Saturday, December 31, 2011

Johor Premium Outlet



31.12.2011: Not bad la JPO ni tapi barang2 masih mahal dan org terlalu ramai. Rasanya lebih sesuai utk rakan-rakan dalam kategori middle class & above la kot sebab kedai makan aka restoran pun semua nya UP... Foodcourt pun sama gak, mahal mahal... Tapi yg paling hampeh machine nak bayar parking, punya lah ramai orang cuma ada dua je machine, apa kes?? Tak ade stok kah? Mahal kah? Kedekut tak bertempat??

1.1.2012...nak update,rupanya ada at least 4 parking machines, tapi kedudukan tak strategic dan pekerja antarabangsa warga vietnam kalau tak silap tak pulak bagitau ada lagi di lokasi lain. Anyway, to add to the note, JPO ni tak de la besar mana pun, kalau berduit tu memanglah, sehari suntuk pun belum tentu boleh cover semua, tapi kalau bajet limited tu, just nak window shopping, rasanya 2-4 jam dah memadai. Of course outlet Burberry dan Coach menjadi tumpuan dan perlu beratur untuk masuk, yang lain-lain no hal, tak perlu beratur pun.

BTW nak ke sana senang je, tepi hiway je. Kalau Masuk ikut exit Kulaijaya tu dah nampak pun dari hiway. Tapi biasa la di Malaysia ni, signboard sucks! GPS pun blom register lagi lokasi, baru lagi la kot. Selamat bershopping... :D




Anyway, great effort by the state government, dah tak de alasan nak shoping oversea dah la pas ni 





Wednesday, December 28, 2011

KL dah macam Siam tu...

Apa dah jadi dgn Malaysia, dah tak takut dan terang2an siap ada pole dancing lagi. Silap haribulan lagi hebat dari Phuket atau Hatyai, org2 Siam pun pakat turun sini. Hebat lah kalau dah jadi lagu ni, dah very2 international. Org putih, hitam, sawo matang semia ada. Dari Timue Tengah dan negara2 bekas Soviet pun ramai, mana taknya international habis. Wahai penjawat2 awam, buatlah kerja dan amanah anda utk menjaga negara ni dari tercemar. Bkt Tinggi yg tinggi tu pun dah bleh tenggelam, ni kan pulak KL aka Lembah Kelang, nama pun dah lembah. Tahniah kpd Kosmo atas pendedahan berani mati.

Tuesday, December 27, 2011

Unifi, 27|12|2011

Finlly installed gak Unifi after dok delay2 for a few months. Installer lambat but at least they called, tu pun katanya sebab ada problem rumah yang sebelum ni, gone 1/2 of the day today, tapi since inatallation was good and successful kira berbaloi la. Speed Unifi superb, tak la terhegeh2 cam wireless broadband tu atau streamyx, haha....sombong tu... Tapi initially setting wifi Unifi ni ada problem la plak dgn ke Blackberry, Galaxytab dan iphone. After tukar setting from WAP ke WEP baru ok. Life is great with Unifi :D

Anyway after two days using Unifi, nak kena update komen di atas....wireless router Unifi ni memang hampeh. Lagi baik banyak wifi router Streamyx.dah la WEP passowrd asyik berubah dgn sendiri, jenuh dok reset berkali2 OK kejap je pas tu hancus. Connection ke wireless printer langsung jgn nak harap la, terpaksa modifi dan pasang router streamyx ke Unifi baru bleh print, tu pun nak kena tukar wireless connection setiap kali nak print. Dlm buku panduan siap dah komen rupanya, kalau nak better performance kena hapgred sendiri wireless router tu, haiyaa...macam ni pun ada ka??


Wanna sync or transfer your contact from Blackberry to iphone or samsung galaxy instantly?

I had a problem to transfer at least some important contacts info from my BB to iphone recently. But then thanx to youtube and google, by downloading and installing google sync in my devices, i had all my contacts sync almost instantly, how great was that? It instantaniously solved my problem. Thanx again youtube abd google :)


Sunday, December 25, 2011

Dinner with Family @ Ayam Penyet Sg Buloh, 25|12|2011


Dah lama tak dinner with my parents, smlm berkesempatan dinner dgn my parents & my sisters/brother & families at Restoran AP Sg Buloh. Ayam penyet & pecel leleh sedap gak la, yg lain2 tu kureng...tapi ambiance restoran ni mmg terbaik dan selesa utk bawa clients atau family makan. So fat parking punmudah sebab kedai tak banyak lagi yg buka, kawasan baru lagi. Apapun mmg best mkn ramai2 ni....

Wednesday, December 21, 2011

Briefing kpd peserta konvoi


1) Make sure persediaan diri (physical/mental/rehat cukup, tidur sblm konvoi); safety equipment (helmet, safety vest, kasut kalau boleh yg strap, bukan bertali); kalau bawa barang, pastikan selamat/sesuai; infm Marshall jika on medication, penyakit terkawal seperti jantung, diabetic dan darah tinggi, mata dlmkeadaan baik (tidak digalakkan follow jika minum ubat batuk/selsema); bikes are in tip top condition....(Do safety chk on own bike and bike next to you)
Head light, tail light, signal light, break light, hon, break, tires, chain, tire air pressure, engine oil & fuel (penuh s blmkonvoi bermula)...normally before ride shd send bike for full service...jika gagal inspection tidak dibenarkan follow konvoi
2) 1st timer & slow bikes/lower cc ke depan (di belakang pilot...introduce pilot...). Reason, slower bikes will set the phase/speed of the convoi. Kalau di belakang akn tertinggal & akn split/create bubble dan membahayakan konvoi (bagi peluang kereta masuk di celah2 konvoi)
3) Ikut arahan pilot/marshall,ie; single file or double file or zigzag. Semasa konvoi; follow arahan pilot/marshall, kita akn ambil lorong paling kanan, bergerak dari lorong kiri ke kanan secara perlahan2 dan jika selamat. Jgn tergesa2. Jarakkan motosikal semasa berkonvoi supaya selamat (2-3 buah motosikal); jgn terlalu jauh kerana akn mengakibatkan kenderaan masuk dan mengganggu barisan. Jika ada yg nk masuk/memotong secara bahaya, bagi laluan, nnt Marshall akn bantu utk mengeluarkan kenderaan berkenaan dari barisan konvoi
4) Jika berkonvoi dgn outrider polis trafik, kita tak akn berhenti di trafic light dan ikut laluan tol melalui tol booth, so just follow the leader dan jgn stop esp secara mengejut/membahayakan rakan2 lain.
Kalau konvoi tanpa polis, kita akn stop di trafic light. Marshall akn bantu anda and bagi konvoi depan akn perlahan sehingga konvoi yg terputus bercantum semula utk meneruskan perjalanan. Konvoi tidak akn berhenti sebab merbahaya.
5) Jangan potong...in konvoi bkn P1, anda dilarang memotong...we ride as a team. Everybody is responsible for his safety as well as the one in front, right/left and back, jgn main sms, telefon atau bersembang semasa berkonvoi, bahaya
5) During emergency...pls on the hazard light and raise yur hand dan minta jalan drpd rakan sebelah/belakang sebelum bergerak. Pastikan rakan2 di sebelah/belakang aware anda dlm kecemasan dan bergerak secara berhati2 ke tepi/lorong kecemasan. Pastikan laluan adalah selamat. Yg lain2 dilarang stop, teruskan perjalanan dan jgn berhenti/berkumpul di satu tempat (bahaya). Marshall/safety car akn stop utk bantu anda. Rakan2 konvoi kena sentiasa berwaspada dan pastikan rakan2 konvoi depan/tepi/belakang berikan ruang kpd rakan yg dlm kecemasan ke ke tepi/lorong kecemasan. Jika hujan, ikut dan tunggu arahan Marshall.konvoi tak akn berhenti di sebarang tempat bagi mengelakkan bahaya. Marshall akn cari tempat selamat utk berhenti dan ikut arahan. Jgn keluar dari barisan atau konvoi walaupun dah basah.
6) Simple sgn language yg anda perlu tahu...single file, double file,zigzag, slow, stop, hazard
7) Infm laluan & pitstop kpd semua peserta konvoi; semua motor wajib isi petrol bila berhenti di pit stop
8) Pasang lampu low beam dan jgn pasang hazard light kecuali kecemasan
9) Briefing event apa yg akan berlaku bila sampai dan wht time balik/on the bike
End
~cz~
Rujukan: www.dr-moto.com/blog/blogweb/index.php/

Monday, December 19, 2011

Reunion 2011

Tarikh keramat bakal menjelma
Memberikan seribu makna
Kita bakal bertemu mesra
Bercerita tentang kita
Suatu waktu dulu, tika kita semua muda remaja
Berkongsi suka duka
Dan bertanya khabar
Tentang hari dewasa yg telah memisahkan kita
Mengumpul kembali sejarah yg terlerai
Dan merencana hari muka
Namun jika aku tak bisa ke sana
Dek komitmen kerja atau keluarga
Anggaplah aku ada bersama
Meniti terowong masa
Doaku sentiasa mentiti dibibir
Agar kalian sihat sejahtera
Semoga kita kan bersua jua
Di suatu hari nanti....

Note: Reunion ditunda ke tarikh...gambar sekadar hiasan :)






Duit sekolah anak

Niat nak bagi duit utk bantu bdk sekolah dan keluarga berpendapatan rendah tu dah cukup bagus...katanya tak ade niat politik, tapi yg YB atau Ketua Bahagian amik kesempatan bagi ceramah politik paksa di sekolah2 tu apa hal...adoi, apa dah jadi dgn politik budak sekolah di Malaysia ni?? Aku ingatkan selepas merdeka lebih 50 tahun ni, kita semua dah bijak dan matured dlm berpolitik tapi nampaknya yg jadi adalah sebaliknya. Tapi apa2pun layan je la, bkn luak pun, dapat duit lagi $$$$

Sunday, December 18, 2011

Terima kasih semua....di atas ucapan selamat hari lahir pada 17/12 yg lalu...

