Thursday, November 24, 2011

FW: ADUAN PELANGGAN-TUNTUTAN PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB




Tuan,

Mohon tindakan/pandangan tuan berkaitan perkara diatas.

Dari minggu lepas  sehingga ke hari ini CMU Taiping telah menerima banyak aduan dari pelanggan TM, memaklumkan mereka mempunyai tunggakan bil telefon TM yang didaftarkan di Sabah.

Modes Operandi saperti berikut:-

1.  Telefon talian tetap TM akan berdering dan dijawab dengan Voice Message.(Pelanggan maklum yang voice menyebut-panggilan dari TM).

2. Message maklum pelanggan mempunyai tunggakan bil TM dan untuk keterangan lanjut dial "0".

3. Apabila pelanggan dial "0"- pelanggan disambong pada seorang  (perempuan India/kadang2 cina) untuk semakan bil.

4. Pada masa ini dia memberitahu pelanggan mempunyai tunggakan bil TM di Sabah. Kebanyakan pelanggan yang mengadu nombor adalah sama dan jumlah tunggakan sama.Lihat file aduan.

5. Jika pelanggan nafi ada buat permohonan  -pelanggan juga disambongkan  pada Pegawai Polis di Sabah- konon nya untuk polis repot.

6. Semasa perbualan,mereka akan cuba perangkap pelanggan dengan bertanya akaun bank dan jumlah simpanan dalam bank.

Sehingga ke petang ini saya sudah terima 11 kes.

Laporan polis juga diatas ada beberapa nombor inbound call yang tertera dalam handphone pelanggan,tetapi bukan nombor TM.

Perbuatan begini telah membuat pelanggan cemas,terpaksa berkejar ke bank untuk freeze akaun bank dan ada yang sehingga terpaksa cuti melaporkan kepada pihak Polis,Telekom dan Bank.

Mohon bantuan tuan2 kerana perbuatan pihak yang tidak bertanggongjawab ini melibatkan Imej TM

Terima kasih.

Pengurusan Kredit
CSM Perak.

Tuesday, November 22, 2011

xtvt TM Bikers sepanjang bulan oktober & november 2011






Syabas kepada rakan2 yg telah selamat sampai ke phuket & krabi (26-29 oktober 2011)…seramai 20 peserta berserta 16 buah motorsikal berkuasa tinggi telah sampai ke phuker & krabi setelah bertolak seawall jam 4 am dari R&R Sg Buloh diiringi 9 buah motorsikal sehingga ke tapah/ipoh & ada yg follow sampai ke sempadan Malaysia-thailand. Tahniah!




Atas permintaan HC, TM Bikers yg tak dpt join trip ke Pontian-Tg Piai telah turun ke Seremban utk bersama2 dgn TM N9 melancarkan pgm Digital Lifestyle Hunt pada 12/11/2011. Walaupun tak ramai (dalam 10 buah motorsikal sahaja) namun kehadadiran TM Bikers telah menyerikan lagi majlis berkenaan.




HC sekali lagi telag memberikan kepercayaan dan menjemput TM Bikers utk bersama2 menyertai HC bersama LOB
di Pontian dan Tg Piai. Seramai lebih 30 buah motorsikal berkuasa tinggi telah menyertai konvoi bersama2 dgn team
drpd HC, Legal dan beberapa Bahagian lain di IP. Cayalah beb!




Pelancaran Wireless City seluruh daerah di N9 telah disempurnakan oleh YAB MB N9 pada 17 november 2011 baru2 ni. Seramai 30 rakan2 bikers telah menyertai konvoi ke rembaubersama2 dgn beberapa bikers dari seremban (geng pencen abam ucop aka mat) untuk bersama2 dgn TM N9. Pekan rembau telah digegarkan oleh TM Bikers yg telah diberi tugasan utk menerima flyers drpd YAB MB dan seterusnya mengedarkan flyers berkenaan di seleuruh pekan rembau, siap masuk paper sinar harian dan berita harian lagi tuuuu….sori Chip, hehe.…





Seramai 20 rakan2 TM Bikers telah menyertai satu lagi khidmat masyarakat dgn turut menjayakan majlis Sunathon di
surau taman sutera kajang diketuai oleh bro Zaidee…siap sempat lagi tu ‘mandi’ bersama2 adik2 yg nk bersunat dan
makan cucur udang & kopi panas2 di rumah Zaidee, sape tak follow rugi…kan kan kan…




Dan akhir sekali, jumaat ni Chip & abam usop aka mat akn menyertai 7 Nations PCB Exploration 25 november – 10 disember 2011…marilah sama2 kita mendoakan semoga seluruh anggota kontingen explorasi ini selamat pergi dan slamat balik, rasanya banjir di Bangkok dan surut tu., tapi hati2 sebab hujan dah berjangkit ke utara semenanjung dan selatan thai plak…anyways, ole2 tujuh negara tu jgn lupa ok….

