sayangkan Farid. Dia amat cemburu, tapi bukankah cemburu itu tandanya sayang? Atau adakah dia cemburu buta? Mungkin Farid tak suka gadis yang kuat cemburu. Tapi kena Farid membisu tanpa berita? Kenapa Farid sanggup membuat Norly merana sebegini?
Astarfirullah-hulazim...beristifar seketika Norly. Terjaga dia dari lamunan dek bunyi tangisan anak kecik di sebelah bersama bapanya. Mungkin dah penat atau resah menunggu sang ibu bershopping. Mungkin lapar agaknya tu. Kesiannya anak kecil ni. Bapanya memujuknya dengan sabar.
Adakah Farid juga akan sabar menunggu aku? Berdetik hati Norly. Alamak, dah pukul 3.30 petang, aku belum solat lagi ni. Bagus juga Jusco Cheras Selatan ni menyediakan surau yang selesa untuk para pelanggannya. Norly bingkas bangun menuju ke surau, sendirian.
- chezul
No comments:
Post a Comment