Wednesday, August 27, 2008

Konsert Avril Lavigne

aku ingat nk pi tngk gak konsert ni, minat gak singer ni, tapi....

aku tertarik lagi dgn petikan dari laman pas nie...

"Oleh itu pemudawilayah mendesak agar Mufti Wilayah memainkan peranannya dan mempergunakan Ilmunya yang dikatakan lebih tinggi dari ilmu Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi."

so, ape lagi?? tak kan dah tak de suara plak kot? kalau tak de suara, tulis, hantar sms ke, blog ke, hehehe

Sunday, August 24, 2008

apa itu kronisme

apa itu kronisme? tak faham, bahasa canggih sgt (bahasa pinjam)

aku teringat kawan (tak rapatpun) bagitau kat kawan aku dulu bila dia ditanya kenapa bagi biz kat sedara-mara dia, padahal dia pegang jawatan tu, ade kuasa, pengaruh dsb. kenapa tak beri melalui open tender?

lalu dia jwb...

dia ade peluang ni, nk outsource project (of course la bawah department diakan), so dia pun dok fikir2, nak bagi sape.

last2, dia fikir dia bleh gak kasi kat org yg dia tak kenal (sesape je la kat luar tu), tapi dia tak kenal pun org tu, buat apa dia nak tolong.

pas tu, dia fikir baik bagi ke kawan2, ade gak faedahnye. dorg pun kenang gak jasa kengkawan.

pas tu dia terfikir plak dah, drpd tolong kengkawan, baik tolong sedara-mara sendiri. kalau dia tak tolong sape lagi? pegawai bank? kerajaan? pembangkang? ish... tak de la.

so finally, dia pun decide nk bagi ke sedara-mara....eh, jap...

dia dapat ape? kang sedara-mara kaya-raya, pakai mercedes, bmw, dia terkebil2. biasala kerja makan gaji, mana mampu kan...

kalau dah cam tu, baik la dia buat sendiri, buka company, letak nama anak-bini. tender terus je kasi kat dia sendiri. lagi senang, dia yg award tender, dia yg manage, dia yg approve payment...

so nak jadi cerita, dia dah kaya-raya. bila org dah mula siasat, dia resign la, tunggu apa lagi. dah ade banglo siap swimming pool, kereta mercedes sebijik, akaun bank dah gemuk...resign siap bawa semua dokumen, habis cerita....hehehe

tu cerita dia...aku pun tak tau la kebenarannya, tapi mamat tu mmg la kaya time dia resign dulu, dah lebih 10 tahun. skrg ni tak tau la...mungkin dah insaf, dah pi mekah minta ampun semua dosa la kot gamaknya.

tapi yg pasti dia tak buat sumpah apa2 kat masjid mana2....

peradaban dan permatang pauh

bila la kita nak jadi bangsa yg beradap dan beradat. boleh tak kalau segalanya dilakukan dlm keadaan bersih, tanpa perlu buat benda2 yg tak masuk dek akal?

kena raba?
bom?
sumpah?
kain rentang provokasi?

udah tu udah la. berkempenlah secara bersih, jujur, amanah. kalau kita betul, baik dan mampu menjadi pemimpin yg memenuhi citarasa rakyat dan bukan diri sendiri dan kaum keluarga, insysAllah menang.

tapi boleh ke? yakin ke? jujur? amanah? bersih?

hanya org yg duduk di kerusi itu shj boleh menjawabnya...

16 september

16 september dah makin hampir. apa perubahan yg kita dapat? Oo, minyak dah turun balik, 15 sen... tapi dah terlambat...beras, roti canai, teh tarik semua dah naik dulu. boleh turunkan ke? mintak mahap le...

tapi apa2pun kita sambut merdeka dulu

merdeka
merdeka
merdeka

tiga puluh satu bulan lapan lima puluh tujuh
hari mulia
negaraku merdeka

merdeka

permatang pauh dan sumpah laknat

apa dah jadi ni? imam ke bilal? apa kata kita bincang, persoal dan debatkan perkara ni? berat gak isu ni, kan, kan kan...

umno ke pkr? sure bukan dap atau mca atau gerakan atau sapp? confirm alhi umno?

hm, macam ni lah kalau umarak control ulamak. dunia dah nak terbalik.

apa2pun persoalannya, harap2 laknak tu utk yg terlibat je la, takut nnt habis satu kampong lak, tsunami atas darat pun bleh jadi dunia zaman skrg ni, nauzibillah.

layan...

Monday, April 28, 2008

wang ihsan

la, tganu pun masih terima wang ihsan direct ke? sape la yg control agaknye ye? patutla mewah gile buat event, yg meleleh air liur mek and awang la, yg untung hanya konco2nya yg tau... nampaknya ada satu lagi negeri pembangkang dlm barisan...

pakatan tak sefahaman?

apa dah jadi? undian timbalan speaker, undi calon barisan melebihi jumlah MP barisan sendiri. pakatan dah tak sehaluan? aku rasa biasa je, tapi cuma salah percaturan, dek ketamakan dap. sekarang ni zaman penguasaan msia timur. kalaulah calon pakatan drpd msia timur, adakah undi dap akan ke barisan? salah strategi... nampaknya dap tetap dap, tamak kan kuasa, aku tak tau lah kalau pas, pkr masih belum nampak lagi. buta kah mereka, atau tamak juga ke? aku tak nampak 'give and take' lagi di pihak dap. masih pada takuk lama, esp pemimpin2 tua mereka.

mb perak mungkin boleh komen panjang lebar...

Saturday, April 26, 2008

balkis oh balkis

la, ingatkan laki je, bini pun sama gak
2 x 5...
tak pe la
biar mahkamah je yg tentukan...
mahkamah? erm...
oo...dah bebas
tapi ape yg bebas? ape yg tak bebas?
tapi apa2pun tun salleh dgn 4 org lagi dpt habuan
bukan minta maaf, tapi bayaran utk kesengsaraan
apa2la labu...

rasuah dlm sukan menjadi2

negara asia ni mmg terkenal dgn judi terutamnya sukan
maknanya mengatur permainan la tu
sebab ramai kat luar sana nak untung besar
so jadilah sukan di malaysia ni tersengguk2
tapi yg menariknya terus tersembul sorg mamat ni nak jadi champion
nak mempertahankan sukan drpd rasuah
siap sound budak2 bola jgn ambil rasuah
hahaha, nk tergelak besar tu
kau pun faham maksud aku apa kan?

kes altantuya

memalukan
tu je la aku nk cakap
jgn cerita nk reform judicial system la
kalau setakat nak pilih hakim jer, baik tak yah
yg ade depan mata pun tak dpt nk settle cam na?
ni maruah negara, bangsa
kalau betul nk reform, kes ni kena bagi priority
tak kisah sape yg terlibat, polis, shli politik, pemimpin...
darah bayar dgn darah (maknanya perlu dihukum, ikut undang2 la...)
ni bkn perkara main2
masyaAllah
altantuya

Tuesday, April 22, 2008

happy earth day

happy earth day to u
happy earth day to u
happy earth day to u
happy earth day to u

Friday, April 18, 2008

tahniah dato seri ir nizar

tahniah kepada dato seri ir nizar, MB Perak di atas pengurniaan darjah kebesaran negeri Perak
bukan pangkat dan gelaran menjadi ukuran
tapi jasa, bakti dan komitmen terhadap rakyat
semoga berjaya
amin

black 14

bravo

what's next?
time is crucial...
demi masa...

gaya hidup sihat

aku dah makan nasi sekali sehari jer skrg
bukan tak der duit
bukan dah pokai
bukan kedekut
bukan

nak jaga kesihatan
nak manage kolesterol level
nak sihat
org tua kata sihat tu segalanya
sihat tak ternilai
wang tak boleh beli kesihatan

berkat kenaikan harga beras....

