Sunday, February 27, 2011

Doa buat sahabatku yg konfius...

Ya Allah ya Tuhan kami, kau ampunkanlah dosa sahabat kami walau siapapun dia, baik atau buruk, kaya atau miskin, dia ttp sahabat kami dunia akhirat, kami sayang sahabat2 kami. Oleh itu Ya Allah, kami memohon hanya padaMu Tuhan sekalian alam, Tuhan kepada segala ciptaanMu, Tuhan yg Kami sembah, berikanlah hidayah kepada Kami Ya Allah, berikanlah petunjuk kpd kami, jauhkanlah kami dari segala macam dugaan, fitnah, dan hasad dengki. Dan Kau bukakanlah hati sahabat kami itu supaya sedar akan perbuatannya dan kembali ke pangkal jalan. Ya Allah, jgnlah Kau pesongkan dia dan tempatkan dia di lembah yg hina, kerana kami sayangkan sahabat kami semua ex smsb. Berikanlah hidayah Mu kpd kami semua agar kami menjadi hambaMu yg patuh, taat akn perintahMu dan menjadi insan yg berguna kpd agamaMu, ibubapa kami, masyarakt amnya dan umatMu keseluruhannya. Ya Allah, ampunkanlah kami di atas segala kesalahan kami di dalam berbicara, ampunkanlah dosa2 sahabat kami yg telah dilakukannya samada secara sedar ataupun tidak. Namun antara kami Ya Allah, beliau tetap sahabat kami dunia akhirat dan kami telah memaafkannya. Peliharalah kami ex smsb dari segala dugaan dan rintangan. Rahmatilah persahabatan di antara kami Ya Allah, Kau rapatkanlah kami sebagai sahabat dunia alhirat dan jauhkan kami dari sengketa. Dan Engkau bukakanlah pintu hati sahabat kami itu untuk berterus terang dan ikhlas dalam persahabatan ini Ya Allah, kami ikhlas dan sedia menerimanya tanpa sebarang syarat atau sekatan. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Agung lagi Maha Mengetahui....amin

No comments: