Farid keresahan. Kalau masuk hari esok, dah 3 hari dia tak call Norly. Berdosa tu kalau tak menegur kawan melebihi tiga hari. Farid melihat ke arah handphonenya. Diangkatnya handphone Sony Erisscon yang baru dibelinya sebulan. Kualiti gambarnya sangat cantik. Ada 3G dan wifi, boleh la mengakses ke facebook pada bila-bila masa. Dengan kualiti gambar yg sangat jelas dengan 12MP, bolehlah Farid memuatnaik terus gambar-gambar yang diambil ke dalam facebooknya. Handphone tu Norly yang pilih. Barulah nampak bergaya bila di pejabat nanti, kata-kata Norly tu masih terngiang-ngiang di telinganya. Disebabkan handphone ni juga la Norly memarahinya tempohari, merajuk konon. Farid membelek-belek skrin Sony Ericsson, kalau-kalau Norly ada termiscall atau menghantar sms. Kosong. Hanya mesej daripada Celcom memaklumkan tempohsah prepaidnya hampir tamat sehari sahaja lagi. Effisyen sungguh syarikat telekomunikasi milik Axiata ni, terdetik dibenak Farid.
Kenapa Norly tak call aku ni? Takkan disebabkan gambar yg aku muatnaik ke facebook tu pun boleh menjadi isu besar. Ambil gambar saja, bukannya berpeluk-pelukan pun. Ceteknya fikiran Norly, detik Farid. Cemburu sangat, sebelum ni tak pernah pun Norly marah-marah sampai begini. Besar sangatkah kesalahannya mengambil gambar tu? Lagipun bukan aku yang beriya-iya nak ambil gambar tu. Si Sofia yang gedik nak bergambar dengan aku. Tapi comel jugak gambar tu, hehe...Farid ketawa kecil bila mengenangkan kisah dia bergambar dengan Sofia di pejabat tempohari. Tapi Sofia tu bukannya apa pun, dia macam adik-adik aku saja, nakal dan ceria.
Farid call lah Norly tu. Orang perempuan memang macam tu, suka merajuk, suka dipujuk, kata Kak Amina, senior Farid di sekolah dulu merangkap kakak angkatnya. Farid tidak punya kakak. Dia anak yg sulong. Adik2nya semuanya lelaki. Dia tak pandai nak melayan hati wanita. Kak Amina lah yang menjadi rujukannya apabila dia menghadapi masalah dengan teman wanita selama ini. Kak Amina telah berumahtangga dan mempunyai 2 orang anak. Kebetulan Kak Amina berkahwin dengan rakan sekerja Farid, Harun. Selalu juga Harun dan Kak Amina menjemput Farid untuk makan malam di rumah mereka. Mereka dah macam adik beradik. Anak-anak Harun dan Kak Amina juga amat rapat dengan Farid.
Farid sangat sukakan budak-budak. Mungkin sebab itulah kanak-kanak pun sukakan Farid. Kalau Farid rindukan zaman kanak-kanak adik-adiknya, anak-anak Harun dan Kak Amina lah yang mengubat rindunya.
Farid tersentak dari lamunan, bunyi handphone tanda ada mesej baru sahaja masuk. Siapakah gerangan yang menghantar mesej di kala Farid sedang memendam rasa ni. Harap-harap mesej daripada Norly. Cepat Farid menyambar handphonenya dan membuka inbox pada skrin handphone Sony Ericsson. Ala, mesej daripada Kak Amina, apalah yang Kak Amina nak tengahari Sabtu ni? Farid membaca mesej yang dihantar oleh Kak Amina kepadanya yang berbunyi, "Akak nampak kereta Norly kat parking Jusco Cheras Selatan ni, kau pun ada sini juga ke? Anak-anak akak ajak tengok wayang. Nak ikut?".
Ish, apa Norly buat kat Jusco tu? Dengan siapa dia ke sana? Takkan di ke sana sorang-sorang kot. Mungkin dia keluar dengan teman-teman wanita dia kot. Atau dia dah ke sana dengan teman lelaki baru ke? Aduh, sakitnya kepala aku, terkeluar dari mulut Farid sambil dia memicit-micoit kepalanya. Apa harus aku buat ni? Macamana nak jawab mesej Kak Amina ni? Aduh, sakitnya kepala aku, fikir Farid sambil mundar mandir di ruang tamu rumah sewaannya di Taman Tun Hussain tak semena-mena. Rakan serumahnya telah awal-awal keluar samada ke pejabat, shopping atau dating dengan teman wanita masing-masing.
Telah tiga tahun Farid tinggal di situ. Suasananya aman dan tenteram membuatkan Farid jatuh cinta dengan taman perumahan tu. Tak ramai orang bujang yang menyewa di situ, kebanyakkannya kelamin, termasuklah Harun dan Kak Amina. Merekalah yang membantunya mencarikan rumah di situ. Senang nak membeli belah dan makan, banyak restoran dan kedai di sekitar taman, kata Harun kepadanya dulu. Saya ikut je lah Harun, lagipun saya bukannya tahu sangat KL ni, maklumlah baru berpindah ke sini, Farid memberi jaminan kepada Harun. Lagipun mudah baginya jika ada apa-apa masalah kerana Harun dan Kak Amina pun tinggal di taman yang sama. Maklumlah, keluarga jauh nun di utara sana. Kalau sakit demam kurang-kurang boleh lah nak minta bantuan Harun dan Kak Amina fikirnya. Kak Amina pun bukannya orang lain, kakak angkatnya sejak tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah dulu di Kulim lagi. Keluarga Kak Amina di Kulim pun mengenalinya. Mereka amat akrab lagi dan Harun pun tak kisah.
Tiba-tiba Farid dikejutkan oleh deringan nyaring handphone Sony Ericssonnya. Eh, siapalah pulak yang nak menghubungi aku tengahari Sabtu ni? Jangan-jangan Kak Amina nak minta kepastian samada aku berada di Jusco Cheras Selatan bersama-sama dengan Norly, fikir Farid. Apa aku nak jawab ni? Ah, bagitahu perkara sebenarlah. Pantas Farid mencapai handphonenya dari atas meja. "Assalamualaikum, Kak, Farid ni...," pantas Farid menyapa di handphone. "Mualaikum Salam," terdengar suara membalas salamnya. Tapi itu bukan suara Kak Amina. Suara tu pernah didengarinya sebelum ini. Farid terkedu, kelu. Suasana hening seketika, tiada suara kedengaran. Sepi.
- chezul