Sunday, October 11, 2009

Isa Menang di Bagan Pinang

Isa Samad menang, bleh dijangka ke? Menang besar lak tu... Kawasan askar, dah announcepun...patut la.

Tahniah !

Wednesday, August 27, 2008

Konsert Avril Lavigne

aku ingat nk pi tngk gak konsert ni, minat gak singer ni, tapi....

aku tertarik lagi dgn petikan dari laman pas nie...

"Oleh itu pemudawilayah mendesak agar Mufti Wilayah memainkan peranannya dan mempergunakan Ilmunya yang dikatakan lebih tinggi dari ilmu Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi."

so, ape lagi?? tak kan dah tak de suara plak kot? kalau tak de suara, tulis, hantar sms ke, blog ke, hehehe

Sunday, August 24, 2008

apa itu kronisme

apa itu kronisme? tak faham, bahasa canggih sgt (bahasa pinjam)

aku teringat kawan (tak rapatpun) bagitau kat kawan aku dulu bila dia ditanya kenapa bagi biz kat sedara-mara dia, padahal dia pegang jawatan tu, ade kuasa, pengaruh dsb. kenapa tak beri melalui open tender?

lalu dia jwb...

dia ade peluang ni, nk outsource project (of course la bawah department diakan), so dia pun dok fikir2, nak bagi sape.

last2, dia fikir dia bleh gak kasi kat org yg dia tak kenal (sesape je la kat luar tu), tapi dia tak kenal pun org tu, buat apa dia nak tolong.

pas tu, dia fikir baik bagi ke kawan2, ade gak faedahnye. dorg pun kenang gak jasa kengkawan.

pas tu dia terfikir plak dah, drpd tolong kengkawan, baik tolong sedara-mara sendiri. kalau dia tak tolong sape lagi? pegawai bank? kerajaan? pembangkang? ish... tak de la.

so finally, dia pun decide nk bagi ke sedara-mara....eh, jap...

dia dapat ape? kang sedara-mara kaya-raya, pakai mercedes, bmw, dia terkebil2. biasala kerja makan gaji, mana mampu kan...

kalau dah cam tu, baik la dia buat sendiri, buka company, letak nama anak-bini. tender terus je kasi kat dia sendiri. lagi senang, dia yg award tender, dia yg manage, dia yg approve payment...

so nak jadi cerita, dia dah kaya-raya. bila org dah mula siasat, dia resign la, tunggu apa lagi. dah ade banglo siap swimming pool, kereta mercedes sebijik, akaun bank dah gemuk...resign siap bawa semua dokumen, habis cerita....hehehe

tu cerita dia...aku pun tak tau la kebenarannya, tapi mamat tu mmg la kaya time dia resign dulu, dah lebih 10 tahun. skrg ni tak tau la...mungkin dah insaf, dah pi mekah minta ampun semua dosa la kot gamaknya.

tapi yg pasti dia tak buat sumpah apa2 kat masjid mana2....

peradaban dan permatang pauh

bila la kita nak jadi bangsa yg beradap dan beradat. boleh tak kalau segalanya dilakukan dlm keadaan bersih, tanpa perlu buat benda2 yg tak masuk dek akal?

kena raba?
bom?
sumpah?
kain rentang provokasi?

udah tu udah la. berkempenlah secara bersih, jujur, amanah. kalau kita betul, baik dan mampu menjadi pemimpin yg memenuhi citarasa rakyat dan bukan diri sendiri dan kaum keluarga, insysAllah menang.

tapi boleh ke? yakin ke? jujur? amanah? bersih?

hanya org yg duduk di kerusi itu shj boleh menjawabnya...

16 september

16 september dah makin hampir. apa perubahan yg kita dapat? Oo, minyak dah turun balik, 15 sen... tapi dah terlambat...beras, roti canai, teh tarik semua dah naik dulu. boleh turunkan ke? mintak mahap le...

tapi apa2pun kita sambut merdeka dulu

merdeka
merdeka
merdeka

tiga puluh satu bulan lapan lima puluh tujuh
hari mulia
negaraku merdeka

merdeka

permatang pauh dan sumpah laknat

apa dah jadi ni? imam ke bilal? apa kata kita bincang, persoal dan debatkan perkara ni? berat gak isu ni, kan, kan kan...

umno ke pkr? sure bukan dap atau mca atau gerakan atau sapp? confirm alhi umno?

hm, macam ni lah kalau umarak control ulamak. dunia dah nak terbalik.

apa2pun persoalannya, harap2 laknak tu utk yg terlibat je la, takut nnt habis satu kampong lak, tsunami atas darat pun bleh jadi dunia zaman skrg ni, nauzibillah.

layan...

Monday, April 28, 2008

wang ihsan

la, tganu pun masih terima wang ihsan direct ke? sape la yg control agaknye ye? patutla mewah gile buat event, yg meleleh air liur mek and awang la, yg untung hanya konco2nya yg tau... nampaknya ada satu lagi negeri pembangkang dlm barisan...

pakatan tak sefahaman?

apa dah jadi? undian timbalan speaker, undi calon barisan melebihi jumlah MP barisan sendiri. pakatan dah tak sehaluan? aku rasa biasa je, tapi cuma salah percaturan, dek ketamakan dap. sekarang ni zaman penguasaan msia timur. kalaulah calon pakatan drpd msia timur, adakah undi dap akan ke barisan? salah strategi... nampaknya dap tetap dap, tamak kan kuasa, aku tak tau lah kalau pas, pkr masih belum nampak lagi. buta kah mereka, atau tamak juga ke? aku tak nampak 'give and take' lagi di pihak dap. masih pada takuk lama, esp pemimpin2 tua mereka.

mb perak mungkin boleh komen panjang lebar...

Saturday, April 26, 2008

balkis oh balkis

la, ingatkan laki je, bini pun sama gak
2 x 5...
tak pe la
biar mahkamah je yg tentukan...
mahkamah? erm...
oo...dah bebas
tapi ape yg bebas? ape yg tak bebas?
tapi apa2pun tun salleh dgn 4 org lagi dpt habuan
bukan minta maaf, tapi bayaran utk kesengsaraan
apa2la labu...

rasuah dlm sukan menjadi2

negara asia ni mmg terkenal dgn judi terutamnya sukan
maknanya mengatur permainan la tu
sebab ramai kat luar sana nak untung besar
so jadilah sukan di malaysia ni tersengguk2
tapi yg menariknya terus tersembul sorg mamat ni nak jadi champion
nak mempertahankan sukan drpd rasuah
siap sound budak2 bola jgn ambil rasuah
hahaha, nk tergelak besar tu
kau pun faham maksud aku apa kan?

kes altantuya

memalukan
tu je la aku nk cakap
jgn cerita nk reform judicial system la
kalau setakat nak pilih hakim jer, baik tak yah
yg ade depan mata pun tak dpt nk settle cam na?
ni maruah negara, bangsa
kalau betul nk reform, kes ni kena bagi priority
tak kisah sape yg terlibat, polis, shli politik, pemimpin...
darah bayar dgn darah (maknanya perlu dihukum, ikut undang2 la...)
ni bkn perkara main2
masyaAllah
altantuya

Tuesday, April 22, 2008

happy earth day

happy earth day to u
happy earth day to u
happy earth day to u
happy earth day to u

Friday, April 18, 2008

tahniah dato seri ir nizar

tahniah kepada dato seri ir nizar, MB Perak di atas pengurniaan darjah kebesaran negeri Perak
bukan pangkat dan gelaran menjadi ukuran
tapi jasa, bakti dan komitmen terhadap rakyat
semoga berjaya
amin

black 14

bravo

what's next?
time is crucial...
demi masa...

gaya hidup sihat

aku dah makan nasi sekali sehari jer skrg
bukan tak der duit
bukan dah pokai
bukan kedekut
bukan

nak jaga kesihatan
nak manage kolesterol level
nak sihat
org tua kata sihat tu segalanya
sihat tak ternilai
wang tak boleh beli kesihatan

berkat kenaikan harga beras....