Thursday, August 08, 2013

1 Syawal

Hari raya hari mulia
Marilah kita rai bersama

Kanak kanak bersukaria
Bunga api meriah suasana
Anak remaja seronok bergaya
Pelbagai pilihan fesyen diperaga

Laman rumah dihiasi bapa
Panjut dan lampu berbagai warna
Cantik meriah penuh bercahaya
Indah pemandangan di hari raya

Berbagai juadah terhidang di meja
Dimasak oleh bonda teercinta
Semua dijemput menjamu selera
Kunjung berkunjung amalan mulia

Maaf bermaafan amalan mulia
Salah dan silap harap dilupa
Hari raya hari mulia
Mari kita rai bersama



No comments: