Seronok gak main game ni, dah macam budak2. Menarik sebab dah lama tak buat benda2 cam ni...hehe. Ahli grup kena masuk ke dalam kawasan yg telah ditetakan dan sentuh nombor ikut turutan. Nampak mudah tapi bila dah duduk dlm tu macam2 kesilapan berlaku, dan kelakar. Ni kiranya cam strategy game la. Dan bila dah berjaya 1st attempt nxt attempt kena tambah lagi target. So ni la kot stretch target namanya...huhu
Sunday, September 30, 2012
Sunday, September 23, 2012
Masterchef Bangi Perdana la plak
"Saya nak buktikan org chantek pown pandai masak..." hehe....layan gak la Masterchef ni. Terer gak la bdk2 ni masak, btol ke depa ni tatau masak sblm ni? Cam tak caya je...apa pun ni hasil Masterchef in the making kat umah, kalau nak buat pesanan sila tempah at least sebulan sebab keBUSYan Masterchef kami, dah nak balik Melaka jap lagi. Kami ade Masterchef kat umah, ko ade? hehehe...
Saturday, September 22, 2012
Gambar sekitar puasa dan raya 2012, the best raya
Puas beraya tahun ni, bermula dgn berbuka puasa dgn anak2 yatim di Teluk Intan, berbuka puasa dgn rakan2 pejabat lama, dan seterusnya selain dapat beraya dgn kaum keluarga, jumpa kawan2 sekolah di kampong, bertemu rakan2 sewaktu di universiti semasa jamuan raya/wedding anak Kak Ani, wedding Jannah anak sedara sepupu di Shah Alam, sambung beraya di pejabat lama dan baru, Merdeka Raya bersama anak2 yatim, jamuan raya Alumni Tmnet dan macam2 raya lagi lah, so memey hebat lah raya tahun 2012 ni...so jom layan...best!
Sambutan Raya Keluarga Tok Senik 2012
Sambutan paling happening, maklumlah mak sedara yang sponsor kan...hehe
Next year bagaimana plak ya?
Next year bagaimana plak ya?
Wednesday, September 19, 2012
Mini Olimpik
Hari Sabtu ni minggu last beraya, so ramai yg keluar ke open house, tapi my company buat program dgn anak2 yatim Darul Hidayah puchong di Bukit Komanwel, Seri Petaling sempena Hari Malaysia. Semput gak dari parking nak naik ke atas bukit tu sebab program kat betul2 atas bukit, bleh nampak Stadium Bukit Jalil dari atas tu dan pemandangan sekitar. Nak naik tangga tu blom sampai separuh mendaki dah berpeluh2 dan tercungap2, nampak bebeno tak fitnya... Kalau atas motor tu berpeluh gak la esp bila jem dlm town atau stop lama di trafic light, tu peluh akibat kepanasan pakai jaket keselamatan motor yg tebal.
Ye la, asyik makan je dah berwiken2 open house sana sini, sekali sekala apa salahnya kan 'memberi' pada yg memerlukan. Bleh gak keluar peluh dan membakar lemak asyik makan kambing di setiap open house dan jamuan raya di ofis yg tak habis2, dan yg penting sekali dpt mengembirakan anak2 yatim ni.
Ramai gak budak2 ni, lebih kurang 20 org anak2 yatim bersama seorg penjaga mereka hadir, meriah. Jenuh gak nak kepung depa ni, maklum kanak2 sedang membesar.
Acara bermula dengan tarian Chicken Dance utk memanaskan peluh. Dah berpeluh semua berhenti rehat jap utk persiapan telematch. Acara telematch bermula dgn anak2 yatim bersama warga pekerja bekerjasama dlm acara2 yg disedikakan seperti boling padang, bawa belon, cari gula2 dlm tepung dan berlari susun botol. Seronok gak melayan budak2 ni bermain, kompetitif habis. Seronok rasanya 'memberi' dan mengembirakan org lain terutamanya yg kurang bernasib baik seperti anak2 yatim ni setelah sekian lama asyik 'menerima' je rezeki drpd Allah swt, walaupun dah terbakar kulit muka ni...balik kena buat facial ni LOL!
Sebelum acara penutup dan penyampaian hadiah serta goodiebag, anak2 yatim ni mempersembahkan tarian dan pertunjukan silat kepada warga pekerja. Pandai gak la budak2 ni menari, gua pun turut serta gak join diorg menari, btw step tarian tak susah sgt so bleh la follow...LOL!
Kumpulan Putih mendapat tempat pertama dan kumpulan aku biru mendapat tempat kedua. Semua anak2 yatim mendapat medal mini olimpik yg disediakan penganjur dan goodiebag Ben10 dll yg berisi peralatan sekolah.
Company ni memang 'walk the talk' sebab mengalakkan semua pekerja menyertai program CSR dan cuti percuma diberikan jika penyertaan melebihi 6 jam...bravo and thank you sebab dpt cuti xtra, yeay!
Saturday, September 08, 2012
Perubahan
Sekali air bah sekali pantai berubah
Memang payah nak berubah
Dan lagi sukar nak lakukan perubahan
Setiap perubahan pasti ada risikonya
Kejayaan atau kegagalan belum dipastikan lagi
Tapi perubahan itu suatu yg pasti
Apa yg tak berubah adalah 'perubahan'
Haish, fening....haha
Doa...
Tolong doakan
Semoga segalanya berjalan lancar
Tiada aral tiada halangan
Segalanya dipermudahkan
Amen
Tolong doakan
Agar apa yg dilakukan diberkati
Dan mendapat ganjaran darinya
Bukan dari sesiapa
Bukan untuk riak atau mengada2
Hanya keranaNya
InsyaAllah
Tolong doakan ya...
Macih...
Semoga segalanya berjalan lancar
Tiada aral tiada halangan
Segalanya dipermudahkan
Amen
Tolong doakan
Agar apa yg dilakukan diberkati
Dan mendapat ganjaran darinya
Bukan dari sesiapa
Bukan untuk riak atau mengada2
Hanya keranaNya
InsyaAllah
Tolong doakan ya...
Macih...
Subscribe to:
Posts (Atom)