Friday, February 24, 2012

Bila lagi agaknya nak jumpa...reunion 2010 dgn classmate @ MSU 1988-1990

Seronok dapat jumpa balik dengan kawan-kawan semasa belajar di Universiti dulu (Midwestern State University, Texas USA 1988-1990) setelah sekian lama tak jumpa. Empat famili join reunion kali ni, btw first time ever...kebetulan Marliza balik bercuti dari Middle East, memang seronok. Teringat pulak arwah Juana Osman yg dah meninggal akibat kanser...Alfatihah untuk arwah.

Berat juga nak handle reunion ni, tapi Mastura Hamzah banyak membantu termasuk booking banglo di Afamosa. Seronok lah ynagh masih ada anak-anak kecik tu, sebab ada swimming pool sekali di perkarangan banglo.

Malam tu kami semua ke Umbai untuk dinner ramai-ramai.Ramai sangat orang, dah la sesat dalam perjalanan, GPS pun tak membantu...sampai Umbai semua dan kelaparan...hehehe. Makanan di Restoran Ikan Bakar Parameswara ni boleh tahan gak la sedapnya, puas gak la meratah ikan fresh kat situ.


Tengah pilih seafood untuk dinner

makan time...yahooo...
Suasana di banglo penuh ceria, siap bawa LCD lagi playback gambar-gambar yang dah diambil. Aliaa ada bawa muvee tapi semua dah ngantuks dan keletihan. Siang tu lepak-lepak, anak-anak mandi kolam....mak-mak dan ayah-ayah dok bercerita kisah lama, so happy.


Anak-anak Marliza, Aliaa, Suraya dan Imah

Mastura bersama anak daranya yg cumil

Anak Imah dan cuzin yg pemalu...

Bergambar di dapur banglo...haha


anak-anak main bumper car di Afamosa
  
Second generation la kiranya ni...
  
Aliaa dgn anak bongsu Mastura

Sebelum balik lunch ramai-ramai makan pizza di Bandar melaka sebelum berpisah. Masalah sungguh nak dapat parking musim cuti di Bandar melaka ni.



Gambar kenangan Mastura dan Marliza di Piza Hut Bandar Melaka
 Sebelum berpisah sempat gak amik pic ramai-ramai. Nasib baik bawa tripod, semua boleh masuk dalam pic ni...kenangan terindah...bila nak buat lagi ni? Bleh ajak ramai lagi kali ni...memang best.










No comments: