Wednesday, September 19, 2012

Mini Olimpik





Hari Sabtu ni minggu last beraya, so ramai yg keluar ke open house, tapi my company buat program dgn anak2 yatim Darul Hidayah puchong di Bukit Komanwel, Seri Petaling sempena Hari Malaysia. Semput gak dari parking nak naik ke atas bukit tu sebab program kat betul2 atas bukit, bleh nampak Stadium Bukit Jalil dari atas tu dan pemandangan sekitar. Nak naik tangga tu blom sampai separuh mendaki dah berpeluh2 dan tercungap2, nampak bebeno tak fitnya... Kalau atas motor tu berpeluh gak la esp bila jem dlm town atau stop lama di trafic light, tu peluh akibat kepanasan pakai jaket keselamatan motor yg tebal.




Ye la, asyik makan je dah berwiken2 open house sana sini, sekali sekala apa salahnya kan 'memberi' pada yg memerlukan. Bleh gak keluar peluh dan membakar lemak asyik makan kambing di setiap open house dan jamuan raya di ofis yg tak habis2, dan yg penting sekali dpt mengembirakan anak2 yatim ni.

Ramai gak budak2 ni, lebih kurang 20 org anak2 yatim bersama seorg penjaga mereka hadir, meriah. Jenuh gak nak kepung depa ni, maklum kanak2 sedang membesar.
Acara bermula dengan tarian Chicken Dance utk memanaskan peluh. Dah berpeluh semua berhenti rehat jap utk persiapan telematch. Acara telematch bermula dgn anak2 yatim bersama warga pekerja bekerjasama dlm acara2 yg disedikakan seperti boling padang, bawa belon, cari gula2 dlm tepung dan berlari susun botol. Seronok gak melayan budak2 ni bermain, kompetitif habis. Seronok rasanya 'memberi' dan mengembirakan org lain terutamanya yg kurang bernasib baik seperti anak2 yatim ni setelah sekian lama asyik 'menerima' je rezeki drpd Allah swt, walaupun dah terbakar kulit muka ni...balik kena buat facial ni LOL!

Sebelum acara penutup dan penyampaian hadiah serta goodiebag, anak2 yatim ni mempersembahkan tarian dan pertunjukan silat kepada warga pekerja. Pandai gak la budak2 ni menari, gua pun turut serta gak join diorg menari, btw step tarian tak susah sgt so bleh la follow...LOL!

Kumpulan Putih mendapat tempat pertama dan kumpulan aku biru mendapat tempat kedua. Semua anak2 yatim mendapat medal mini olimpik yg disediakan penganjur dan goodiebag Ben10 dll yg berisi peralatan sekolah.

Company ni memang 'walk the talk' sebab mengalakkan semua pekerja menyertai program CSR dan cuti percuma diberikan jika penyertaan melebihi 6 jam...bravo and thank you sebab dpt cuti xtra, yeay!








No comments: