Friday, November 05, 2010

Cerita Sempoi 1: Cinta Gadis Hospital

Cerita ni adalah kenangan aku & dia. Owh, nama aku Adiwira, kerja di TM Bangsar sebagai Pembantu Pentadbiran di Bahagian HR sejak 3 tahun lalu. Aku mula2 bertemu dgn dia di Hospital secara tak sengaja, sempoi kan? Cerita cinta kami bermula begini...

Pada satu hari aku telah ke Hospital UKM di Cheras kerana melawat kawan aku yg accident. Mamat ni jatuh motosikal sewaktu nak ke pejabat. Biasalah dah naik motosikal ni, kalau berhati2 macamana pun, dek kerana kecuaian pemandu kenderaan lain terutamanya lori atau bas, yg menjadi mangsanya sudah pasti penunggang motosikal. Kawan aku ni dilanggar lori satu tan yang masuk secara mengejut dan tanpa memberikan lampu isyarat langsung katanya. Nasib baik dia hanya mengalami kecederaan patah tangan sahaja, motosikal dia memang total lost la. So aku pegilah melawat mamat ni hospital. Aku ni manalah pernah ke hospital, aku tak tahu wad ke apa, dah tanya org tu aku main redah aje. Ajak member lain semuanya busy, maklumlah hujung bulan, nak closing account. Aku kerja di Bahagian HR so taklah busy sangat macam member Bahagian Finance tu. Kami semua kerja di syarikat yg sama dan selalu gak pegi menunggang ramai2 sama2 terutamanya kalau ada cuti panjang ataupun forced leave. Daripada duduk melepak kat rumah atau buat benda tak berfaedah baiklah aku pegi jalan2 dgn motosikal ramai2 dgn kawan2 yg mempunyai sama minat dgn aku. Memang best kalau menunggang atau ride ramai2 ni, naik motosikal berkuasa tinggi pulak, kalau dah sampai ke destinasi tu ramai yg memandang. Cemburulah tu, hehe...

Anyways, berbalik dgn kisah aku di hospital tadi, aku tersalah masuk wad, aku termasuk wad wanita. Habis semua nurse tu pandang aku. Tapi aku buat dek aje, sambil tanya dimana wad lelaki. Adalah juga nurse2 di situ yg berbisik sesama mereka dan ketawa kecil, hampeh sungguh...tapi aku peduli apa, bukannya aku buat salah pun, cuma tersalah masuk aje. On the way nak keluar tu, aku terlanggar pulak sorg minah ni, nasib baik aku dan dia tak terjatuh. Adoi, dua kali malu aku hari tu, haha. Aku pandang dia, ada sorg nurse sebelah dia, ada tabung apa tah yg nurse tu pegang ada wayar terpasang di lengan kanan dia. Nasib baiklah tak tercabut wayar tu, kalau tak entahlah apa aku nak buat. Boleh ke aku nak sambung balik? Alamak, macam doktor la pulak, haha. Tapi apa yg penting dan yg aku nk cakapkan kan sini ialah air muka awek tu, walaupun sakit dan salah aku terlanggar dia, dia tetap tersenyum dalam kesakitan. Aku tergamam seketika. "Tak apa, it's ok," dia kata. Aku kelu. "Maaf," akhirnya terkeluar perkataan tu drpd mulut aku. "Nama saya Adiwira," aku mengenalkan diri.

Sebelum ni aku punyalah takut nak tegur dgn awek, nak sembang2 jangan haraplah. Tapi dgn awek ni lain pulak. Ada satu keberanian dalam diri aku utk menyapa dia. Alamak, nurse sebelah tu dah terbeliak mata semacam je, naik seram bulu roma aku, manusia ke apa dia ni? Dipendekkan cerita, dia bagitau aku namanya Misha dan terus berlalu perlahan diiringi nurse yg dah nak macam serigala jadian tu. Aku mengiringi pemergian Misha dgn pandangan mata tanpa berkelip. Ayu sungguh si Misha ni, bersopan santun, tak mudah marah, sejuk mata memandang, sejuk juga hati bila berdepan dengannya.

Aku terus naik ke tingkat 5 wad lelaki untuk melawat rakan aku yg kemalangan tadi dan bergegas untuk balik ke rumah. Aku ada kelas malam ni, kelas jurisprudence, salah satu subjek yg aku ambil dalam semester ni. Tinggal lagi dua semester sebelum aku menamatkan pengajian Bachelor in Business Administration daripada Open University yg telah aku ambil sejak tigak tahun yg lalu. Dah puas rasanya belajat, tapi aku kena berikan tumpuan, bukannya lama pun lagi, tinggal semester ni dan final semester selepas ni. Harap2 aku dapat lulus semua subjek yg aku regster semester ni supaya tak perlu nak repeat, amin. Tapi petang tu aku tak dapat nak fokus kpd syarahan yg diperikan oleh pensyarah aku tu. Ingatan aku asyik kepada Misha. Aku mesti jumpa dia esok, mesti...

Bersambung...confident je si Adiwira ni, biar betul...

http://www.youtube.com/watch?v=FtORmCFytL0

2 comments:

MizShuxie said...

ni citer betui2 ka rekaan semata2

Unknown said...

rekaan semata2 tiada kena mengena dgn yg masih hidup atau telah meninggal dunia, segalanya adalah kebetulan semata2...