Di usia kanak2
Terasa terlalu pantas masa berlalu
Sibuk bermain2 ke sana ke mari
Berkaki ayam tanpa segan
Berbasikal merayau tanpa sempadan
Seluruh kampung menjadi jajahan
Mencari teman dan rakan-rakan
Bermain guli dan batu seremban
Papan congkak di atas bumi
Biji getah menjadi ganti
Bermain sehingga dinihari
Di usia remaja
Tak tahu arah dan tujuan
Masuk saf kanak-kanak atau dewasa
Semuanya serba tak kena
Asyik ditegur ibubapa dan keluarga
Tak mudah nak jadi insan berguna
Berbakti kepada bangsa dan negara
Tetapi itulah saat paling bahagia
Di usia dewasa
Punya tanggungjawab kepada keluarga
Mencari rezeki untuk keluarga
Bukan mudah untuk berjaya
Hadapi tekanan keluarga dan rakan sebaya
Kenapa terlalu cepat kita dewasa?
Seronoknya zaman kanak-kanak kita
Ku mahu kembali ke usia remaja
Tapi tak mungkin ianya kembali
Hanya tinggal memori
No comments:
Post a Comment