Saturday, November 20, 2010

Cerita Sempoi 1: Cinta Gadis Hospital (Bahagian 2)

"Assalamualaikum," sapa ku kepada hanba Allah yang parkir motosikalnya bersebelahan aku di perkarangan parking di Hospitak UKM. Aku terus ke Hospital ni di waktu rehat tengahari. Sengaja aku makan nasi berlauk pagi tadi supaya kenyang sampai ke petang. Kawan-kawan yang mengadap makanan bersama di kedai Pak Yob sempat mengutuk aku lagi, "nak pegi menoreh ke atau ke bendang lepas ni?" Diikuti dengan ketawa berdekah-dekah rakan-rakan seangkatanku yang turut makan pagi bersama tadi. Aku buat-buat tak faham je sambil tersenyum, bukannya aku tersenyum dek gurauan mereka tapi terkenangkan peristiwa semalam bertentang mata dengan Misha petang semalam. Tak sabar rasanya aku untuk bertemu dengan dia lagi tengahari nanti. Selalunya waktu makan tengahari aku akan keluar bersama-sama dengan rakan sekerja untuk makan tengahari bersama, seterusnya kami akan sama-sama ke surau mengerjakan solat zohor berjemaah. Itu dah menjadi rutin aku sejak pindah ke pejabat yang baru ni. Alhamdulillah di pejabat baru ni aku dapat kawan-kawan yang mengajak aku ke jalan Allah. Dah selalu ikut mereka kalau waktiu zohor tak ke surau tu rasa macam tak lengkap pula hari-hari aku di pejabat. Tapi tengahari ni aku cepat-cepat mencapai motosikal menuju ke Hospital UKM di Cheras. Tak jauh sangat perjalanan daripada pejabat aku, dalam 10 minit je kalau naik motosikal. Maklumlah, aku ni memang pakar selok belok jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur ni walaupun baru berpindah ke sini. Mana tidaknya, tiap-tiap hari bermotosikal ke pejabat, cuti minggu pula ronda-ronda bersama kawan-kawan menjelajah ke seluruh pelusok kota. Tapi aku tak join geng mat rempit tu, tak ada faedah. Mati katak kata orang. Kalau dah kemalangan tak ada siapa pun yang nak menolong.

"Assalamualaikum misi," sapa aku sampai sahaja ke tingat 2 wad wanita. "Salam," balas jururawat bertugas di kaunter. "Boleh saya tahu bilik Cik Misha?" tanyaku sopan. Aku memang berpakaian kemas hari ni, bukan nak memikat Misha tapi 'first impression' tu penting orang kata. Jururawat pun akan lebih hormat, maklumlah dunia sekarang ni memandang kebendaan. Kalau pakai selekah tak ada orang yang nak hormat.

"Bilik nombor 2. Boleh saya tahu encik ni siapa?" Tanya jururawat di kaunter pebuh hormat. "Kawan," balasku pantas. "Encik tak boleh lama, hanya 15 minit sahaja, sebab Cik Misha baru selesai menjalani pembedahan dan perlu banyak berehat," pesan jururawat itu. Aku menganggukkan sahaja tanya bersetuju dengan syarat yang diberikan.

"Cik Misha," sapaku perlahan. Misha masih lagi dalam keadaan separuh sedar. "Maaf kalau saya menganggu, saya yang terlanggar Cik Misha petang semalam berhadapan kaunter.," jelasku. Misha mengangguk dan tersenyum tanda dia masih lagi ingat akan peristiwa itu. "Ni ada sejambak bunga untuk Cik Misha," kataku sambil menghulurkan jambangan bunga mawar merah aku aku beli di gerai di bawah. Mahal pun mahallah, nak buat macamana. Dah samapi hospital baru aku teringat datang melawat pesakit dengan tangan kosong. "Terima kasih," balasnya lembut. "Maaf saya tak dapat nak berbual panjang, kepala ni rasanya masih berpusing," tambah Misha. Misha terlelap kembali. Aku duduk di tepi katil Misha sehinggalah tempoh yang diberi tamat. Aku tak suka orang mengingatkan aku, lagipun Misha memerlukan rehat selepas pembedahan dan aku pula perlu kembali ke pejabat sebelum waktu rehat tengahari tamat.

"Cik, bila Cik Misha boleh keluar dari hospital?" Tanyaku kepada jururawat di kaunter. Terkejut jururawat tu, mungkin aku mengganggu konsentrasi dia melakukan sesuatu di kaunter berkenaan. "Maaf,'" katanya sambil tertawa kecil. Akupun turut membalas dengan senyuman. "Belum tentu lagi lah adik, adik rtahulah penyakit dia tu, kena tunggu pemeriksaan selepas ni dulu. Kalau doktor dah berpuas hati barulah boleh keluar," panjang lebar penjelasan jururawat itu kepadaku. Teruk ke sakit si Misha ni? Kenapa sampai lama sangat nak baik? Dah menjalani pembedahan pun belum tentu baik? Rumit benar bunyinya tu. Aku ingat sangat bertanya tapi aku rasa maklumat tu sulit untuk diberitahu kepada pelawat macam aku ni. Tak apalah, esok aku datang lagi, aku akan cuba tanya dengan Misha sendiri. Lagipun aku dah tuliskan nombor telefon bimbit aku pada kad ucapan yang aku serahkan bersama-sama jambangan bungai kepada Misha tadi. Dadaku berdebar-debar mengenangkan kesakitan yang dialami Misha. Petang tu aku tak dapat nak fokus dengan kerja-kerja di pejabat. Dua-tiga kali aku ditegur Kak Yusni, penyelia aku. Nasib baiklah Kak Yusni ni amat memahami aku. Cadangnya aku nak buat 'overtime' petang ni, tapi tak jadi. Aku harus ke hospital semula. Harap-harap Misha dah sedar sepenuhnya daripada kesan bius pembedahan pagi tadi yang dijalaninya. Segala macam persoalan timbul di kotak fikiranku.

No comments: