Thursday, November 24, 2011
FW: ADUAN PELANGGAN-TUNTUTAN PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
Tuan,
Mohon tindakan/pandangan tuan berkaitan perkara diatas.
Dari minggu lepas sehingga ke hari ini CMU Taiping telah menerima banyak aduan dari pelanggan TM, memaklumkan mereka mempunyai tunggakan bil telefon TM yang didaftarkan di Sabah.
Modes Operandi saperti berikut:-
1. Telefon talian tetap TM akan berdering dan dijawab dengan Voice Message.(Pelanggan maklum yang voice menyebut-panggilan dari TM).
2. Message maklum pelanggan mempunyai tunggakan bil TM dan untuk keterangan lanjut dial "0".
3. Apabila pelanggan dial "0"- pelanggan disambong pada seorang (perempuan India/kadang2 cina) untuk semakan bil.
4. Pada masa ini dia memberitahu pelanggan mempunyai tunggakan bil TM di Sabah. Kebanyakan pelanggan yang mengadu nombor adalah sama dan jumlah tunggakan sama.Lihat file aduan.
5. Jika pelanggan nafi ada buat permohonan -pelanggan juga disambongkan pada Pegawai Polis di Sabah- konon nya untuk polis repot.
6. Semasa perbualan,mereka akan cuba perangkap pelanggan dengan bertanya akaun bank dan jumlah simpanan dalam bank.
Sehingga ke petang ini saya sudah terima 11 kes.
Laporan polis juga diatas ada beberapa nombor inbound call yang tertera dalam handphone pelanggan,tetapi bukan nombor TM.
Perbuatan begini telah membuat pelanggan cemas,terpaksa berkejar ke bank untuk freeze akaun bank dan ada yang sehingga terpaksa cuti melaporkan kepada pihak Polis,Telekom dan Bank.
Mohon bantuan tuan2 kerana perbuatan pihak yang tidak bertanggongjawab ini melibatkan Imej TM
Terima kasih.
Pengurusan Kredit
CSM Perak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment