Tuesday, May 08, 2012

HC Turun Padang Showcase Powered by TM Bikers

Setelah setahun berlalu, TMBikers sekali lagi akan menganjurkan event secara bersama dgn rakan strategic isitu Human Capital team dgn tajuk HC Turun Padang Powered by TMBikers 2012 bermula 9/5/2012 hingga 11/5/2012 bertempat di ruang legal lobi utama Menara TM. Utk pengunjung2 drpd luar, event ini juga dikenali sbg Karnival TMBikers 2012. Apapun tajuknya, Alhamdulillah, TMBikers berjaya menganjurkan seumpamanya sekali lagi yg penuh gilang gemilang bagi kali ke 2. Event ini bertemakan Keselamatan Bermotosikal ke Tempat Kerja, kesinambungan drpd pelancaran Kempen Keselamatan Bermotosikal ke Tempat Kerja peringkat Kebangsaan oleh Perkeso baru2 ini yg disertai oleh TMBikers untuk gimmik perasmian bersama Saiful Apek.

Event kalai ini akn lebih besar dan meriah lagi dgn penyertaan Naza Dream Bikes, Welly akan menjadi platinum partner dgn membawa pelbagai jenis superbikes berlainan jenis dan model untuk tatapan umum. Motorstyle juga akn membawa pelbagai aksesories menarik untuk jualan kpd pengunjung2. Lain-lain syarikat dan agensi yg akn turut serta antaranya adalah PDRM, Perkeso, Rela Bikers, JPAM Bikers, PPJM, JKJR, Kelab Motosikal RD, Kelab Motosikal Retrosuperbike, Radio Amatur, Celcom, Kotamas, BIMB, Proton dan pelbagai lagi. Syarikat berkaitan kesihatan di bawah PMCare juga akan turut serta mempamerkan pelbagai pameran berkaitan kesihatan. Terdapat juga simulasi penerbangan utk dicuba oleh pengunjung2.

TMBikers juga ada membuka kaunter menjual barangan istimewa seperti teeshirt limited edition, lanyard, dan pelbagai lagi barangan istimewa untuk dibeli.

Btw esok adalah kemuncak dan  beberapa rakan celebrity bikers akn turut hadir utk memeriahkan suasana. Poey Sting akn turut menyumbangkan beberapa buah lagi di antara 12pm-130pm. Ketua Rela Malaysia dan Ketua Rela Bikers akn hadir utk menyerahkan surat perlantikan secara rasmi /simbolik kpd wakil TMBikers. So jgn lepaskan peluang ini...datanglah beramai2 utk menyaksikan sendiri kemeriahan event of the year TMBikers ini...yeayyy....

No comments: