Monday, December 27, 2010

Cerpen Merapu 3: Superhero Scratch & Win



OTW balik dari keje td adik aku call. Dia guna sistem telekomunikasi paling canggih sekali, bicara terus hati ke hati, sistem telekomukikasi paling canggih rekaan Prof Gadget, katanya ada org kt depan pintu pagar nak promote scratch & win apa tah. Katanya org tu tanak blah, walaupun mak aku dah halau depa, akupun apa lagi hangin la satu badan, terus aku campakkan basikal BMX aku kat tepi jalan tu dan menggunakan superpower yg aku ada, terbang dgn kelajuan max speed 1000km/jam. Dalam masa sesaat, aku dah sampai depan rumah. Mamat yg nk jual scratch & win tu terkezut dgn kehadiran aku, dia try pulak nk promnote kat aku, dia bagi kertas scratch & win tu pada aku dan suruh aku scratch, bvleh dpt hadiah besar punya kata dia. Dah rama yg beli tapi blom ada yg menang. Akupun teruja terus ambil duit syiling dan scratch...aku memang, dapat TV 14"...yeayy. Sukanya aku dpt TV free. Tapi mamat tu kata kalau nk dpt TV tu aku kena beli peti ais dulu, mesin bash dan kerusi urut pada separuh harga. Congak2 ada la dalam RM3999 utk semua barang2 tu. Alamak, ni 2 bulan gaji aku ni. Ah, aku tanak lah...nah balik , ko je la claim hadiah ni, aku tadak duit bnyk tu la nk beli barang2 tu semua. Eh, mana bleh, abg dah scratch, kena beli gak, ckp mamat tu pelat. Adoi, hampehnya....fikir punya fikir, aku terus gunakan kuasa superpower aku lari dari situ dgn kelajuan cahaya. Rupa2nya mamat tu pun ada superpower gak, dia freeze kan aku supaya aku tak bleh bergerak. Badan aku keras tak bleh nk terbang. Dia panggil supervisor dia datang. Supervisor dia besar giler macam giant. Supervisor dia marah dgn aku. Dia tarik dan cucuk hidung aku dgn bulu ayam, adoi...gelinya. Akupun terbersin kuat, tersangat kuat hingga melayang supervisor tu dgn mamat jurujual yg hampeh tu. Mereka terjatuh jauh dan tersangkut di celah2 gunung berapi di sumatera. Gunung berapa tu terkejut dan terus marah. Gunung berapi tu meletup dgn kuat sehingga menghasilkan tsunami sampai ke KL, nasib baik aku sempat meniup balik tsunami tu dan tsunami tu pun berpatah balik ke gunung berapi tu dan gunung berapi tu terkena air laut yg masin lalu ais laun menjadi beku. Org2 kampung sgt suka sebab mereka tidak lagi perlu membeli garam dan boleh export pulak garam gunung berapi bercampur laut tu ke negara2 Eropah dan Amerika utk dibuat ubat. Org kampung di situ menjemput kami sekeluarga dan menyembelih lembu 5 ekor utk kami makan. Kami pun makan daging tu yg telah dipanggang cicah dengan air asam, sungguh sedap. Selesai makan kami pun pulabg ke rumah. Otw nk sampai tiba2 supervisor dan mamat salesman tu muncul kembali dgn kertas scratch & win yg aku dah gores tadi. Dia kata aku tetap kena beli sebab aku dah gores, kalau tak dia tak nak keluar dari rumah. Diapun pergi mandi di bilik air dalam rumah aku dan cakap nak makan sebab lapar. Aku naik angin lalu aku kenakan caj letrik yg tinggi daripada badan aku dan air paip tu menjadi panas melebihi 250 darjah celsius, habis badan supervisor tu melecur dan pediah2. Dia terus berlari ke klinik. Dia marah2 doktor sebab doktor tak nak bagi ubat sebab dia lupa bawa kad insuran. Diapun terus berjumpa bomoh di sebelah klinik itu. Bomoh itu sangat jahat. Dia bagi minyak angin cap limau sahaja dan caj RM50. Tapi minyak angin tu mujarab sangat dan badan supervisor tu pun pulih sepenuhnya dengan hanya satu sapuan. Supervisor tu pun ambil keputusan untuk buka klinik tradisional jual minyak angin cap limau. Supervisor kaya raya dan buka cawangan di semua negeri, sekarang ni ramai yang beratur isi borang online memohon untuk dapatkan franchise klinik tradisional minyak cap limau supervisor. Untuk mengendalikan semua permohonan tu, supervisor melantik salesman untuk meluluskan semua permohonan secara online. Salesman tadi tidak lagi membuat pekerjaan yang menipu orang ramai menjual. Secara menipu pelanggan scratch & win nya dan bekerja secara halal dengan supervisor. Sekali sekala supervisor dan salesman yg menjadi kawan baik serta aku pergi bercuti ke Bahamas, sambil mendengar Bob Marley menyanyi di sana. Kadang-kadang Jon Bon Jovi juga menyertai kami dalam percutian itu. Semuanya senang hati, habis dah...(Cerita diadaptasi dari siri drama HERO di Astroa...hehehe).

No comments: