Friday, February 04, 2011

Hidup ini bagai roda

Hidup ini ibarat roda
Kita akan melalui pusingannya
Cuma waktunya bila
Kita akan tempuhi jua

Kita lahir ke dunia
Dibelai disayangi ibubapa
Kita membesar bergaya
Dalam satu keluarga

Zaman kanak2 kita bermanja
Mengikut ibubapa ke mana sahaja
Bila remaja kita berasa
Ingin bersama kawan melebihi keluarga

Bila kita menempuh dewasa
Bertemu teman yg istimewa
Pilihan kita utk bersama
Mendirikan rumahtangga

Kini ibubapa tinggal berdua
Sering menelefon untuk bersua
Kita sibuk dgn kerjaya
Serta melayan pasangan kita

Tiba masa anak2 kita pula
Lahir ke dunia ditimang manja
Mereka meningkat remaja dan dewasa
Masa pantas berlalu begitu saja

Kini giliran anak kita pula
Menempuhi alam berkeluarga
Tinggallah kita berdua
Melihat anak kita bahagia

Lengkap sudah pusingan kita
Hidup ini bagaikan roda...

No comments: