Ayah & Ibu
Engkaulah permulaan utk kami
Lahir ke dunia tanpa mengerti
Tanpa bicara atau pekerti
Putih bersih penuh suci
Melihat bulan & matahari
Betapa indahnya dunia ini
Segalanya ciptaan Ilahi
Ibu,
Engkaulah yg melahirkan kami
Bermula segalanya hinggalah kini
Kau terima segala puji & keji
Demi membesarkan kami
Menjadi insan terpuji
Terima kasih Ibu & Ayah
Tanpa mu siapalah kami
Pengorbananmu amat bererti
Keperihanmu tidak terperi
Namun segalanya kau lalui
Utk membesarkan kami
Ayah & Ibu
Kini kami telah dewasa
Menjadi anakmu yg mengenang jasa
Walau jauh dari mata
Namun jauh di sudut hatiku berkata
Kau lah Ratu & kau lah Raja
Yg kami sanjung & mulia
Terimalah kami seadanya
Kerana tak mungkin kami bisa
Membalas segala jasa
Tanpa redhamu kami berdosa
Mengharungi dunia yg penuh pawana
Ibu
Restumu, hanya itu yg kami pinta
Agar kebahagian milik kita
Menempuh ranjau yg berbisa
Hajat kami adalah sama
Mendapat keberkatan dariNya
Atas restumu jua
Ayah & Ibu
Untukmu ku pohon padaNya
Ampunkanlah dosa2 mereka
Dan sayangilah mereka
Jauhi mereka dari seksa
Di akhirat mahupun dunia
Limpahi mereka dgn rahmatNya
Kerana mereka selayaknya
Mendapat tempat yg mulia
DisisiNya
Amin ya rabbal a'lamin...
- chezul
No comments:
Post a Comment