Pantun Sempoi Sebelum Memulakan Presentasi :)



HC Pahang petah berkata
TMTC Perak presenter bergaya
Dr Z segak bergaya
Standby nota utk bertanya...
Ketua HC Negeri hensem2 belaka
Rakan2, VP dan General Manager
Serta talent di HC yg terrer2 belaka
Selamat sejahtera dari saya utk semua dan Assalamualaikum wbk pembuka bicara.... ;)

Speech during Majlis Apresiasi TMG :)

Tok Batin duduk bersila
Tok Imam munajat  berdoa
Tok Siak bersilang kata
Tok mudim gagah bergaya
 
Yang Berhormat petah berkata
Suspen menanti pilihan raya
Yang Berusaha segak bergaya
Tunggu masa untuk berbicara
 
Ketua daerah ketua Negara
EVP, VP dan General Manager
Di TM Global kita semua sama
Terimalah ucap Selamat dari saya…

Assalamualaikum wbk dan salam sejahtera 1TM

Yang berbahagia yang berusaha
Alhamdulillah akhirnya kita berkumpul bersua
Di majlis Apresiasi meraikan semua anggota
Yg bertungkus lumus berkerja
Siang dan malam tak kira masa
Menyelesai masalah pelanggan demi TM Global tercinta

Sijil diberi tanda penghargaan
Walaupun sedikit itulah tanda ingatan
Kepada yang lain jangan dilupakan
Kita bekerja sebagai satu pasukan
Kpd rakan2 yg bakal kita nobatkan
Teruskan usaha untuk mencapai kejayaan
Perjalanan kita masih jauh merentas lautan
Pastinya usaha tangga kejayaan 

Akhir kata, terima kasih buat para jemputan
Tak lupa secretariat dan rakan2
Marilah kita teruskan majlis sebelum kita makan
Tibalah masanya EVP sampaikan ucapan
Sebelum tu kepada MC Majlis saya serahkan…

Sekian wassalam…



Sunday, November 13, 2011

Pantun ucapan perpisahan...

Assalam mualaikum pembuka bicara
Salam hormat buat Pengetua
Semoga sihat rakan2 semua
Mensyukuri nikmat Allah Taala

Wahai rakan dan pihak pengurusan sekalian
Dengarlah pantun dariku bicara perpisahan
Tidak kupohon sebarang ganjaran
Hanya persahabatan ikhlas yg kuharapkan

10 tahun berlalu sudah
Namun dilupa tidaklah mudah
Setiap detik menjadi sejarah
Terpahat dihati amatlah indah

Selamat datang mudahnya ungkapan
Paling payah salam perpisahan
Jika ada sebarang keiklafan
Jari disusun mohon kemaafan

SMKJ banyak pengalaman
Mengajarku erti sebuah kehidupan
Anak2 murid menjadi taruhan
Semoga berjaya di masa hadapan

Selamat tinggal wahai kawanku
Pertemuan dan perpisahan ketentuan Ilahi
Walau sekejap terpahat di memori
Wajah kalian akan sentiasa diingati
Gurau tawa yang tiada galang ganti
Dalam bekerja kita sentiasa bersatu hati
Susah payah bersama2 kita harungi
Dimanakah kanku cari ganti

Terima kasih wahai rakanku
Kerana memberi peluang menjadi sebahagian dari kamu
Ku tak pasti samada haruskah aku gembira atau terharu
Namun iringilah perpisahan ini dgn senyuman paling manismu

Usah bersedih andaiku pergi
Walau jauh namun dekat di hati
Mukabuku menjadi pengganti
Kongsi-kongsilah Koku Jalil punya aktiviti nanti

Dua tiga kuching berlari
Sambil mengejar mencari cik ti
Walau kemana jua kupergi
Koku Jalil dan SMKJ sentiasa terpahat di hati

Bye bye rakan selamat tinggal teman
Sekian wassalam