Friday, November 05, 2010

Cerpen Merapu 2 - Episod 1: Aku tak cinta kamu...

Aduh, malasnya nak keluar hari ni. Tapi kalau duduk rumah pun bosan gak, baik la pi jalan2. Boleh gak la menghilangkan kebosanan di jiwa. Tapi kalau nak pi jalan2 sorg kt Alamanda tu rasa pelik la pulak. Org lain semua pi sama dgn couple masing2, aku jalan sorg2 macam budak sekolah pulak. Dah la aku ni kecil molek macam budak sekolah, tak macam cikgu langsung kalau aku tak dressing baju kurung dan make up ke sekolah. Kalau aku pakai baju kurung sekolah tu sah org tak boleh nak differentiate punya, sure depa kata aku ni budak sekolah, tapi sekolah menengah la, jangan buat leceh kata budak sekolah rendah pulak... Tak semena2 handfon berbunyi pulak...ring3! Lantas aku pantas mencapai handfon & menjawab panggilan itu. Siapa lah pulak telefon aku time2 cuti cam ni. Dah la sekarang ni kerja kat sekolah tu tak macam zaman mak aku jadi cikgu dulu, masuk ja pukul 1.10 ptg semua cikgu dah boleh balik dah. Aku ni cikgu biasa ja, ada lah jawatan sikit2, biasa lah kat sekolah tu budak baru macam aku ni sering menjadi mangsa, mangsa keadaan. Tapi bukan semua la cikgu baru macam aku ja yg banyak kerje, ramai gak cikgu2 senior yg rajin giler, ada tu yang sampai sekolah dah la pukul 700 pagi, stay back lepas kelas sampai pukul 530 ptg, aku tak tau la hubby depa tu komplen ke tak, tapi kalau aku jadi suami, sure aku komplen punya. Dah la keluar rumah sebelum matahari naik, balik rumah matahari dah nak turun. Kalau cam tu lagi baik la kerje ofis, tak payah nak jadi cikgu, tak glamer. Aku rasa ramai gak kaum suami yg dulunya cari isteri di kalangan guru sebab kerja separuh hari sekarang ni menyesal kot. Kalau dulu tu kira senanglah nak jaga & membesarkan anak2, sempat pulak masak kat rumah. Kalau makan masakan air tangan isteri ni lain kata org tua2. Itu salah satu utk mengeratkan tali kekeluargaan di antara suami, isteri & anak2. Tapi aku rasa sebenarnya lebih kepada pentingnya satu keluarga untuk duduk makan bersama2 sekurang2nya sekali dalam masa sehari. So bila dah masak tu, semua ahli keluarga kena makan, nanti mak marah sebab mak dah susah payah masak. Kalau tak nak banyakpun kena jamah walau sedikit. Betul tak? Org dulu2 memang pentingkan semua ni, tapi org sekarang ni main ikut dan je. Tu yg keluarga jadi lintang-pukang...haish, minta simpang la.

"Helo", suara itu mengejutkan aku dari lamunan. Alamak, macam kenal je suara tu. Suara cikgu lelaki kat sekolah aku tu, hensem gak la dia orangnya, tapi dah beristeri. Mamat ni selalu gak la dok mengurat aku kat sekolah, tapi aku buat tak layan je. Mana taknya, takkan lah aku nak jadi bini nombor dua dia, sorry la beb. "Awat tak keluar jalan2 ke hari ni?" tanya Cikgu Lan. "Tak," pantas je aku menjawab. "Jom temankan saya nak belikan hadiah cenderamata sempena majlis anugerah pelajar cemerlang minggu depan. Saya bukannya pandai sangat bab beli membeli ni. Nanti tah apa2 yg saya pilih, awat gak yg malu nanti," pujuk suara di dalam handfon aku. "Tapi kalau awak nak keluar dating dgn BF awat, lain kali saje la saya ajak awak," tambah suara tu lagi. Dating? Haish, aku mana ada pak we, asyik kena reject dgn mak aku je. Mak aku ada pilihan hati dia, mamat sorang ni. Memang pandai bangat ambil hati mak aku tu siap jack habis2an. Tapi aku kenal sangat perangai dia ni, story je up tapi hampeh. Aku tak suka org yg bermuka2, yg cakap lain buat lain, depan lain belakang lain. Aku suka org yg simple, berterus terang, gentleman tapi tak overdo la macam si mamat tu. Macam tak ikhlas je, macam ada udang sebalik spaghetti je. Tapi masalahnya mak aku dah suka gila dgn mamat ni, sebab tu kalau aku bawa kawan lelaki ke rumah jumpa mak sure kena reject. Kerja tak tetap lah, low class lah, tak ade kereta lah...kata mak takkan lah kau yg nk menanggung laki kau tu nanti? Kalau setakat kerja pengurus kt KFC atau McD tu baik lah tak payah, kata mak aku. Ops, sori la, aku tak bertujuan menghina, aku ok je selagi korang memenuhi kriteria yg aku dah tetapkan tadi tu. Aku bukannya memilih sangat, tapi kena lah lelaki yg beriman, solat tak tinggal, sayang ibubapa, bertanggungjawab, berbudi pekerti, tak hensem pun tak kisah, asal sedap mata memandang. Up sangat ke kriteria yg aku letakkan ni? Entahlah, rasanya biasa je la, bukannya nak kena bawa kereta mewah ke, ada banglo dua tiga biji ke, aku tak nak lah semua tu. Tapi kalau ada yg nak kan aku best gak...hehe. Tapi mana ada jejaka yg single dan muda yg ad* semua tu. Kalau ada sure suami orang yg dah tua dan gatal nak berbini lebih tu. Tapi kalau nak kawen elok2 tu dan berduit, berharta, mampu apa salahnya. Janji kenalah berlaku adil, tahu mendidik isteri dan beriman ke jalan Allah. Kalau setakat suka2 macam artis2 tu, kawen cerai ikut suka hati je, macam tukar kereta, baik tak payah. Menyakitkan hati, jiwa dan raga je. Betul tak?

