Sunday, November 13, 2011

Pantun ucapan perpisahan...

Assalam mualaikum pembuka bicara
Salam hormat buat Pengetua
Semoga sihat rakan2 semua
Mensyukuri nikmat Allah Taala

Wahai rakan dan pihak pengurusan sekalian
Dengarlah pantun dariku bicara perpisahan
Tidak kupohon sebarang ganjaran
Hanya persahabatan ikhlas yg kuharapkan

10 tahun berlalu sudah
Namun dilupa tidaklah mudah
Setiap detik menjadi sejarah
Terpahat dihati amatlah indah

Selamat datang mudahnya ungkapan
Paling payah salam perpisahan
Jika ada sebarang keiklafan
Jari disusun mohon kemaafan

SMKJ banyak pengalaman
Mengajarku erti sebuah kehidupan
Anak2 murid menjadi taruhan
Semoga berjaya di masa hadapan

Selamat tinggal wahai kawanku
Pertemuan dan perpisahan ketentuan Ilahi
Walau sekejap terpahat di memori
Wajah kalian akan sentiasa diingati
Gurau tawa yang tiada galang ganti
Dalam bekerja kita sentiasa bersatu hati
Susah payah bersama2 kita harungi
Dimanakah kanku cari ganti

Terima kasih wahai rakanku
Kerana memberi peluang menjadi sebahagian dari kamu
Ku tak pasti samada haruskah aku gembira atau terharu
Namun iringilah perpisahan ini dgn senyuman paling manismu

Usah bersedih andaiku pergi
Walau jauh namun dekat di hati
Mukabuku menjadi pengganti
Kongsi-kongsilah Koku Jalil punya aktiviti nanti

Dua tiga kuching berlari
Sambil mengejar mencari cik ti
Walau kemana jua kupergi
Koku Jalil dan SMKJ sentiasa terpahat di hati

Bye bye rakan selamat tinggal teman
Sekian wassalam

No comments: