Friday, November 26, 2010

Saidina Othman Ibnu Affan r.a. berkata : Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah: · Hatinya selalu berniat suci · Lidahnya selalu basah dengan zikrullah · Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa) · Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah · Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Share kata2 hikmah yg diterima dp kwn2

Tuesday, November 23, 2010

PESANAN

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akanmati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapatkembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hariesok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANGAMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, danmalaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifahpemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebutmenyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke nerakakerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekalididunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusandunia, kita tinggalkan solat

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hatidan melukai perasaan saudaranya sendiri

Renung2kanlah...

Cerita Sempoi 1: Cinta Gadis Hospital (Bahagian 3)

Habis saja waktu pejabat petang aku aku orang yang pertama mengetip mesin punchcard yang terletak bersebelahan kaunter penyambut tamu di ruang tamu pejabat. Aku terus bergegas mendapatkan motosikal Yamaha R6 aku di tempat parking di bawah. Entah apa sapaan Zura, penyambut tetamu tadi aku dalam dengar dengan tidak saja. Aku hanya sempat melambat dan melemparkan senyuman pada Zura tanpa sepatah kata. Aku nak kena cepat ni, malam ni ada kelas lagi. Kalau lambat tak sempat aku nak ke Hospital UKM di Cheras tu. Aku mesti berjumpa dengan Misha sebelum ke kelas. Aku mesti tahu Misha sakit apa. Aku perlukan jawapan itu sebelum aku ke kelas Undang-undang Perniagaan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan yang dah masuk semester terakhir dengan OUM. Tanpa jawapan, aku tak akan dapat fokus kepada apa yang pensyarah ajarkan. Itulah sikap aku yang tak sabar. Aku mahukan semuanya selesai satu persatu sebelum aku boleh menumpukan perhatian kepada perkara lain. Dah macam robot. pulak, ikut jadual. Kalau ada masalah, habis semua kerja lain terhenti. Tapi nak buat macamana, kalau boleh ubah perangai tu baguslah jugak. Mungkin juga sebab darah muda, semangat ingin tahu sering berkobar-kobar.

Sampai saja ke perkarangan Hospital UKM, aku terus parkir motosikal di tempat yang disediakan dan terus ke wad di mana Misha ditempatkan. Aku dah lupa pasal kawan aku yang kemalangan dan tujuan asal aku ke hospital ni dulu. Segalanya berlaku secara tak sengaja, spontan. Tapi disebabkan itulah aku jadi tak keruan. Lintang pukang habis jadual hidup aku, dengan kerja dan kelas malam yang aku hadiri, kini dengan aktiviti tambahan berulang alik ke hospital, untuk menemui gadis yang aku baru kenal. Untuk apa akupun tak tahu. Adakah aku telah jatuh cinta pada Misha, atau aku kasihankan dia? Haish, biarlah masa menentukannya. Yang penting aku perlu bertemu Misha petang ni juga.

"Assalamualaikum," sapaku sebaik sahaja wajah Misha berada di depanku. Misha dah nampak makin bertenaga, mungkin dia dah boleh menerima makanan selepas selesai pembedahan pada sebelah pagi tadi. "Mualaikum salam," balas Misha sambil menoleh ke arah aku. Misha tersenyum manis. "Awak datang ke tengahari tadi? Maaflah saya tak perasan sangat, masih tak sedar sepenuhnya tadi," sapa Misha. Oh, dia perasan aku datang tengahari tadi rupanya. "Tak apa, macamana, dah sihat?" alamak, apa punya soalan aku tanya ni, aduh tak sensitif betul. "Bolehlah," balas Misha. "Awak datang melawat kawan awak lagi ke hari ni? Baiknya awak selalu datang melawat kawan tu, bertuah sungguh dia." Alamak, kantoi, apa aku nak jawab ni? "Err, saya datang nak jumpa Misha sebenarnya. Eh, banyak persoalan dalam kepala saya ni. Tapi tak apalah, Misha berehatlah dulu," balas aku tergagap-gagap. Maklumlah aku ni bukannya biasa sangat berbicara dengan kaum hawa yang aku baru kenal, pasti berpeluh habis. "Oo...Adi nak tanya saya? Pasal apa tu? Oh ya, terima kasih sebab bagi saya jambangan bunga ni, cantik," kata Misha sambil minta kepastian. Alamak, dia ingat nama aku? Oh, kad dengan jambangan bunga ynag aku beri tengahari tadi ada tercatat nama dan nomber telefon bimbit aku. "Err, maaf saya bertanya, Misha sakit apa? Tapi saya suka tengok you, semangat you kuat walaupun terlantar di wad tapi tetap sentiasa tersenyum dan ceria," jawabku pantas dan cuba mengambil hati.

"Erm, Adi nak tau ke? Buat Adi susah hati je nanti, tak payah fikirlah pasal penyakit Misha," jawab Misha sopan sambil tersenyum cuba menutup sesuatu. Aku mengangguk tanda menghormati keputusan Misha. Namun Misha tetap tersenyum dan nampak ceria. Aku kebingungan. "Misha lama lagi di wad ni. Kalau Adi sudi datang-datanglah melawat Misha," sambung Misha lembut. Aku mengiyakan tanda bersetuju sambil tersenyum paksa. Misha tak suka bercerita pasal kisah penyakitnya. Dia lebih suka bercerita dan bertanyakan hal diri aku. Semuanya dia nak tahu, dari tempat kelahiran, persekolahan sehinggalah tempat aku bekerja sekarang. Katanya dia rindukan saat-saat itu. Dia asyik keluar masuk hospitak sahaja dua tahun yang lalu. Pengajian Misha di peringkat Sarjana Muda tertangguh sejak itu. Setelah puas berbual, barulah aku tahu kami sekampung rupanya, Kampung Tunku Putra, Kilang Lama, Kulim. Dan kami pernah ke sekoah yang sama semasa zaman sekolah rendah dulu, Sekolah Rendah Tunku Abdul Malik, Kulim. Dia junior aku dua tahun. "What a small world," kata Misha sambil ketawa kecil. "Nanti Misha tanyakan emak Misha kalau dia kenal ibubapa Abang Adi," tambah Misha. Alamak, dia panggil aku abang. Ya lah, aku kan senior dia setahun di sekolah dulu. Cumanya keluarga Misha berpindah ke Seberang Jaya apabila dia masuk ke sekolah menengah. Sebab tu aku tak ingat sangat, dah lama, lebih kurang 12 tahun. Aku ni bukannya ingat sangat hal-hal yang macam ni. Tapi bila dia cerita balik kisah-kisah di sekolah rendah dulu, teringat aku kepada cikgu-cikgu aku dulu yg mendidik kami menjadi orang yang berguna sekarang ni. Rotan dan tunjuk ajar Cikgu Sahar, Cikgu Lah, Cikgu Lim dan Teacher Param itulah yang membuatkan aku jadi manusia yang boleh dikatakan berjaya jugalah. Aku akan graduat tak lama lagi dengan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan daripada OUM. Tentu mak dan ayah aku amat berbangga. Tentu guru-guru aku juga turut berbangga dengan kejayaan aku.

Aku punya cita-cita untuk menyambung lagi pengajian aku sehingga ke tahap yang lebih tinggi yang aku mampu. Aku nak menyahut cabaran Pak Su aku yang sering memperlekeh-lekehkan adik-beradik aku. Maklumlah keluarga kami kurang berada berbanding dengan keluarga Pak Su. Semuanya graduat daripa universiti luar negara, malah kesemuanya telah berkahwin dan menetap di sana. Kadang-kadang kesian pulak aku dengan Pak Su, anak-anak semuanya jauh. Walaupun berjaya tapi tak ingat nk balik ke Malaysia dan berjasa kepada negara sendiri. Kalau aku dan adik beradik aku tak pergi ke rumah Pak Su apabila menjelang hari raya, Pak Su hanya beraya dengan Mak Su sahaja di kampung.

"Misha, saya kena pergi dulu, nak balik salin pakaian sebelum ke kelas. Jumpa lagi besok, insyaAllah. Misha nak pesan apa-apa ke, boleh saya bawakan," tanyaku sambil mencapai helmet Shoei yang aku bawa ke mana-mana. Maklumlah topi tu mahal, RM1500 aku beli dulu bersama-sama dengan motorsikal Yamaha R6 aku tu. Kalau hilang, jawabnya pakai helmet murah je lah. Bulan ni poket tengah kering, baru je balik raya di kampung, nak kena bayar yuran graduasi lagi.

"Tak apa, esok mak Misha sampai dari kampung. Misha dah pesan semuanya. Kala ada apa-apa yang Misha nak nanti, Misha telefon abang okey?" Balas Misha.
Aku bergegas balik ke rumah. Aku masih belum mendapat jawapan daripada Misha, tapi hati aku tenang, setenang wajah Misha yang menanggung kesakitan itu. Aku sungguh terharu dan kagum dengan ketabahan Misha. Esok mak Misha nak sampai, boleh ek aku pergi jumpa Misha ni? Mak dia boleh ke terima kehadiran aku nanti? Fuh, pening aku memikirkannya...

360 Competency Evaluation





Lucky tht we have online system available so we can do 360 competency evaluation and assessment easily and efficiently. Furthermore, we can go green without loads of papers required for everyone to do the evaluation on self, supervisors, subordinates, customers/vendors (mainly internal) and colleagues. Thanks to online 360 apps. But most importantly is the result and analysis. We can use the result to do a lot of career development and competency intervention if required. However the question is how accurate is the report? Well it depends on the person doing the assessment. He or she needs to be objective and clear wht the intention is. It started from the design of the questionnaires to the selection of the feedback givers. If we can have more feedback givers, the result can as better with less/minimal 'margin of error'. At least we have some reports tht's based on not only our own assessment but also wht others think of us as far as the targeted competencies are concerned. The main objective is to improve. No point having great 360 results but in actual fact, our staff are not competent. Make sure we do analyse the report and do not take it for granted, do something...identify the best intervention required to help your staff grow or at least improve in the areas they are lacking.

Monday, November 22, 2010

Forget Your Guilty Feeling

Hey! Forget ur guilty feeling for others. Take care of ur own self and make sure u know wht u want and get wht u want. As for others, let em take care of themselves. They are matured enough to take care of themselves, haha. As long as u have tht feeling and keep feeling sorry for others, u urself will suffer at the end of the day. So feel good about urself and enjoy life. Take care...

Saturday, November 20, 2010

Suatu Perpisahan

Pertemuan
Bukan dirancang
Tapi kebetulan
Ataukah suratan?

Perpisahan
Bukan pilihan
Takdir menentukan
Semuanya ketentuan

semoga bertemu kembali...

Cerita Sempoi 1: Cinta Gadis Hospital (Bahagian 2)

"Assalamualaikum," sapa ku kepada hanba Allah yang parkir motosikalnya bersebelahan aku di perkarangan parking di Hospitak UKM. Aku terus ke Hospital ni di waktu rehat tengahari. Sengaja aku makan nasi berlauk pagi tadi supaya kenyang sampai ke petang. Kawan-kawan yang mengadap makanan bersama di kedai Pak Yob sempat mengutuk aku lagi, "nak pegi menoreh ke atau ke bendang lepas ni?" Diikuti dengan ketawa berdekah-dekah rakan-rakan seangkatanku yang turut makan pagi bersama tadi. Aku buat-buat tak faham je sambil tersenyum, bukannya aku tersenyum dek gurauan mereka tapi terkenangkan peristiwa semalam bertentang mata dengan Misha petang semalam. Tak sabar rasanya aku untuk bertemu dengan dia lagi tengahari nanti. Selalunya waktu makan tengahari aku akan keluar bersama-sama dengan rakan sekerja untuk makan tengahari bersama, seterusnya kami akan sama-sama ke surau mengerjakan solat zohor berjemaah. Itu dah menjadi rutin aku sejak pindah ke pejabat yang baru ni. Alhamdulillah di pejabat baru ni aku dapat kawan-kawan yang mengajak aku ke jalan Allah. Dah selalu ikut mereka kalau waktiu zohor tak ke surau tu rasa macam tak lengkap pula hari-hari aku di pejabat. Tapi tengahari ni aku cepat-cepat mencapai motosikal menuju ke Hospital UKM di Cheras. Tak jauh sangat perjalanan daripada pejabat aku, dalam 10 minit je kalau naik motosikal. Maklumlah, aku ni memang pakar selok belok jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur ni walaupun baru berpindah ke sini. Mana tidaknya, tiap-tiap hari bermotosikal ke pejabat, cuti minggu pula ronda-ronda bersama kawan-kawan menjelajah ke seluruh pelusok kota. Tapi aku tak join geng mat rempit tu, tak ada faedah. Mati katak kata orang. Kalau dah kemalangan tak ada siapa pun yang nak menolong.

"Assalamualaikum misi," sapa aku sampai sahaja ke tingat 2 wad wanita. "Salam," balas jururawat bertugas di kaunter. "Boleh saya tahu bilik Cik Misha?" tanyaku sopan. Aku memang berpakaian kemas hari ni, bukan nak memikat Misha tapi 'first impression' tu penting orang kata. Jururawat pun akan lebih hormat, maklumlah dunia sekarang ni memandang kebendaan. Kalau pakai selekah tak ada orang yang nak hormat.

"Bilik nombor 2. Boleh saya tahu encik ni siapa?" Tanya jururawat di kaunter pebuh hormat. "Kawan," balasku pantas. "Encik tak boleh lama, hanya 15 minit sahaja, sebab Cik Misha baru selesai menjalani pembedahan dan perlu banyak berehat," pesan jururawat itu. Aku menganggukkan sahaja tanya bersetuju dengan syarat yang diberikan.

"Cik Misha," sapaku perlahan. Misha masih lagi dalam keadaan separuh sedar. "Maaf kalau saya menganggu, saya yang terlanggar Cik Misha petang semalam berhadapan kaunter.," jelasku. Misha mengangguk dan tersenyum tanda dia masih lagi ingat akan peristiwa itu. "Ni ada sejambak bunga untuk Cik Misha," kataku sambil menghulurkan jambangan bunga mawar merah aku aku beli di gerai di bawah. Mahal pun mahallah, nak buat macamana. Dah samapi hospital baru aku teringat datang melawat pesakit dengan tangan kosong. "Terima kasih," balasnya lembut. "Maaf saya tak dapat nak berbual panjang, kepala ni rasanya masih berpusing," tambah Misha. Misha terlelap kembali. Aku duduk di tepi katil Misha sehinggalah tempoh yang diberi tamat. Aku tak suka orang mengingatkan aku, lagipun Misha memerlukan rehat selepas pembedahan dan aku pula perlu kembali ke pejabat sebelum waktu rehat tengahari tamat.

"Cik, bila Cik Misha boleh keluar dari hospital?" Tanyaku kepada jururawat di kaunter. Terkejut jururawat tu, mungkin aku mengganggu konsentrasi dia melakukan sesuatu di kaunter berkenaan. "Maaf,'" katanya sambil tertawa kecil. Akupun turut membalas dengan senyuman. "Belum tentu lagi lah adik, adik rtahulah penyakit dia tu, kena tunggu pemeriksaan selepas ni dulu. Kalau doktor dah berpuas hati barulah boleh keluar," panjang lebar penjelasan jururawat itu kepadaku. Teruk ke sakit si Misha ni? Kenapa sampai lama sangat nak baik? Dah menjalani pembedahan pun belum tentu baik? Rumit benar bunyinya tu. Aku ingat sangat bertanya tapi aku rasa maklumat tu sulit untuk diberitahu kepada pelawat macam aku ni. Tak apalah, esok aku datang lagi, aku akan cuba tanya dengan Misha sendiri. Lagipun aku dah tuliskan nombor telefon bimbit aku pada kad ucapan yang aku serahkan bersama-sama jambangan bungai kepada Misha tadi. Dadaku berdebar-debar mengenangkan kesakitan yang dialami Misha. Petang tu aku tak dapat nak fokus dengan kerja-kerja di pejabat. Dua-tiga kali aku ditegur Kak Yusni, penyelia aku. Nasib baiklah Kak Yusni ni amat memahami aku. Cadangnya aku nak buat 'overtime' petang ni, tapi tak jadi. Aku harus ke hospital semula. Harap-harap Misha dah sedar sepenuhnya daripada kesan bius pembedahan pagi tadi yang dijalaninya. Segala macam persoalan timbul di kotak fikiranku.

Friday, November 19, 2010

Sangkar Emas

Sangkar emas
Sungguh cantik, menarik
Jadi perhatian
Jadi tumpuan
Dicemburui setiap insan

Sangkar emas
Indah bagai dikata
Jiwa tersiksa, terpenjara
Bebas tapi kandas
Megah tapi gundah
Hati di dalam siapa yang tahu..?

Thursday, November 18, 2010

Shukri's House Caught On Fire

Shukri's house, one of our staff was caught on fire last nite. Noting left. Hope that he's OK. Will do a quick collection to relief him and his family a bit from his suffering and assist as much as we can.

Hari Raya Korban

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama di kucing belang
Selamat hari raya haji
Pada semua umat Islam

Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati
Raya Korban menjelma lagi
Ibadah Korban itulah dihajati

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Melapah lembu tidaklah sukar
Gotong royong kita laksanakan

Sorong papan tarik papan
Buat keranji dalam perahu
Ibadah korban kita kerjakan
Jangan lupa pada yg memerlu

Monday, November 15, 2010

Quote of the Day

Sometimes we have to be brave enough to move from the familiar to the unfamiliar. Life isn't just reaching peaks. Part of it is moving from one peak to the next. If you rest too long in between, you might be tempted to quit. Leave the past in the past. Climb the next mountain and enjoy the view.

~Unknown~

Friday, November 12, 2010

10 Things the HR Department Won’t Tell You

10 Things the HR Department Won’t Tell You

Woman's Day, on Tue Oct 26, 2010 9:23am PDT

By Kimberly Fusaro

If everything’s going smoothly, you probably won’t interact with the folks in human resources much between the day you’re hired and your last day with the company. But every day in between, it’s their responsibility to make sure you’re doing your job well. Which means they know a lot more than you might think. We checked in with human resources experts to see what your current employer is keeping tabs on—and how your next employer could be judging you based on a whole lot more than the résumé you submitted.
10 Things the HR Department Won't Tell You

10 Things the HR Department Won't Tell You

1. Background checks have gone beyond Google.
Before calling in applicants for a job interview, HR will snoop around online to make sure there are no virtual red flags. “Social media ‘stalking’ has become the norm—especially at larger companies,” says Mary Hladio, who worked in human resources for more than 15 years and is currently CEO of leadership group Ember Carriers. “Beyond typing names into a search engine, companies will also employ sophisticated online monitoring platforms that dig even deeper. If there’s something on the Internet you wouldn’t want your boss to see, it’s probably in your best interest to take it down.”

2. Arriving super-early for an interview is almost as bad as arriving late.
Of course, if someone shows up late for an interview, he or she isn’t going to get a callback, says Amy Habedank, human resources manager of Pinnacle Services. But she’s also hesitant to hire someone who shows up an hour early. “It feels like they have no regard for my time,” she says. If you’re headed to a job interview, don’t show up more than 10 minutes before; if you get there with time to spare, catch up on email or listen to relaxing music before heading in.

3. Your physical appearance matters.
“Research suggests that the decision to hire or to deselect a candidate is made within the first 90 seconds of the interview,” says human resources consultant Steve Cohen, author of Mess Management: Lessons from a Corporate Hit Man. That means you must arrive at a job interview in a clean, well-put-together outfit with neat fingernails, smoothed-down hair and fresh breath. Also, think twice about any eccentricities. “Some people might be able to look past pink hair and black nail polish, but it will affect their decision,” says Hladio.

Check out a foolproof outfit that’s perfect for a job interview.

4. Personal hygiene counts, too.
Smelling like cigarette smoke can work against you, as can having body odor. Because both conditions are within an individual’s control, an employee or job candidate who smells bad is viewed as lacking professionalism, Cohen says. Plus, an employee who smells bad is a public relations liability. Most companies won’t tolerate poor personal hygiene in an employee or potential employee.

5. You won’t get hired to work from home if you aren’t a “home professional.”
If you’re applying for a work-from-home position, you need to present yourself as a “home professional” from the get-go. This means that when HR first calls to express interest, there better not be crying babies or barking dogs in the background. “When an applicant has no control over the noise level in her home, it’s a signal that she’s not ready for virtual work,” says Shilonda Downing, who’s in charge of hiring for Virtual Work Team. You’ll also need a quiet home office space if you’re petitioning your current boss for work-from-home hours.

6. Being overweight can work against you.
Even though overweight individuals can be fast on their feet and slim people can be lazy, an interviewer might assume an obese job candidate won’t be able to keep up at a “high-performance” company. Cohen gives the example of a manufacturing company that prided itself on efficiency and speed. Every prospective employee was taken on a walking tour of the large plant before being hired. If the prospect couldn’t keep up with the owner’s fast pace on the facility tour, he or she wouldn’t be hired. If you’re worried your size may be working against you, Cohen suggests emphasizing how adept and resourceful you are.

7. Ageism (illegally) exists.
“People who have seen their 50th birthday are losing jobs to younger people, even though ageism is illegal,” says Dennis Kravetz, head of human resources consulting firm Kravetz Associates. Older employees hoping for a promotion need to be extra-vigilant about staying on top of trends and technology. In a job interview, emphasize what you’ve learned from years of experience and explain how you’ve grown along with your industry.

8. Your relationship is being monitored if you’re dating a coworker.
“Sometimes people meet their future spouse at the office,” says Cohen. “But mostly, dating coworkers is risky.” Even if dating among colleagues is allowed, a relationship that ends badly is going to affect other people in the office. It gets extra-tricky if a romantic relationship between a supervisor and his or her subordinate sours. “Human resources is watching behavior that could turn litigious,” warns former human resources executive J.T. O’Donnell, founder of Careerealism.com.

9. Your Internet usage is probably being documented.
Don’t assume there’s any level of confidentiality when it comes to company technology, whether it’s email, voicemail or indiscriminate use of the Internet, Cohen says. “In a situation where an employee’s integrity or credibility is in question, there will always be an audit of her computer usage.” That means your boss probably isn’t randomly checking to see how often you log on to Facebook. But if he’s looking for a reason to fire you, your computer records could provide easy ammunition.

10. Your good and bad behavior matter—but the bad matters more.
“Promotions have favoritism built in,” says Hladio. Good behavior and positive experiences have a “shelf life” of three to six months. You need to continually impress your employer in order to stand out as an exceptional employee. Bad behavior and negative experiences, on the other hand, can linger in an employer’s mind for years.

Original article appeared on WomansDay.com

Mari kita berkongsi hasil tulisan Ustaz Pahrol:KELUAR DARI MAZHAB KING MIDAS!

Berkrisis tentang mazhab? Entahlah, kerana hati kita yang kotor agaknya, perbezaan yang sewajarnya menjadi rahmat bertukar juga menjadi bencana. Padahal bukan semua perbezaan adalah satu pertentangan, jika kita pandai menguruskan perbezaan, ia akan menjadi satu keindahan dan kesempurnaan. Telah berkali-kali ditegaskan bahawa berbeza pendapat bukan masalah tetapi SIKAP kita dalam berbeza pendapat itu yang sering menimbulkan masalah.
Padahal jika diamat-amati, terlalu banyak hal yang kita telah sependapat. Hanya sedikit yang berbeza. Yang sama itu pun kekadang tidak atau belum lagi dilaksanakan, diamalkan dan diperjuangkan. Contoh, riba, tutup aurat, pergaulan bebas, arak, judi dan lain-lain… sudah sepakat kita yakini haram. Tak kira apa mazhab, tidak kira apa aliran, salafi, suni, wahabi dan segala macam… tidak ada yang mengatakan itu halal. Tetapi bagaimana pelaksanaan kita?
Begitu juga perkara-perkara yang halal dan wajib. Ambil contoh sahaja solat…semua aliran dan mazhab menetapkan itu WAJIB. Tetapi bagaimana pelaksanaannya? Sedih, mengikut kajian (yang dikemukakan oleh Datuk Fadillah Khamsah) sudah 80% umat Islam Melayu Malaysia tidak sembahyang. Sepatutnya, pada perkara-perkara yang telah disepakati HARAM dan HALAL inilah yang kita fokuskan untuk berdakwah, mendidik dan akhirnya mengamalkan atau mencegahnya.
Mengapa ini berlaku? Ya, ini gara-gara penangan satu 'mazhab' lagi yang menjadi pegangan kebanyakan manusia Islam tidak kira dia itu dari mazhab Maliki, Safie, Hanbali, Hanafi, Sunni, Wahabi, Salafi dan sebagainya… ya mazhab KING MIDAS. Inilah 'mazhab' yang menjadi penyebab kepada penyakit Al Wahan – cinta dunia dan takut mati, yang sangat dibimbangi oleh Rasulullah saw kepada umat Islam akhir zaman.
Justeru, pada hari Jumaat yang mulia mari sama-sama kita renungi satu tulisan yang telah saya paparkan dalam buku Nota Hati Seorang Lelaki. Tulisan yang bertajuk: Keluarlah Dari Mazhab King Midas!
Sewaktu memberikan penjelasan tentang persoalan nilai dalam kursus 'Mukmin Profesional', saya sering mulakan dengan sebuah cerita – perihal King Midas seorang raja yang tamak. Dia mementingkan harta daripada segalanya. Apa yang dibuat, apa yang dinilai, semuanya dari kaca mata ringgit dan permata. Lalu, bila satu ketika diajukan apa permintaan utamanya, dia menyatakan keinginannya agar apa yang disentuhnya menjadi emas. Seorang tukang sihir telah 'memperkenankan' permintaannya. Dia sangat gembira. Habis semua yang disentuhnya menjadi emas. Namun kegembiraannya tidak lama.
Sebaik sahaja berasa lapar dan dahaga, alangkah terkejutnya bila makanan dan air yang disentuhnya turut menjadi emas. Dia mula kebingungan. Emas, walaupun sangat berharga masakan boleh menghilangkan lapar dan dahaga. Dan yang paling menyedihkan ialah bila puteri tersayangnya datang untuk bermanja… Puteri itu turut bertukar menjadi emas apabila dia menyentuhnya. King Midas, terkejut… sedih. Pada waktu itu tersedarlah dia bahawa emas bukanlah segala-galanya.
Mungkin ramai beranggapan, cerita King Midas ini hanya dongengan. Ya, benar itu cerita dongeng, tetapi pengajaran daripada cerita itu sangat signifikan dan relevan. King Midas adalah lambang manusia yang sudah kehilangan 'nilai' dalam dirinya. Realitinya, betapa ramai manusia yang semazhab dengan King Midas – dari dahulu hingga kini. Bukankah ada di kalangan masyarakat yang sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan 'emas' walaupun terpaksa mengorbankan saudara?
Berebut harta pusaka, saudara sendiri dizalimi. Justeru, tamakkan pangkat dan kedudukan, sahabat sendiri rela dikorbankan. Mengapa demikian? Apakah harta itu lebih utama daripada saudara dan sahabat? Semuanya gara-gara ramai manusia yang beranggapan bahawa nilai dirinya bergantung kepada 'barang-barang' bernilai yang dimilikinya. Soal 'siapa saya?' ditentukan oleh wang bertimbun yang dimilikinya. Seolah-olah 'aku' adalah kereta, vila, jumlah saham dan segala aset yang dimiliki. Pendek kata, nilai dirinya diletakkan pada barang-barang bernilai kepunyaannya.
Benar kah nilai kita terletak pada barang-barang bernilai? Hingga dengan nilai itu kita akan mendapat harga diri dan status sosial yang tinggi di mata sendiri dan orang lain. Jika benar, siapa diri kita apabila segalanya itu hilang? Jika rumah terbakar, siapa kita ketika itu? Jika kereta dicuri, apakah harga diri kita turut juga dicuri? Aneh bunyinya bukan? Tak mungkin, harga diri kita terletak kepada semua itu. Tapi, itulah praktik majoriti manusia masa kini – ramai yang menilai diri sendiri dan orang lain berdasarkan pemilikan barang-barang bernilai. Al hasil, kita jadi semakin materialistik dan individualistik.
Pernah saya mendengar sebuah cerita sufi dari Turki – seorang yang bernama Nuruddin Khoja. Dia yang berserban dan berjubah besar pada suatu ketika menaiki keldai memasuki sebuah kampung. Orang kampung mengalu-alukan kedatangannya dan melaung, "ulama, ulama, ulama… ulama sudah datang. Mari kita belajar daripadanya." Dia hairan lalu bertanya, "mana kamu semua tahu yang aku ini ulama?" Orang kampung itu menjawab, "daripada serban dan jubah yang kamu pakai." Lalu Nuruddin meletakkan serbannya di atas kepala keldainya dan berkata, "ayuh, belajarlah daripada keldai ini."
Orang kampung kehairanan dan bertanya, "mengapa kami perlu belajar dari keldai ini?" Nuruddin secara selamba menjawab, "bukankah kamu semua beranggapan bahawa aku seorang ulama hanya kerana aku berserban? Jika demikian keldai ku sekarang telah berserban, maka kamu belajarlah daripadanya." Sindiran sinis daripada Nuruddin ini sesungguhnya membuktikan bahawa pakaian luaran bukan petunjuk kepada nilai diri kita. Nilai ulama pada ilmu dan akhlaknya, bukan pada serban dan  jubahnya. Tetapi begitulah selalunya, nilaian orang terhadap kita dan nilaian kita terhadap diri kita sendiri. Jika tidak masakan timbul 'konflik' kopiah putih vs songkok hitam satu ketika dulu.
Ibn Qayyim Al Jauzi pernah berkata, "tanda seorang mengalami sakit jiwa ialah apabila dia lebih mempercayai kata orang lain daripada suara hatinya sendiri." Mungkin kata-kata itu terlalu falsafah dan tersirat maknanya. Biarlah saya cuba memudahkan dengan mengaitkannya dengan realiti kehidupan sehari-hari. Sebagai contoh, betapa ramai pasangan suami-isteri yang sudah 'tidak sehati dan sejiwa' lagi tetapi bila berdepan dengan masyarakat umum kelihatan begitu romantis. Mereka berpegang tangan, berkepit seiringan, kononnya nanti masyarakat akan menyifatkan mereka pasangan yang bahagia.
Masyarakat yang tidak tahu hakikat sebenar akan berkata, "oh, beruntungnya mereka kerana punya rumah tangga yang bahagia." Bila komentar yang sedemikian sampai ke telinga pasangan yang 'tidak bahagia' itu mereka pun rasa bahagia (walaupun mereka sebenarnya berpura-pura). Alangkah anehnya manusia. Ramai yang rela hidup dalam berpura-pura atas nilai yang mereka tidak ada.
Akibat tersalah pandang tentang nilai yang sebenar, ramai juga yang hilang harga diri tanpa disedari oleh mereka. Apa tidaknya, saya sendiri pernah berdepan dengan seorang 'isteri kecewa'  sewaktu mengendalikan satu kursus dengan sebuah institusi korporat di Sabah. Seorang suri rumah secara terus terang berkata, "saya rasa perkahwinan memang satu penghambaan." Ketika ditanya, "mengapa?" Dia berkata, "apa tidaknya? Sekian lama saya bertugas sebagai isteri dan ibu, saya rasa tidak dihargai oleh suami. Sedangkan nilai saya begitu tinggi…"
King Midas akhirnya sedar bahawa anak lebih utama daripada emasnya. Jangan pula kita bermati-matian mencari harta hingga terlupa mendidik anak-anak. Ironinya, bila ditanya kenapa mencari harta? Kita akan menjawab, demi anak-anak. King Midas juga sedar bahawa emas tidak akan dapat menggantikan makanan dan minuman. Hendaknya, jangan pula kita sibuk mencari duit hingga terlupa 'menikmati' duit. Siang malam berjaga, stres dan tension melanda … demi menimbunkan harta. Bila ditanya untuk apa? Untuk bahagia. Bahagia kah bila sakit menimpa? Jadi, pastikanlah yang mana alat, yang mana matlamat? Mana tujuan, mana keperluan? Jangan hanya memburu nikmat hingga terlupa Pemberi nikmat. Keluar dari mazhab King Midas

Teh Tarik Session with Senior Mgmt




We have to give to get? is one of the key take home points for this evening teh tarik session. He told us a story about him asking for promotion and never got it but when he listened to his boss's speech one day saying that magic statement, he stopped asking and just do his job, even more than expected, because that magic statement really changed him back then. Miracle happened after that when he received his promotion twice within a year or two. It's not about miracle but it's about what you did without asking for reward. People can and will see what you had delivered. Even if you won't get it right now, here, you have to believe that God is Great, and he'll repay sometimes later maybe not directly but indirectly in term of health, successful kids, or even afterlife. Just do good, don't expect reward, and you'll happier and deliver better result. If you keep asking, and you didn't get, definitely you'll get frustrated and your productivity deteriorated. How can you get your promotion then? Just think about it. Be patient, honest and don't expect anything extra, you'll be happy at work. I strongly believe in what he's saying...do you?

Thursday, November 11, 2010

Do we really need somebody from outside?




One of my colleague asked me do we really need somebody from outside to be one of our leaders in our organization? What had ever happened to our internal talents? Where have they gone, or the company is not longer appreciating our own talents? This is a tough question, but answer is this...

We need fresh new ideas. We need someone who has the external exposure to give us fresh new ideas. Internal talents are good but sometimes we need a mix of internal and someone from external so tht we can have a lot more and better ideas. Especially when a company is not doing well, internal staff might not under or could see from different perspective. A successful company always needs someone either as consultant or senior mgmt staff from the industry who can assist the company to get out of problem or to go for a greater height. Does not mean that internal staff is not good but rather for the mgmt team and staff to get different ideas and exposures. A company should capitalise on its strength and in the areas tht it needs improvement, seek from the best in the industry and hire them. A company can expect to make drastic change in its organizAtion and also make a quantum leap in the area to improve by doing this.

Whether it works or not and the speed of success are depending on the adaptability of the new hire and also the desire of a compnay to change, without forgetting the culure of tht organization.

Tuesday, November 09, 2010

Masih ada yg syg

Masih ada yg sayang
Jika kita mengingatiNya
Jika kita sujud padaNya
Allah tak pernah lupa
Tapi kita yg sentiasa leka
Alpa dek nikmat dunia
Walaupun semuanya sementara
Tiada yg kekal kecuali Dia
Jadilah umatNya yg bersyukur
Jadilah hambaNya yg bertafakur
Agar kita tidak tersungkur
SuruhanNya perlu kita akur
Amin

Friday, November 05, 2010

Dingin Malam

Dingin malam
Menghembus ke pipi
Terasa asing
Sunyi, sepi
Tiada bulan, tiada bintang
Kelam
Bagai hati ini, suram
Ya Allah
Kupohon padaMu
Berikanlah petunjuk
Sinar keimanan
Selaku pedoman untukku menongkah waktu
Menerjah sisa2 hidup
Dengan penuh keredhaanMu
Petunjuk & hidayahMU
Aku pasrah
Aku berserah
Hanya padaMU
Ya Allah

Cerita Sempoi 1: Cinta Gadis Hospital

Cerita ni adalah kenangan aku & dia. Owh, nama aku Adiwira, kerja di TM Bangsar sebagai Pembantu Pentadbiran di Bahagian HR sejak 3 tahun lalu. Aku mula2 bertemu dgn dia di Hospital secara tak sengaja, sempoi kan? Cerita cinta kami bermula begini...

Pada satu hari aku telah ke Hospital UKM di Cheras kerana melawat kawan aku yg accident. Mamat ni jatuh motosikal sewaktu nak ke pejabat. Biasalah dah naik motosikal ni, kalau berhati2 macamana pun, dek kerana kecuaian pemandu kenderaan lain terutamanya lori atau bas, yg menjadi mangsanya sudah pasti penunggang motosikal. Kawan aku ni dilanggar lori satu tan yang masuk secara mengejut dan tanpa memberikan lampu isyarat langsung katanya. Nasib baik dia hanya mengalami kecederaan patah tangan sahaja, motosikal dia memang total lost la. So aku pegilah melawat mamat ni hospital. Aku ni manalah pernah ke hospital, aku tak tahu wad ke apa, dah tanya org tu aku main redah aje. Ajak member lain semuanya busy, maklumlah hujung bulan, nak closing account. Aku kerja di Bahagian HR so taklah busy sangat macam member Bahagian Finance tu. Kami semua kerja di syarikat yg sama dan selalu gak pegi menunggang ramai2 sama2 terutamanya kalau ada cuti panjang ataupun forced leave. Daripada duduk melepak kat rumah atau buat benda tak berfaedah baiklah aku pegi jalan2 dgn motosikal ramai2 dgn kawan2 yg mempunyai sama minat dgn aku. Memang best kalau menunggang atau ride ramai2 ni, naik motosikal berkuasa tinggi pulak, kalau dah sampai ke destinasi tu ramai yg memandang. Cemburulah tu, hehe...

Anyways, berbalik dgn kisah aku di hospital tadi, aku tersalah masuk wad, aku termasuk wad wanita. Habis semua nurse tu pandang aku. Tapi aku buat dek aje, sambil tanya dimana wad lelaki. Adalah juga nurse2 di situ yg berbisik sesama mereka dan ketawa kecil, hampeh sungguh...tapi aku peduli apa, bukannya aku buat salah pun, cuma tersalah masuk aje. On the way nak keluar tu, aku terlanggar pulak sorg minah ni, nasib baik aku dan dia tak terjatuh. Adoi, dua kali malu aku hari tu, haha. Aku pandang dia, ada sorg nurse sebelah dia, ada tabung apa tah yg nurse tu pegang ada wayar terpasang di lengan kanan dia. Nasib baiklah tak tercabut wayar tu, kalau tak entahlah apa aku nak buat. Boleh ke aku nak sambung balik? Alamak, macam doktor la pulak, haha. Tapi apa yg penting dan yg aku nk cakapkan kan sini ialah air muka awek tu, walaupun sakit dan salah aku terlanggar dia, dia tetap tersenyum dalam kesakitan. Aku tergamam seketika. "Tak apa, it's ok," dia kata. Aku kelu. "Maaf," akhirnya terkeluar perkataan tu drpd mulut aku. "Nama saya Adiwira," aku mengenalkan diri.

Sebelum ni aku punyalah takut nak tegur dgn awek, nak sembang2 jangan haraplah. Tapi dgn awek ni lain pulak. Ada satu keberanian dalam diri aku utk menyapa dia. Alamak, nurse sebelah tu dah terbeliak mata semacam je, naik seram bulu roma aku, manusia ke apa dia ni? Dipendekkan cerita, dia bagitau aku namanya Misha dan terus berlalu perlahan diiringi nurse yg dah nak macam serigala jadian tu. Aku mengiringi pemergian Misha dgn pandangan mata tanpa berkelip. Ayu sungguh si Misha ni, bersopan santun, tak mudah marah, sejuk mata memandang, sejuk juga hati bila berdepan dengannya.

Aku terus naik ke tingkat 5 wad lelaki untuk melawat rakan aku yg kemalangan tadi dan bergegas untuk balik ke rumah. Aku ada kelas malam ni, kelas jurisprudence, salah satu subjek yg aku ambil dalam semester ni. Tinggal lagi dua semester sebelum aku menamatkan pengajian Bachelor in Business Administration daripada Open University yg telah aku ambil sejak tigak tahun yg lalu. Dah puas rasanya belajat, tapi aku kena berikan tumpuan, bukannya lama pun lagi, tinggal semester ni dan final semester selepas ni. Harap2 aku dapat lulus semua subjek yg aku regster semester ni supaya tak perlu nak repeat, amin. Tapi petang tu aku tak dapat nak fokus kpd syarahan yg diperikan oleh pensyarah aku tu. Ingatan aku asyik kepada Misha. Aku mesti jumpa dia esok, mesti...

Bersambung...confident je si Adiwira ni, biar betul...

http://www.youtube.com/watch?v=FtORmCFytL0

Relaxing

So soothing
So relaxing
How nice...

Cerpen Merapu 2 - Episod 1: Aku tak cinta kamu...

Aduh, malasnya nak keluar hari ni. Tapi kalau duduk rumah pun bosan gak, baik la pi jalan2. Boleh gak la menghilangkan kebosanan di jiwa. Tapi kalau nak pi jalan2 sorg kt Alamanda tu rasa pelik la pulak. Org lain semua pi sama dgn couple masing2, aku jalan sorg2 macam budak sekolah pulak. Dah la aku ni kecil molek macam budak sekolah, tak macam cikgu langsung kalau aku tak dressing baju kurung dan make up ke sekolah. Kalau aku pakai baju kurung sekolah tu sah org tak boleh nak differentiate punya, sure depa kata aku ni budak sekolah, tapi sekolah menengah la, jangan buat leceh kata budak sekolah rendah pulak... Tak semena2 handfon berbunyi pulak...ring3! Lantas aku pantas mencapai handfon & menjawab panggilan itu. Siapa lah pulak telefon aku time2 cuti cam ni. Dah la sekarang ni kerja kat sekolah tu tak macam zaman mak aku jadi cikgu dulu, masuk ja pukul 1.10 ptg semua cikgu dah boleh balik dah. Aku ni cikgu biasa ja, ada lah jawatan sikit2, biasa lah kat sekolah tu budak baru macam aku ni sering menjadi mangsa, mangsa keadaan. Tapi bukan semua la cikgu baru macam aku ja yg banyak kerje, ramai gak cikgu2 senior yg rajin giler, ada tu yang sampai sekolah dah la pukul 700 pagi, stay back lepas kelas sampai pukul 530 ptg, aku tak tau la hubby depa tu komplen ke tak, tapi kalau aku jadi suami, sure aku komplen punya. Dah la keluar rumah sebelum matahari naik, balik rumah matahari dah nak turun. Kalau cam tu lagi baik la kerje ofis, tak payah nak jadi cikgu, tak glamer. Aku rasa ramai gak kaum suami yg dulunya cari isteri di kalangan guru sebab kerja separuh hari sekarang ni menyesal kot. Kalau dulu tu kira senanglah nak jaga & membesarkan anak2, sempat pulak masak kat rumah. Kalau makan masakan air tangan isteri ni lain kata org tua2. Itu salah satu utk mengeratkan tali kekeluargaan di antara suami, isteri & anak2. Tapi aku rasa sebenarnya lebih kepada pentingnya satu keluarga untuk duduk makan bersama2 sekurang2nya sekali dalam masa sehari. So bila dah masak tu, semua ahli keluarga kena makan, nanti mak marah sebab mak dah susah payah masak. Kalau tak nak banyakpun kena jamah walau sedikit. Betul tak? Org dulu2 memang pentingkan semua ni, tapi org sekarang ni main ikut dan je. Tu yg keluarga jadi lintang-pukang...haish, minta simpang la.

"Helo", suara itu mengejutkan aku dari lamunan. Alamak, macam kenal je suara tu. Suara cikgu lelaki kat sekolah aku tu, hensem gak la dia orangnya, tapi dah beristeri. Mamat ni selalu gak la dok mengurat aku kat sekolah, tapi aku buat tak layan je. Mana taknya, takkan lah aku nak jadi bini nombor dua dia, sorry la beb. "Awat tak keluar jalan2 ke hari ni?" tanya Cikgu Lan. "Tak," pantas je aku menjawab. "Jom temankan saya nak belikan hadiah cenderamata sempena majlis anugerah pelajar cemerlang minggu depan. Saya bukannya pandai sangat bab beli membeli ni. Nanti tah apa2 yg saya pilih, awat gak yg malu nanti," pujuk suara di dalam handfon aku. "Tapi kalau awak nak keluar dating dgn BF awat, lain kali saje la saya ajak awak," tambah suara tu lagi. Dating? Haish, aku mana ada pak we, asyik kena reject dgn mak aku je. Mak aku ada pilihan hati dia, mamat sorang ni. Memang pandai bangat ambil hati mak aku tu siap jack habis2an. Tapi aku kenal sangat perangai dia ni, story je up tapi hampeh. Aku tak suka org yg bermuka2, yg cakap lain buat lain, depan lain belakang lain. Aku suka org yg simple, berterus terang, gentleman tapi tak overdo la macam si mamat tu. Macam tak ikhlas je, macam ada udang sebalik spaghetti je. Tapi masalahnya mak aku dah suka gila dgn mamat ni, sebab tu kalau aku bawa kawan lelaki ke rumah jumpa mak sure kena reject. Kerja tak tetap lah, low class lah, tak ade kereta lah...kata mak takkan lah kau yg nk menanggung laki kau tu nanti? Kalau setakat kerja pengurus kt KFC atau McD tu baik lah tak payah, kata mak aku. Ops, sori la, aku tak bertujuan menghina, aku ok je selagi korang memenuhi kriteria yg aku dah tetapkan tadi tu. Aku bukannya memilih sangat, tapi kena lah lelaki yg beriman, solat tak tinggal, sayang ibubapa, bertanggungjawab, berbudi pekerti, tak hensem pun tak kisah, asal sedap mata memandang. Up sangat ke kriteria yg aku letakkan ni? Entahlah, rasanya biasa je la, bukannya nak kena bawa kereta mewah ke, ada banglo dua tiga biji ke, aku tak nak lah semua tu. Tapi kalau ada yg nak kan aku best gak...hehe. Tapi mana ada jejaka yg single dan muda yg ad* semua tu. Kalau ada sure suami orang yg dah tua dan gatal nak berbini lebih tu. Tapi kalau nak kawen elok2 tu dan berduit, berharta, mampu apa salahnya. Janji kenalah berlaku adil, tahu mendidik isteri dan beriman ke jalan Allah. Kalau setakat suka2 macam artis2 tu, kawen cerai ikut suka hati je, macam tukar kereta, baik tak payah. Menyakitkan hati, jiwa dan raga je. Betul tak?

"So you nak keluar tak ni?" tanya suara di dalam handfon tu. "Erm, nak, nak...," spontan aku menjawab. Eh, apa ni, dia ni dah ada isteri. Memang la hensem, macho, baik hati, sering ambil berat hal aku, senang nak minta tolong, selalu sedia mendengar rintihan hati aku, tapi dia dah beristeri, rasa bersalah la pulak. Sebenarnya dalam diam aku pun ada menyimpan perasaan pada Cikgu lelaki suami orang ni. Dia dah menawan hati aku dalam diam. Atau dia sengaja nak menyucuk jarum dan aku dah termakan pujuk rayu dia dalam diam. Entah lah, mungkin aku tertekan. Mungkin juga aku terhibur dengan kehadirannya bila dia sentiasa ada setiap kali aku memerlukan seseorang untuk mencurahkan perasaan aku ni. Aku keseorangan, aku memerlukan seseorang yg memahami naluri aku. Aku memerlukan seorg lelaki utk menjaga aku, membelai aku, manjakan aku setiap kali aku rasa sedih. Mungkinkah dia? Apa kata mak aku nanti? Sure mengamuk punya ni, nak jadi bini nombor dua. Tak pernah terlintas di hati sanubari aku langsung untuk berkahwin dgn suami orang. Perkahwinan angan ku adalah bersama dgn lelaki bujang sekurang2nya setahun atau dua tahun lebih tuan drpd aku. Lelaki yg lebih berumur ni rasanya lebih memahami dan lebih makan garam, sudah pasti lah dia dapat memberikan kebahagiaan pada aku, detik hati aku. Tapi betul ka ianya sesuatu yg tercapai atau hanya dongengan semata. Adakah cerita cinta yg macam tu, "smooth sailing" sampai ke akhir hayat?

Dalam berkhayal tu aku dah bersiap sedia. Owh, nama cikgu ni Cikgu Mat, Hamad bin Abdullah. Umur dah masuk 33 tahun. Kalau tak silap harilahir dia dalam bulan ni. Aku pun tak ingat sangat bila dia bercerita tentang diri dia. Aku selalu berkhayal bila dah tak ada kerja di sekolah tu. Kawan2 aku pun sering menegur aku macam tak fokus, kata mereka. Entah lah, betul lah kot, sebab umur aku dah nak masuk 30 tahun, tapi aku masih belum punya bf. Apa lagi tunangan atau calon suami. Kawan2 aku semuanya dah ada anak, paling kurangpun sorang anak. Geram aku kalau hadir ke majlis reunion atau gathering dgn kawan2 sekolah atau universiti dulu, baby diorg tu comel-comel belaka. Maklumlah ibubapa diorg pun hensem2 dan cute2 belaka. Kadang2 aku malas nak join, maklumlah aku pergi pun sorg2. Kalau dah jumpa tu mesti ada soalan2 cepumas aku paling aku benci, "...datang sorang je", "eh, mana bf ko ni, bila nak kawen ni?" Sungguh tak patut. Apa kornag ingat aku tak nak kawen ke? Umur dah mencecah 30an, bf datang dan pergi, semuanya kena reject, habis tu macamana? Adakah aku ni akan kesorangan sampai bila2. Ah, menakutkan bila difikirkan segala kemungkinan yg bakal terjadi. "Ya Allah, aku pohon padaMU semoga aku dapat ketemu dgn bakal suamiku. Biarlah tak kaya, tak hensem, tapi baik hati, beriman dan boleh aku menumpang kasih sampai bila2," doaku setiap kali selesai solat. Adakah Cikgu Mat orangnya? Entahlah, aku buntu. Hon, hon...bunyi hon kenderaan di depan rumah. Dah sampai pun si mamat ni, cepatnya. First time ni aku keluar dgn laki org. Tapi ni urusan kerje, bukannya dating. Aku nak kena pastikan cenderahati yg ditempah tu menepati kehendak jawatankuasa yg telah dilantik. Aku yg bertanggungjawab sebenarnya, Cikgu Mat dalam komiti aku. Dia beriya2 sangat nak tolong. Aku ikut je la.


Bersambung selepas ini...apakah kesudahannya?

http://www.youtube.com/watch?v=G3RIa3vtxv8


Thursday, November 04, 2010

Cerpen Merapu 1 - Isteriku ajak shopping

Hai, nama aku Mat. Aku ni jenis yg romantik, aku rasa la kan...hehe. Mana taknya, terbukti la sebab ramai gak la aweks yg nak ngorat aku, tapi aku buat tak layan jek. Bukan aku sombong tau, jgn nak menuduh, tak baik. Ko tau tak memfitnah jantan macho dan beroman macam aku ni dosa besar tau! Doa org2 yg difitnah cam aku ni makbul...ustaz kata la, so kalau aku doa ko jadi batu cincin ke jadi proton ixora ke jgn nk salahkan aku plak ok! so aku dah kasi amaran, jgn kata aku tak warning plak. Hmm...baru ko tau aku ni jenis yg baran tapi perihatin. Sebab tu la aku kalau aku sumpah tu aku sumpah ko jadi benda2 ug berfaedah, kalau jadi batu, kayu nak buat mende? Tak berbaloi langsung...hehe. Utk pengetajuan korang, aku ni jenis jantan yg setia pada yg satu, walaupun quota aku ada kosong lagi tiga...hehe. Tapi sebenarnya lah kan, kalau ko tanya mana2 jantan sejati cam aku ni la kan, sure depa kata ada niat tu nak kawen lagi satu...betul tak? Masalahnya bukan soal mampu ke tak, tapi soalnya kami ni jantan2 sejati yg sentiasa hormat pada isteri...hehe. Lagi satu bukannya kami takut kat bini, tapi bini2 kami yg tak takut dgn kami, lain maknanya tu...haha. So jgn salah anggap ok! Huhu.

Erm, mana wify aku ni, kata nak ajak pi shopping. Utk makluman korang, hati bini kena jaga. Sekali sekala kena la bawa depa pi shopping. Kena tunjukkan kasih sayang, jangan main cakap je. Sebelum kawen dulu, pantang ajak temankan shopping, sure no hal punya. Dah kawen ni buat liat pulak dah. Kena ingat jasa bini korang, masak, jaga anak, buat kerja rumah...ko apa buat? Tau membuta je, cuti sikit pi main golf la, paintball la...kalau harapkan korang la, hari2 makan kedai la jawabnya, tak pun bleh lebulur dibuatnya anak bini kat rumah tu. Minta tolong belikan bahan mentah, sayur, ikan, daging pun payah. Asyik sibuk je. Sibuk mendenya? Korang ingat aku tak tau ke korang sibuk dok melepak 24 jam kt kedai mamak tu, mamak tu pun dah bosan agaknya kalau tengok mua korang. Apa tak nya, ode the tarik secawan, berborak sampai 2-3 jam, tak tau nak balik rumah ke? Buat dosa je dok berborak benda2 yg tak berfaedah. Bini kat rumah tu jenuh dok berperang dgn anak lagi, nk masak lagi, nk kemas rumah lagi. Korang balik tau makanan dah siap terhidang. Dah tu mana lah bini korang ada time nk maintain cun. Kalau sebelum kawen cun melecun, dah ada anak, selekeh habis bila kat rumah. Salah sape? Salah ko ke salah bini ko? Sendiri mau ingat la bai! Bagi chance la bini ko tu jaga badan, bawa pi spa ke, facial ke...baru la bleh nk maintain. Dah tu kena la provide maid utk bantu bini tu kat rumah. Ko tanya lah ustaz tu, kerje bini ke jaga anak, masak2, kemas rumah? Tu tanggungjawab suami tau utk sediakan kalau mampu la...hehe. Yapi kalau dah tau tak mampu, kena lah ringan2kan tulang tu, bantu bini jaga anak time dia nk memasak, kemas rumah time bini membasuh baju atau mendodoikan anak tu. Jgn bagi bini ko buat kerje2 berat, nnt dah letih, tak larat nk melayan, ko komplen lagi. Dah tu mula lah buat hal nk kawen lain, kan? Bukannya aku tak tau trick korang. Aku pun jantan sejati gak tau. Ish, tapi korang jgn la marah aku plak. Aku bukannya apa, kalau benda dah betul tu aku cakap la. Aku ni jenis yg lurus dan berterus terang...hehe.

La, mana la pulak wify aku ni? Yang, oo yang...abang dah lama tunggu ni. Utk makluman korang aku ni jenis ug penyabar. Dah la baik hati, hensem, penyabar plak tu. Tapi aku bersyukur la dgn apa yg aku ada. Biasa la kalau bersiap2 macam ni, kaum hawa memang slow & steady. Tapi bukan apa, utk kebaikan korang gak. Bila nak keluar cam ni, kena lah cun, make up yg terbaek. Nanti kalau jalan2 tu orang tanya, "amboi, comei nya, bini sapa la ni?", sure korang bangga kembang hisung korang tu kan? Hehe. Finally siap gak dia, anggun sungguh bini aku ni dengan mengenakan baju kebaya pesak yg ditempah utk raya tahun lepas dp butik kt kompleks PKNS Shah Alam. Warnanya pun cantik dan kena dgn warna kulit isteriku yg putih2 kuning tu. Memang naik lah orang kata baju tu dengan wife aku tu. Owh ya, aku kena refer ke bini aku "wife" sebab dia tak suka aku panggil atau refer dia sebagai "bini". Kasar sangat bunyinya kata dia. Tah la, aku ok je...hehe. Bukan takut bini ok, tapi hormat...hehe.

Btw, bini aku ajak pi shopping kat Sogo. Ada sales katanya. Kaum hawa ni kan, kalau pasal sales, semua depa tau. Macam ada sejenis sesunggut kt badan diorang ni yg bleh hidup di setiap sudut yg ada sale. Aku ok je, bleh la jimat beli baju raya siap2 time sale. Tapi yg tak syoknya bila semua dah murah tu, semua benda dia nk beli. Org yg reka sale-sale ni pun pandai, bila dah pi shopping tu benda yg tak patut belipun terbeli gak. Bajet habis lari, lintang pukang...haha. Tapi tak ape, asalkan bini hepi. Betul tak? Hati bini ni nak kena jaga. Bukan nak hidup sehari dua, nak hidup bersama kalau bleh sampai bila2, sampai tua. Tu pun kalau panjang umor la. Tapi kalau ko tengok lah kan, kebanyakkanya kaum hawa yg hidup lebih lama drpd kaum adam ni. Pasal apa tu tak tau la pulak. Mungkin sebab lelaki ni kuat berkerja dan kuat rehat...bila kt ofis memang la kuat kerja tapi bila dah balik rumah, relax beb...hehe. Dah la tu tak exercise pulak. Perutpun makn hari makn ke hadapan. Kaum hawa pulak busy sentiasa. Kat pejabat sibuk kat rumah lagi sibuk, sampai ke tengah malam...hehe. Sebab tu lah aku nak ingatkan korang supaya appreciate bini2 korang semua, jgn tau nak komplen jek. Betul tak aku cakap ni?

"Abang, dah sampai ni. Nak parking kat mana ni?", tanya isteriku. "Time ni mana nak ada parking yg dekat dgn kedai. Kita parking kat Semua House la. Ayang nak shopping kat mana? Wisma Confidence ke?", tanya aku. Isteri kesayangan aku tu mengangguk aje. Suke la tu, nak pi shopping lah katakan. Owh, satu perkara aku nak bagitau korang, kaum hawa ni bila shopping kalau dia kata nak beli baju, korang jgn la percaya sangat. Diorang ni akan masuk setiap pelusuk kedai dan belek setiap benda yang ada kat situ satu persatu. Bukan nak beli pun kadang2 tu tapi depa memang macam tu. Sejak tabii lagi. tapi kira nasib baik korang la kalau tak beli, kalau semua depa nak angkut, tak naya korang...haha.

Aku sampai dah kol 110pm. Azan zohor pun berkumandang menandakan dah masuk waktu zohir la tu. "Abang, kita solat dulu ye", ajak isteriku. "Erm...ok", balasku. Btw korang kalau nak pilih isteri tu pilih lah yg beriman. At least kalau korang tu pelupa boleh lah bini korang peringatkan, esp time solat cam ni. Kalau nak harapkan korang, erm...aku pun faham. Sibuk manjang. Tapi skrg ni handfon buatan Malaysia ada yg siap dgn azan sekali. Aku nak nasihatkan korang lah, tak payah la pakai iphone ke, Balckberry ke, bukannya ada aplikasi macam yg handfon Blurberry buatan Malaysia tu, siap dgn aplikasi azan sekali. So lepas ni tak lah korang termiss solat lagi. Solat tu wajib, dah jadi husband ni lagi lah tanggungjawab korang tu berat, nak kena didik isteri, anak2 ke arah Islam. Kalau korang pun Islam seminggu sekali atau setahun sekali, alamat hancus la. Korang kena ingat hidup mati ditentukan Allah. Kita tak tau bila kita nak menemui malaikat maut. Korang jgn ingat la ni korang tu muda lagi. Korang ingat orang muda tak mati ke? Haish...bertaubat lah segera sebelum terlambat. Kalau mak bapa korang masih hidup sure depa pelangkung korang dengan kayu api kalau tak solat, sebab la ni depa dok kena tanggung dosa tu, dah tu korang tau tak doa dan sedekah korang kalau niatkan utk ibubapa akan sampai pahala tu. Itulah shj harapan arwah pada korang. Dan kalau korang tak didik anak2 korang yg masih kecil tu utk ke arah Islam, korang jgn lah nak harapkan diorg bleh batu korang bila korang dah masuk dlm kubur nanti. MasyaAllah... Alamak, aku ni dah macam ustaz la pulak, ustaz pun tak macam ni, hehehe.

Aku menurut aje buntut isteriku shopping. Sambil2 tu aku dok baca status korang kat fb ni. Ada gak activiti selain drpd tolong pegang benda2 yg dibeli sejak tengahari tadi. Ni dah masuk kedai yang kelima kami masuk. Tiada tanda2 utk isteriku berhenti shopping lagi ni. Dan macam biasa activiti sambilan (atau utama) aku adalah membaca stats fb korang. Tiba2 ada satu status berbentuk puisi dlm fb ni yg menarik sgt perhatian aku macam ni,

"Salahkah aku
Jika menyanyangimu
Tanpa had
Tanpa syarat

Salahkah aku
Jika merindumu
Setiap saat
Selalu terkenang
Sentiasa terbayang

Salahkah aku
Merasa bahagia
Pabila disisimu
Walau duka
Yg datang melanda

Bahagia atau derita itu adalah pilihan kita."

Alamak, jiwangnya mamat ni dgn bini dia, but I like...especially yg last sekali tu, "...Bahagia atau derita itu adalah pilihan kita." Aku bahagia ke ni? Apakah erti bahagia yg sebenarnya? Honestly aku pun tak tau. Nak kena refer dgn kamus dewan la ni. Tapi aku bahagia, walaupun aku kadang2 terpaksa atau dipaksa melakukan sesuatu bukan utk aku, walaupun utk org lain, tapi utk org2 yg aku sayang, seperti isteriku, anak2ku. Kalau diorg bahagia, akupun bahagia gak la. Tapi hari ni aku dah termiss golf session dgn kawan2 sebab nak layan bini shopping...bahagia kah aku? Kejap2...nanti aku fikir dulu. Erm, aku tetap bahagia, sebab bila tengok muka bini aku ceria selepas shopping sakan tadi, aku rasa bahagia. Bila letih2 shopping, bini aku masak special malam tadi aku bahagia. Sebenarnya bila hidup berdua ni, dah pulak ada anak2, banyak yg perlu kita korbankan. Kalau dulu time bujang kita boleh lepak2, skrg ni kena turut bantu isteri di rumah, kalau dulu boleh balik kerja lewat lepak2 dulu kat karaoke ke, kedai mamak ke, skrg ni kena bantu isteri di dapur. Kalau dulu sebelum kawen boleh borak2 lepas main futsal, sekarang ni nak kena sentiasa ada di samping anak2, bantu mereka belajar dan mengenal huruf, biar mereka pandai mengaji quran. Tanggungjawab sebagai suami dan ayah kepada anak2 bukannya mudah. Bukan macam budak2 skrg ni yg dah pandai nak buat projek masa masih mentah nak suka2, dah tu bila termengandung, beranak, main campak2 je baby tu merata2 macam depa dok campak pamper kt perumahan rakyat tu sampai nyaris2 kena kepala aku yg jendul ni. Hampeh betul la, tak ade kerje betul, kurang sivik sungguh main campak barang kt bawah macam tu. Nasib baik lah aku lewat 10 saat dan helmet fullface tu masuk tersemat di kepala aku. Tapi yg paling tak boleh diterima akal keluar berita minggu lepas di JB bila seorang lelaki ni meninggal bila dia terkena objek berat yg dilemparkan ke bawah dari salah sebuah apartmen tingkat atas di kawasan perumahan rakyat berkenaan. Tak berani mengaku pulak tu. Memang la hampeh. Orang macam ni pun ada kt Malaysia ni.

Erm, bercakap pasal korban, tak lama lagi dah nk Raya Korban ni. Nak balik kampung. Nasib baik la tahun ni tak perlu nk bincang2 nak balik kampung mana, mak & ayah mertua aku aka mak bapa isteriku pi mekah buat haji. So tahun ni balik beraya kat kampung aku la. Masalah balik kampung mana ni org kawen je yg ada masalah ni. Tapi terpulanglah kpd yg empunya badan utk mencari jalan penyelesaian yg terbaik. Jgn b alik raya muncung panjang 10 inci dah la...hehe. Apa pun, semuanya kena ada pengorbanan, yg terbaik ikut giliran la. Macam org yg kawen lebih drpd satu gak, kena la ikut giliran. Jangan la ada isteri pertama atau kedua atau seterusnya nak conquer pulak. Ingatlah bahawasanya dunia ni bulat. Sekarang ni kita buat kat oran, esok lusa Tuhan "bayar cash" kita akan terima yg setimpal atau le bih pedih lagi. Soi kena lah terima kenyataan dan bantu suami utk berlaku adil. Si suami tu pun perlu gak beringat, bila dah kawen leb oh dari satu ni jgn kawen tu je nak ikut Sunnah, tanggungawabnya besar. Kena berlau adil seadil2nya. Kalau tak adil, payah la beb nak masuk syurga. Dah la pahala pun cukup2 makan je, buat dosa tak berlaku adil pulak. Selamat la jawabnya. So isteri2 pun beringat lah, korang boleh la dapat conquer suami di dunia, tapi di akhirat esok kirim salam la. Kalau korang masuk syurga dulu pun, tak kesian ke suami kena "bayar" dulu "hutang" atau dosa dia tak berlaku adil tu? Semua tu nak kena beringat, kita ni hidup bukan utk dunia ni sahaja, apa yg bakal terjadi di akhirat adalah berdasarkan perbuatan baik-jahat kita di dunia ni. Aku bukan lah ustaz tapi sekadar nak menasihati kawan2 yg dah terjebak tapi asyik dok "bohong sunat" sana sunat sini. Woi, nama lagi bohong, mana ada sunat, dosa ada la, bengong sungguh...hehe.

"Abanggg...", alamak geng, bini gua dah panggil tu, ajak tidur la tu, kekeke. Biasa la kalau dah letoih shopping, malam2 cam ni sebelum tidur nak kena urut2kan kaki tu. Aku ok je nak mengurut ni, tapi lepas tu kena la ada balasannya pulak kan...hehehe.

Good nyte bai, esok cerita lagi. Aku ada tanggungjawab besar nak ditunaikan ni, nak kasi syaitan nangis dengan lahirnya umat Muhammad yg beriman & beramal soleh. Adiosss...

layan... http://www.youtube.com/watch?v=4bAg8ZdMREQ

Wednesday, November 03, 2010

Fw: Are you the eraser or the pencil?

Received by email today...interesting right? Wht are you?


Pencil: I'm sorry....
Eraser: For what? You didn't do anything wrong.
Pencil: I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake,
you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you
lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.
Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do
this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though
one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm
actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you
sad. :)


I found this conversation between the pencil and the eraser very
inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the
pencil. They're always there for their children, cleaning up their
mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller
(older, and eventually pass on). Though their children will eventually
find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do
for their children, and will always hate seeing their precious ones
worrying, or sad.

This is for all parents out there.....
Hang in there!


You

You
Be my bff
We go eat eat
We go jalan2
All of us la
La la la la

You
Are my bff
We story2
We gossipping
We ketawa togather
Ha ha ha

You
My dearly bff
We had fun
We enjoyed ourselves
We are great togather
I luv u all
Muahhhhhsss
Hehehe

Tuesday, November 02, 2010

Don't push me ok?

Wey, dah la bagi requirement lambat, nk semuanya urgent. Kalau boleh pi beli kt supermarket atau pasar malam tu no hal la. Ni nk cari org, strict plak tu requirement, hampeh btol. Skrg nk push plak, siap email reminder, mmg la nk kena dgn aku. Sorry la aku tak delete je email pasal subjek ni lepas ni. Lantak ko la...jgn deal dgn aku, biar org lain yg deal, yg ada human touch skit, biar la pushy pun tapi at least datang jumpa, story2 skit...bknnya aku tak faham, tapi last minit, mana nk cari. Bleh sabar jap tak??

Mode: bengang...grrrr

Management Commitment


You jump i jump....

Mgmt commitment esp to the employees is very critical and important. Once the mgmt has committed somethg, it must go on. Not matter wht and how urgent other matters are (unless it involves life & death situation), whtever promised must be delivered as promised. Otherwise the staff would feed betrayed, les important etc and which can cause low morale and motivation. Think about it...

Banjir di Kedah

Bencana dah tiba. Tak pernah hujan tiba2 lebat terus banjir kt utara tanah air. Kita kena menilai diri kita, di mana silapnya. Adakah ianya bencara biasa atau amaran dp Allah Taala. Semoga kita semua beriman kepadaNya, amin.

Maafkan aku

Maafkan aku
Kerana mencintaimu
Sepenuh hatiku

Maafkan aku
Kerana memujamu
Seluruh jiwaku

Maafkan aku
Aku cinta padamu
Aku sayang padamu
Kerana kau isteriku

Iman itu indah

Kecantikan itu
Bukan hanya pada rupa
Tapi pada budi bahasa
Pada pekerti kita
Pada iman & taqwa
Pada menghormati ibubapa

Cantiknya dia
Cantik imannya
Cantik juga pekerti & bahasa
Cantik segalanya

Rupa adalah pakaian kita
Pastikan kebersihannya
Itu lebih utama
Itulah yg mulia

Manpower Planning during bad time



The company is not doing well. Wht options do we have? Do more with less, reduce cost, reduce or maintain manpower numbers... So why do we have to justify for numbers? Just issue a top down direction, ask all the Biz Heads to maintain their current manpower, focus on biz, sell, sell, sell...and make sure they deliver no less than wht they did in 2009. The more you challenge the numbers the more you'll face with deadend. Tht's my view...

Don't Worry Be Happy

Don't worry be happy
Kita hidup bknnya lama hanya sekali
Apa yg nk difikirkan masalah sehingga merana diri
Masalah pasti akn datang & pergi
Yg tinggal hanya kita yg stress sendiri
Lama2 segala penyakit pun mari
Tak berebaloi la bro baik 'take it easy'
Semua org ada masalah tersendiri
Itulah dugaan utk kita di dunia ini
Haha sure tak boleh nk lari...
Tanpa masalah macam makan nasi tanpa kari
Macam naik meercedes tapi rasa macam naik lori
So relaks & take it easy
And don't worry be happy
Hehe...

:)
:) :)
:) :) :)
:) :) :) :)

Virus vs Friend

Dear friend
Don't be a virus
To me as well as the rest
Live happily & with no stress
InsyaAllah, we'll get Allah's bless

Dear friend
If continue to be a virus
We'll kick your ass
So pls get the hell out fast
You are no friend or guest
Just a little pain in the ass
Hehehe...

your office is your life

Whether u realise it or not, after u entered into job market, u end up spending 1/2 of your life is the office, the other 1/4 would be on the road if u stay in metro area and only 1/4 with your family members. Tht's why it's important to have a nice office, great friends & colleagues and nice bosses...hehe. Easy said than done but at least, try to influence or change if necessary your workarea to make it more comfartable to work. At least you'll feel at ease when at work and able to deliver your task assigned to you at the highest satisfactory level possible. Most importantly, try to click with ppl at office who can understand u and make u happy rather than with a person who always redicule u or trying to make fun of u. No point for u to drag ur feet everyday to the office simply becoz of the wrong reasons, u are not happy there. So don't expect other to change, if u can change. Be happy at work, don't be stressful. Good luck!

Monday, November 01, 2010

Palestin oh Palestin

Palestin
Milik siapa?
Negara berdaulat rakyat dihina
Melarat & merana
Dicerca
Dilayan bagai hamba
Tiada peri manusia
Apakah daya kita?
Bangunlah anak bangsa
Selagi terdaya
Bantulah mereka
Palestin