Sunday, April 13, 2008

perhimpunan melayu

perhimpunan melayu, nk selamatkan melayu, tapi kenapa buat di pwtc? melayu = umno ke? itu mungkin dulu, tapi skrg? atau ni semua kerja org dalam umno sendiri nk raih simpati? so, makna nya umno tak boleh buat sendiri suruh org lain buat la? dulu gaduh dgn sultan/raja. skrg guna badan lain utk tarik hati raja. tg faris tu dah mcm jadi jurucakap umno la plak. apsal jadi lagu tu? bukan ke raja2 tak patut masuk campur politik? umno buat tak ape kot...

pkr? tah la...aku tak faham apa depa nak buat sebenarnya. yg aku tau nak tolong dsai, tu je. jadi wira melayu? pkr tak relevan dlm isu ni.

pas pun belum layak mewakili melayu, blom dpt diterima. so melayu dah tak ade wakil la kan?? cina ada...bnyk, india pun sama...

nak himpun ke di JB? apa kata tukar jadi perhimpunan umno je di JB, kita tengok siapa perwakilan pilih jadi presiden nnt... bukan ape, biat cepat selesai.

Black 14

dsai mmg semua dah maklum terror berpidato. nak rai tarikh ni pun nk berpidato juga. ok la, tapi pak lah takut. polis pun kena bersedia. kg baru tu mmg sensitif area. cuma jgn la ada kutu2 upahan atau org2 tertentu yg buat hal lak. sudah2 lah melayu nak bergaduh, kpg tergadai. tak payah lah buat gimik atau upah org buat kecoh. ia nya tak mendatangkan kebaikan kpd sesiapa pun. yg ruginya org melayu juga akhirnya.

tg faris pun dah kata dlm perhimpunan melayu di pwtc. tapi aku nak tanya apsal di pwtc? teks tu sape yg buat dan tg faris tak baca dulu ke? kalau ye pun nak menyatukan melayu, jgn la berat sebelah...

Thursday, April 10, 2008

Skim Cepat Kaya...Babi

kawan: kau nak invest tak? baik punya investment ni...
aku: apa nya?
kawan: modal RM3000, projek ternak, bulan2 boleh dpt RM300
aku: alamak, bagus tu, sure bkn skim cepat kaya ni?
kawan: projek ternakan la, ada binatang
aku: mcm investment je, bank negara approve ke?
kawan: selangor dah lulus
aku: ternak apa?
kawan: BABI
aku: hampeh...

UMNO nak ambil tindakan anggota yg menderhaka

Gamaknya mcm ni lah kot perbualan di antara No 1 dan org No 2 selepas tindakan dah diambil:-

no 1: DS dah ambil tindakan ke?
no 2: dah
no 1: bagus, berapa jumlah ahli kita nak buat perhimpunan teragung abad ini?
no 2: nanti saya kira
no 2: 2 org DS
no 1: 2 org? sape? yg lain mana?
no 2: DS dan kj...yg lain dah kena buang termasuk saya...
no 1: oo..

Urusan Kerajaan Kita

Nak cerita skit tapi tak pandai la nk bertazkirah plak…

Last 3 wks saya ke jabatan *&%$ kementerian *&&^% malaysia kat parcel e blok e14 precint 1 putrajaya, canggih bunyinya tu kan (parcel, precint)…punya la payah nak cari parking last2 dapat la gak parking tepi jalan. kaya2 rupanya staff kerajaan ni, gaji pun dah competitive skrg, ada elaun rumah, COLA etc (TM bila lagi…hehe), bnyk sgt kereta sampai tak cukup parking. Letih dan berpeluh gak la jalan nak sampai ke blok 14 tu.

Dah sampai, naik ke tkt 6 selepas ambil pas di lobi. Buka pintu masuk ada kaunter, ramai gak berkumpul, bersembang, jam dah 8.40am. (btw, pagi tu ada mtg di Shah Alam 9.30am, so singgah putrajaya jap nak settle urusan dgn jabatan kerajaan ni…alamak, rasa bersalah la plak…). Rupanya kaunter tu jabatan lain, jabatan *&^%$ sebelah, masuk terus ofis, tak de kaunter2, ofis kosong, tengok jam dah 8.45am, ofis kerajaan start 8am/8.15am kalau tak silap, dah 45 min masih kosong ni. Kalau pergi kursus pun tak kan ofis kosong ? Nampak mcm pegawai dlm 5-6m dari saya, baru nk angkat tangan laju jer dia masuk bilik, buat2 tak nampak saya berlegar2 kat situ... Patah balik la, dah org tak nk layan, hidung tak mancung pipi tersorong2 la plak nnt…pusing, terus ada pegawai ‘besar’ tegur (pakai tie, pengarah la kot), tanya nk jumpa sape tanpa intro diri dia sape, mungkin tak nak membesar diri kot. Dah explain sikit jer dia terus ambil sampul surat yg saya bawa, saya tanya bila boleh dapat jawapan, sape saya boleh call utk tanya status, simple jer jawapan dia, nnt kita reply, nnt kita reply dlm sebulan, nnt kita reply sebulan…sampai 3X, kalau tanya lagi kang takut kena sepak ke/tereajang ke plak, eks naya, maklum dah 3X dia ckp, tak faham2 ke? So, balik la utk menjadi penunggu urusan jabatan kerajaan…

Demikianlah seadanya pengalaman urusan dgn pejabat kerajaan yg amat berharga. Tapi bnyk pengajaran yg saya dpt pelajari drpd ‘kepimpinan melalui teladan’ yg ditunjukkan :-

8.45am ofis kerajaan sure kosong, kalau nak berurusan selepas 9am atau lagi baik selepas 10am la kot…
urusan kerajaan bukan sehari, seminggu, tapi sebulan (ikut jabatan gamaknya, tu standard la sebulan…tu pun kalau nasib baik. Teringat ada yg minta geran tanah di perlis dah 50 tahun pun blom settle…kira saya ni patut bersyukur la kot…sebulan)
jangan banyak tanya…

Tapi saya terpanggil utk berfikir kalaulah saya berurusan dgn jabatan kerajaan di negara jiran adakah saya akan mengalami pengalaman yg sama? Atau kalau org lain memerintah mcm di negeri2 &^%-tut-*&^ adakah urusan kerajaan akan sedemikian rupa ? (hanya utk mengeluarkan sepucuk surat dgn kecanggihan yg diberikan penuh komputer kat atas meja tapi org nya tiada). Maaflah, tapi sebab yg bekerja di situ ramainya MELAYU/BUMIPUTRA saya plak yg terasa MALU bagi pihak dorg, SEDIH dan bermacam2 perasaan lagi, bukan sebab layanan yg saya terima, tapi sebab inikah taraf kita sbg MELAYU/BUMIPUTRA ?? Imagine kalau bangsa lain yg berurusan, atau org negara jiran, apa akan dia kata atau dia dah kata pun ? Patutkah kita MARAH kalau paradigma MELAYU/BUMIPUTRA peMALAS masih lagi melekat di dahi kita ?

Tak ape la, itu pejabat kerajaan…tapi bagaimana dgn pejabat KITA di TM ? Asyik komplen org, cermin2 lah diri juga sekali sekala….langsung terus saya berlari ke kereta dan laju je mendesit ke Shah Alam takut lambat hadir meeting…harap2 tak de speed-trap…

Maaf kalau ada yg terguris, terhiris….

Akhir kalam, bak kata nabil, “kau fikir lah sendiri…”

Saturday, April 05, 2008

pakatan rakyat

pakatan rakyat dan semakin hampir, melayu-baru (pkr?), melayu-islam (pas) dan cina (dap) dah ada dalam pakatan.

cam na plak dgn india, bumiputra sabah dan s'wak? nampaknya blom ada wakil.

wakil india dlm pkr, dap? ade mcm tak de je...sampai exco perak yg sorg tu nak resign, bkn kes kaum gak ke? politik kaum masih menebal.

aku nak cadangkan parti wakil kaum india, sabah dan s'wak kena ada di luar drpd pkr, pas atau dap, tapi masuk dlm pakatan rakyat. kena ada parti depa sendiri. parti mr nala kan ada...

dalam kontek malaysia, BN adalah contoh terbaik perkongsian kuasa antara kaum, susah nak challenge. sebab tu lah juga pakatan rakyat terpaksa ditubuhkan, itulah kenyataan.

skrg pakatan rakyat kena buktikan 'ukhwan' pakatan... tough gile tu, nampaknya perjalanan masih jauh...apa jadi kalau dsai dah tak de??? LKS boleh meminpin pakatan rakyat? hj hadi? karpal dah sound dia direct, sendiri mau ingat... pakatan apekenama? kalau ye pun bincang la kat dalam sana. bagi ruang kpd pakatan lagi satu utk hantam jer? nampak sgt ketidakmatangan dlm berpolitik walaupun dah bergelar senior. dia ingat tahun 70'an/80'an punya senario politik lagi kot. dah tak releven beb.

aku rasa pkr kena buat alignment... pakatan rakyat lagi la, bkn alignment, ni baru setuju nak set steering arah mana, tu pun masih ada co-driver yg dok berbunyi itu ini...

selamat berjaya

Monday, March 31, 2008

pm msia melakar sejarah tersendiri

apa ni tun, dulu boleh skrg dah tak relevan plak, nampak sgt semua utk kepentingan peribadi tun dulu ye.

apapun nampaknya semua dah bersuara...kira pak lah dah TKO ni, nak tunggu lagi ke? mmg la kerusi tu empuk, tapi jgn la sampai PM msia kalah dlm pemilihan parti dia sendiri, belum pernah berlaku lagi.

atau pak lah nak buat lagi satu sejarah selepas tewas dalam 5 negeri, isu MB perlis dan MB tganu (tun kata blom pernah berlaku, so kira sejarah la tu...bravo pak lah), dan seterusnya...PM pertama kalah dalam pemilihan parti sendiri...ish, banyak tuu...sejarah, boleh masuk dlm buku teks sejarah utk kelas tabika kemas...

Saturday, March 29, 2008

kawan aku org lama umno

kawan aku org lama umno, dia kata kerat 18 pun dia umno gak. dia bangkitkan ramai anak muda yg sokong ba skrg ni sebenarnya adalah hasil drpd deb yg umno perjuangkan.

aku rasa memangla benda tu betul, tak de sapa pun nak nafikan. tapi tu kan dah jadi kerja kerajaan yg memerintah...

tapi aku rasa untuk ba jadi kerajaan federal masih jauh, bnyk benda nk kena betulkan. prinsip, perjuangan etc, etc. dap - cina/sosialis, pas islam/melayu(?), pkr (?) kalau dah campur2 skrg ni masih belum larut/serasi betul, masioh bnyk keladak yg perlu dibuang dan dibetulkan formula nya, baru boleh betul2 jadi "dual party system" di malaysia ni, baru ada balance of power etc dan yg pentingnya semua masyarakat mendapat manafaat, melayu, cina, india, kadazan, iban, org asli, dan semua. politik kaum nak tak nak masih lagi relevan, dan ba atau bn masih relevan dlm politik semasa, cuma yg tak relevan nya pak lah, kj, dato rashid, idris jusoh, sahidan kasim, khir toyo, mike tyson....(and the list continues...)

mmg betul kalau salahkan nyamuk jgn dibarak kelambu, tapi kalau dah nyamuk tu tak nak gak pegi?? beli/pasang la kelambu baru. kelambu yg dah kurang dari segi relevannya, nak simpan ke, bakar ke...terpulang kepada kehendak masing2...

exco perak

apa nak buat dah dap yg majoriti. kalau nak banyak exco melayu kenalah banyak kan exco melayu dari kalangan pas dan pkr, boleh ke? nak lompat ke, terjun ke ape ke, tu terpulang la. yb2 tu ada berani ke nak sahut cabaran join kerajaan ba yg memerintah?

sapa yg memerintah perak skrg samada mb ke dap ke.... semua tu dah jadi sejarah dan exco perak juga lah yg akan membuat sejarah baru di perak nanti. tunggu je la...

sabah dan sarawak pun dah minta bnyk post kat kabinet, sama la jugak tu.

hidup sultan; pak lah kalah lagi

setengah paper kata 10,000, ada yg kata 25,000 sambut sultan mizan balik tganu; tapi yg nyata pak lah kalah lagi.

kalau ikutkan wrestling, dah 3x kira KO.

patutnya dah buat public statement minta ampun sebab dah menderhaka dah ni. kit siang pun dah minta maaf. pak lah, pak deris jgn la plak salahkan sultan tak nak jumpa/ampun.

pak lah kena cari advisor lain, yg bijak (tak semestinya belajar tinggi tu bijak); bukan yg mengampu atau banyaknya utk kepentingan peribadi...

Saturday, March 22, 2008

aku nak jadi MB Ganu lah

apa dah jadi ni, dah lebih 13 hari kawang2 kat ganu tak ade MB. payah sangat ke nak pilih? kalau sultan dah tak suke tu tak yah la nak di sogok2 lagi. nampak sgt YB2 ganu ni penakut dgn boss yg dah makin kehilangan taring atau dah kena warning awal2. kes macam ni pun ade ke? aku ingat barisan rakyat yg berbaris tak ikut barisan tu je yg payah nak pilih MB, rupa2nya BN ganu yg menang al-undi pos dan al-undi hantu pun payah jugak rupanya.

kalau perlis boleh buat, ganu jgn la dayus sgt, bila lagi nak tunjukkan kejantanang mu itu... tak kan harimau betina jer yg ganas, yg jantan nye macamana? tentu ada sebab musabab yg munasabah sultan tak berkenan yg tak perlu aku ulas kat sini.

inilah bahananya menang PRU12 tanpa keberkatan, atau sebetulnye menang ke?

payah2 kalau dah tak ade org nak jadi exco tu, biar aku jer lah jadi exco dato...

bravo MB perak

bravo MB perak. aku tak nampak dia org pas ke, org dap ke or pkr, tapi org malaysia mewakili kerajaan barisan rakyat untuk memerintak perak utk tempoh 5 tahun yg mendatang.

tapi kebetulan ir nizar org pas, mak dia cina, boleh cakap 2 dialek cina (org cina pun blom tentu boleh), tamil, arab dan of course la, melayu. dan dia juga seorg professional, ada Ir lagi (engineer bertauliah) dan pengalaman yg luar melangkau batas negara sehingga ke benua eropah. dan cukup meyakinkan bukan shj org melayu tapi cina dan india di perak tu.

anak 8 orang, mak ai, ramainya. semuanya berjaya plak tu, ada yg dah masuk univ. dia bleh gak baca khutbah jumaat, mengajar kitab di masjid dan macam2 lagi la yg dia bleh buat...engineer apa la dia ni? teruja gak aku, dan aku rasa rakan2 aku berbangsa cina dan india pun teruja gak dengan credentials mamat ni.

anyway, selamat menjalankan tugas baru sbg MB. semoga berjaya dan kekal selagi diterima (dan supaya terus diterima) macam tuan guru nik aziz di kelantan. org cina di kelantan pun mendoakan tuan guru jgn mati lagi...amboi!

lastly, wa caya sama lu... dont let us down. buktikan anda relevan untuk memerintah negeri ini tanpa mengira batasan kaum.

amin

boleh ke anwar jadi PM?

boleh ke anwar atau calon pkr jadi PM? yg aku nampak pkr tu anwar, anwar = pkr. tanpa anwar, masih releven ke pkr? ketua aliran pun dah lama keluar pkr.

pkr bersifat nasional, tiada kaum tertentu yg dominan. tapi kenapa nak tentukan exco di beberapa negeri berasaskan perkongsian kuasa barisan rakyat (yang rapuh dan masih lagi tercari2 formula perkongsian kuasa) perlu refer komposisi kpd kaum di negeri berkenaan? ini maknanya kaum masih lagi menjadi agenda utama atau kriteria penting di dalam politik malaysia.

mca, dap, gerakan, supp mewakili kaum cina, walaupun hanya mca yg mengaku 100% mewakili kaum cina, tapi yg lain2 tu pun sama je, masih berasaskan kaum.

mic, ipf, ppp dan apa lagi parti india, semuanya mewaliki kaum. di sabah dan sarawak pun sama, walaupun kurang jelas, tapi masih sama, kaum tetap menjadi agenda.

di malaysia, parti berasas agama gagal atau kurang berjaya menambat hati, macam pairin di sabah dan hj hadi di semenanjung. bila pas slow memperjuangkan negara islam, barulah org bukan islam pun pangkah pas. sebab org bukan islam nampak pas sekarang lebih relevan mewakili kaum melayu dalam konteks malaysia. itu boleh diterima. apa dia nak buat lepas tu tengoklah, kalau tak boleh terima, tukar balik kerajaan macam di terengganu tu, kejap je.

habis tu, pkr ni relevan ke dlm konteks politik malaysia? kalau kaum adalah asas politik malaysia terutamanya di semenanjung, pkr tak relevan la.

masalah ni kian jelas bila kita tengok pertalian kerajaan barisan rakyat, loose, longar, semua nak jadi ketua, banyak yg tak jelas. walaupun korang dah tak bleh terima BN sekurang2nya buat penggal ni, tapi kesepakatan BN tu yg barisan rakyat kononnya tu perlu ikut (macam tak duduk dalam barisan jer, satu ke bulan, satu naik roket, satu lagi tak ketahuan hala...). yg baik kalau nak ikut apa salahnya. so, barulah malaysia ni boleh jadi "two-party state" macam di US dan UK, dan pengundi tak goyah nak tukar kerajaan pada bila2 sama, dan kerajaan yg memerintahpun (tak kisah samada BN atau BR) akan lebih bagi perhatian kat pengundi. jgn asyik main cakap jer, tapi tunggu PRU baru nak turun ke kampung2, nak turap tar...

so barisan rakyat...kalau nak berbaris tu, berbaris la betul2, biar tegap, tegas, ada prinsip yg sama. buat la alignment ke, apa ke yg patut. bila dah settle, apa lagi, daftar la macam BN, ada presiden, timbalan presiden, setiausaha agung bla, bla...

lepas tu nak jadi PM pun jadi la...

10 dalil kenapa berbaris-barisan kalah teruk

berikut adalah dalil kenapa barisan kalah teruk dlm PRU12:-

1. linggam's epic... and the epic continuous
2. dato rashid's continuous blunders/statements/dakwat?
3. tun mahathir's comment on youtube
4. fokus yg melampau telah ditumpukan untuk mempertahankan terengganu
5. komen yg terlanjur dan terlampau di kelantan
6. kj
7. calon yg musykil (sapa yg pilih, betul ke dah semak? macam tak je...)
8. hindraf
9. integriti? apa tu? org yg bercakap tu betul ke dia faham nie?
10. harga barangan pengguna.... roti canai, teh tarik...minyak laaa!

kabinet

kabinet? la, kabinet apa pulak nie? kan masih baru lagi... tak kan lah, pak lah tukar kabinet, kita pun nak tukar kabinet gak? hancus la cam ni. dah la sebelum PRU12 kata nak bagi bonus utk kakitangan kerajaan tak bagi pun.

kalau aku duduk di penang ke, perak ke, ok lah juga. tak payah bayar saman parking dgn saman penjaja... tapi ape pekdah nye, aku ni kan warga negari yang skema, saman parking tak pernah kena pun. bukan apa, kalau kena saman, koyak la budget.... buat apa buang duit kat kerajaan kalau habis duit nak buat siasatan diraja sana sinun, tapi dah macam sandiwara memecah tembelang la plak. aleh2 orang tu gak naik jadi minister... apa kes?

kabinet baru ni ok ke? atas dasar ape yg ok? dah ada kes terang2 pun boleh naik jadi senator, pas tu naik jadi minister. ada pengalaman luas konon... kabinet berintegriti? pergh...

dato rafidah aziz, ketua wanita dah bukan anggota kabinet, apa kes? surat 16 mukasurat? boss mana bleh terima beb, YB dah hentam dia, memang la dia nak jatuhkan YB, tak kan tu pun nak kena cakap, read between the lines la... tapi aku sokong YB tak resign, biar pening kepala pak lah memikir, tak tidor lena dibuatnya...

nasib baik anak menantu tak join kabinet, tapi menarik gak nak tengok reaksi akar-umbi...

bekas ketua maybank dato amirsham dalam kabinet? dato nor dah ada, ramainya bankers? next election bleh bertanding dato... chaiok, chaiok!

yg dato shahrizat tu menyibuk buat apa la plak? satu ministry 2 menteri? kalau nurul izah tu ok la jugak.

dati zaid hamidi menteri jakim? fuh...

dato shahril menteri pengguna... mcm perli jer, boleh ke nak kawal harga barang tu dato? harga minyak amacam, orait?

kabinet rumah aku ni cam na plak... ish

customer service representative




Customer service representative or CSR has a career.

most CSR jobs are contractual on a short or mid-term basis. this is simply because the CRM companies manage customer service on outsourcing basis is also on a fixted-term contract. however, a good CSR can develop his or her own career in CRM simply because the CRM business is a fast growing industry.

what you need to do is to learn as much as possible about customer service, management of it and skill and competency required, and start to improve.

CSR can become team leader, customer service manager, sales executive, trainer, counselor, and alot more.

Employee Assistance Program (EAP)



EAP stands for employee assistance program. it's a program that focus on industrial counselling at workplace. not many companies embrace eap coz it's cost related and revenue generated.

however, when automibile companies started eap some 50 years ago in the US, it's all about sustaining profitability. eap somehow assisted those companies to maintain and sustain their assistance. ceo needs to take care of its human capital first, then the bottom line, not the other way around.

Sunday, January 06, 2008

Rahsia Di Balik Senyuman

kalau nak ikutkan, senyum, ketawa, menangis bersangkut dgn emosi kita sbg manusia. tapi rupanya senyum, ketawa ni ada kebaikan dan dibuktikan oleh para saintis. bukan kena bayar pun nak senyum (kecuali artis atau model...). so, sentiasalah tersenyum hendaknya.

berikut adalah apa yg saya dpt melalui email dp kengkawan utk dikongsi bersama...


1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Faedah Perubatan Bila Mandi

aku dapat beda ni dari email, rasanya elok utk dikongsi agar sama2 dpt kebaikkan...dan mungkin utk dirujuk dikemudian hari...tapi rasanya kena try utk mengetahui keserasiannya...selamat mencuba...



Mandi....

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin.

Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.

Jangkitan kulit:
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala:
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia:
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.