"So you nak keluar tak ni?" tanya suara di dalam handfon tu. "Erm, nak, nak...," spontan aku menjawab. Eh, apa ni, dia ni dah ada isteri. Memang la hensem, macho, baik hati, sering ambil berat hal aku, senang nak minta tolong, selalu sedia mendengar rintihan hati aku, tapi dia dah beristeri, rasa bersalah la pulak. Sebenarnya dalam diam aku pun ada menyimpan perasaan pada Cikgu lelaki suami orang ni. Dia dah menawan hati aku dalam diam. Atau dia sengaja nak menyucuk jarum dan aku dah termakan pujuk rayu dia dalam diam. Entah lah, mungkin aku tertekan. Mungkin juga aku terhibur dengan kehadirannya bila dia sentiasa ada setiap kali aku memerlukan seseorang untuk mencurahkan perasaan aku ni. Aku keseorangan, aku memerlukan seseorang yg memahami naluri aku. Aku memerlukan seorg lelaki utk menjaga aku, membelai aku, manjakan aku setiap kali aku rasa sedih. Mungkinkah dia? Apa kata mak aku nanti? Sure mengamuk punya ni, nak jadi bini nombor dua. Tak pernah terlintas di hati sanubari aku langsung untuk berkahwin dgn suami orang. Perkahwinan angan ku adalah bersama dgn lelaki bujang sekurang2nya setahun atau dua tahun lebih tuan drpd aku. Lelaki yg lebih berumur ni rasanya lebih memahami dan lebih makan garam, sudah pasti lah dia dapat memberikan kebahagiaan pada aku, detik hati aku. Tapi betul ka ianya sesuatu yg tercapai atau hanya dongengan semata. Adakah cerita cinta yg macam tu, "smooth sailing" sampai ke akhir hayat?

Dalam berkhayal tu aku dah bersiap sedia. Owh, nama cikgu ni Cikgu Mat, Hamad bin Abdullah. Umur dah masuk 33 tahun. Kalau tak silap harilahir dia dalam bulan ni. Aku pun tak ingat sangat bila dia bercerita tentang diri dia. Aku selalu berkhayal bila dah tak ada kerja di sekolah tu. Kawan2 aku pun sering menegur aku macam tak fokus, kata mereka. Entah lah, betul lah kot, sebab umur aku dah nak masuk 30 tahun, tapi aku masih belum punya bf. Apa lagi tunangan atau calon suami. Kawan2 aku semuanya dah ada anak, paling kurangpun sorang anak. Geram aku kalau hadir ke majlis reunion atau gathering dgn kawan2 sekolah atau universiti dulu, baby diorg tu comel-comel belaka. Maklumlah ibubapa diorg pun hensem2 dan cute2 belaka. Kadang2 aku malas nak join, maklumlah aku pergi pun sorg2. Kalau dah jumpa tu mesti ada soalan2 cepumas aku paling aku benci, "...datang sorang je", "eh, mana bf ko ni, bila nak kawen ni?" Sungguh tak patut. Apa kornag ingat aku tak nak kawen ke? Umur dah mencecah 30an, bf datang dan pergi, semuanya kena reject, habis tu macamana? Adakah aku ni akan kesorangan sampai bila2. Ah, menakutkan bila difikirkan segala kemungkinan yg bakal terjadi. "Ya Allah, aku pohon padaMU semoga aku dapat ketemu dgn bakal suamiku. Biarlah tak kaya, tak hensem, tapi baik hati, beriman dan boleh aku menumpang kasih sampai bila2," doaku setiap kali selesai solat. Adakah Cikgu Mat orangnya? Entahlah, aku buntu. Hon, hon...bunyi hon kenderaan di depan rumah. Dah sampai pun si mamat ni, cepatnya. First time ni aku keluar dgn laki org. Tapi ni urusan kerje, bukannya dating. Aku nak kena pastikan cenderahati yg ditempah tu menepati kehendak jawatankuasa yg telah dilantik. Aku yg bertanggungjawab sebenarnya, Cikgu Mat dalam komiti aku. Dia beriya2 sangat nak tolong. Aku ikut je la.


Bersambung selepas ini...apakah kesudahannya?

http://www.youtube.com/watch?v=G3RIa3vtxv8


No comments: