Dulu kalau tanya soalan siapakah idol anda? Aku akan jawab tanpa berfikir...Tn Dr Mahathir, walaupun ada gak keputusan dan tindakan dia yang aku tak setuju personally tapi dia tetap antara yang terbaik pernah Malaysia lahirkan.
Dan sekarang kalau soalan yang sama diajukan...jawapan aku, beberapa orang antaranya Steve Jobs, Bill Gates, Syed Mokhtar Albukhari, Tony Fernandes.
Kenapa Steve Jobs? Kerana kesungguhan dan kecanggihannya berfikir dan menghasilkan produk-produk yang manusia tak terfikirpun selama ni akan terhasil. Dia seumpana Thomas Edison zaman moden. Siapa sangka kita akn ada iphone, ipad dan sebelum tu walaupun pernah disingkirkan drpd Apple, dia berjaya bangkit dan menghasilkan movie cartoon melalui Pixar Pictures dan merubah secara langsung filem-filem di Hollywood menjadi leboh canggih dan futuristik, sungguh mengkagumkan...walaupun tanpa apa-apa degree daripada mana-mana universiti di dunia.
Bill Gates pula adalah seorg yg licik di dalam business, dia berjaya merubah lanskap personal PC di seluruh dunia dan menjadi billionaire dlm sekelip mata, canggih tak? Orang Malaysia masih lagi memikirkan macamana nak buat business online, nak jual belacan dari Perak ke rakyat Melaka dan menjual cencalok Melaka ke rakyat negeri Sarawak, tapi Bill Gates memandang dunia tanpa sempadan. Aku ingat lagi kata-kata seorg "strategist" (kununnya), "nak buat apa fikirkan nak jual online ke seluruh dunia jika di Malaysia pun org belum kenal, cuba-cuba lah create platform atau marketplace utk dalaman Malaysia dulu." wey bro, apa kes? Tun Mahathri dah lama bercakap pasal dunia tanpa sempadan dan juel jenama Malaysia ke persada dunia, Bill Gates dah lama jual windows tanpa mengira budaya, bahasa, warna kulit, ko masih nak jual belacan ke? Belacan tak payah nak beli online, beli di kedai runcit tu je, start motor kapcai, 5 minit dah sampai...hadoi, org cam ni pun ado??
Kenapa Syed Mokhtar? Sebab dia ni jutawan senyap, tak bising-bising macam org lain, banyak buat amal tolong orang dan tatak sombong orang Penang kata...betul ke? Aku tak pernah jumpa personally tapi dari apa yanga ku baca dan dengar cerita cam tu la, tapi yg pentingnya, memang betul lah apa yg diajarkan oleh Ustaz aku dulu, bayar zakat, banyakkan sedekah, tak rugi malah harta akn bercambah-cambah....dah terbukti. Ini nak sedekah RM1 pun berkira, siap soal selidik lagi duit tu nak belanja utk apa, layak ke tak org yg nak terima tu, bla bla bla...tapi betul gak sebab peminta sedekah di Malaysia ni kaya raya beb! Almaklum rakyat Malaysia suka bersedekah, sebab tu la kot negara Malaysia ni murah rezeki sampai semua rakyat dari negara lain datang cari rezeki di sini, halal ataupun haram... Negara kecil tapi rezeki melimpah ruah sampai rakyat negara lain pun boleh dapat manafaat...masyaAllah!
Aku admire Tony Frenandes sebab dia ni nampak macam people person. Katanya sebulan sekali at least dia akn buat kerja sendiri seperti ticketing, angkat bag, serve travellers...biaq betoi! Cam ni staff tak boleh nak kelentong dan dia akn dapat 1st hand info bukan on paper je macam kebanyakkan CEO. Imagine la Air Asia dulu di bawah Hicom dah nak bungkus dia berjaya naikkan sampai jadi salah sebuah syarikat penerbangan tersohor di Asia dan juga yg terpesat berkembang di dunia walaupun syarikat penerbangan lain ada masalah (seperti MAS of course, hehe...).
No comments:
Post a Comment