Aku tak punya wang berjuta
Tidak juga harta yg melimpah
Atau kereta mewah menjalar di jalanraya
Harta ku adalah rakan2 & keluarga
Ibu bapa yg bnyk berjasa
Isteri & anak2 yg buatku bahagia
Alhamdulillah
Aku kaya
Dgn budi bahasa & ramah mesra
Rakan2 fb semua
Terima kasih yg tidak terhingga di atas ingatan kalian...


http://www.facebook.com/chezul
Gambar sekadar hiasan...




Friday, December 16, 2011

Happy Birthday to me...
















I'm not a king nor a prince
I'm not a superhero neither a legend
I do not hold any title like Dato or Sir
I'm not a rank officer such as Inspector or Major
I do not play badminton or soccer for Team Malaysia
I'm not a great actor or a singer
I'm neither Ustaz or Imam Besar Masjid Negara
But I know I have the greatest father and the greatest mother
Who loved me when I was born on the 17th December
And today I grow another year older
Wish me the best for the future
Thank you to my wife, my son and my daughter
And to all, thank you for being part of my life...
thank you for the wishes
And thank you for everything...
I luv uols....

Thursday, December 15, 2011

TEKA-TEKI YANG PERLU DIBERI PENAMPAR !!!...

1) Lubang ape yang rasanye hangat, nikmat dan nyaman?
Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pastu lu tido balik....

2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M opp!!! salah EPL laaa

3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Answer: Kuih salah bikin.

4) Binatang ape yang power dlm bab berKarate?
Answer: Kuda belang....cube kira brape black belt dia ade.

5) Siape yang menemukan dompet kulit?
Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

7) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK'

8) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Answer: Pembohong...

9) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Answer: Usus

10) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu rambut

11) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Answer: Neneknye si katak

12) Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya'

13) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Answer Sekretari baik..................'Selamat pagi Boss'
Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni Boss'

14) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Answer: Dua-dua tak kenal korang...heheheh

15) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Answer: Tukang gali kubur

16) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Answer: Tahi hidung

17) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

18) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ....gile ape...

19) Gajah terbang dengan ape?
Answer: Dengan susah payah......

20) Kenapa anak babi jln tunduk?
Answer: sebab die tau bapak die babi...Have a good weekend

Sunday, December 04, 2011

Bila masalah zakat nk selesai?

Apa masalahnya pejabat zakat ni? Kenapa aku bertanya dan menyibuk? Pertama, aku beragama Islam; kedua, aku bayar zakat dan ketiga, masih ramai lagi org miskin dan masalahnya gereja dok bagi depa makan ni, apa dah jadi??
Awat yg hampa dok kemut sgt duit zakat tu, utk faedah sapa? Lagi bnyk duit dlm dana tu pahala hampa makin besaq ka? Tok guru mana yg ajaq hampa ni?
Dah ada duit tu, manage lah secara professional. Duit zakat bkn utk disimpan tapi dimanafaatkan kpd org yg memerlukan terutamanya org Islam. Ambil lah pengajaran drpd zaman khalifah2 dulu. Ingat lah bahawa tugas dan tanggungjawab tu adalah amanah, apa lagi amanah tu plak ada kena mengena dgn agama, lagi lah berat...tak takut ka? Jgn la dok takut newspaper reporter, pemerintah dan manusia, takut lah kpd Allah.
Rasanya pentadbiran zakat ni pun kena bagi bkn pada yg berpelajaran agama tapi kpd yg berpendidikan dan mempunyaipengetahuan professional supaya lebih efficien...kan kan...

Pompuan oh pompuan...

Minggu ni je ada 2 kes di Mahkamah, sorg ibu buang bayi sendiri sebab ada krisis dgn suami (mungkin gila meroyan sebab ditinggal suami/suami buat hal masa mengandung/bersalin)...sorg kerani swasta tak daftar anak selepas bersalin.
Kes pertama marah laki punya pasal, yg bunuh anak tu apa kes? Perempuan kena rasional dan faham bayi tu adalah anugerah dan amanah, samada halal atau haram adalah perbuatan ibubapa. Lagi satu cari lah jantan yg baik dan budiman utk buat laki. Jgn main pilih tepi jalan je atau nampak/harap muka je macho dah tergila2. Siasat la dulu latar belakang, sape ibu bapa dia, anak org baik2 ke (walaupun ada gak mak bapa baik2 tapi anak hantu raya...dugaan tu), kerja apa...bapa ayam ke atau kasanova yg hidup makan hasil perempuan ke...dunia skrg ni macam2. Kalau salah langkah akn membawa padah. So berhati2 lah.
Sementara tu kes yg satu lagi tu tak daftar anak, semestinya anak tak sah taraf. Kes buang bayi pun dah banyak sgt dah. Mmg lah malu tapi dah undang2 kena daftar, terpaksa lah daftar. Masalahnya kenapa yg betina je kena bertanggungjawab, yg si jantan nya mana? Sumbat lah dua2 sekali baru lah adil. Aku ni jantan tapi aku rasa jantan macam tu mmg hampeh, tak layak bergelar jantan...berani buat tak berani tanggung. Tu la pompuan, dah bnyuk sgt berita kt dlm news tapi hampa ni masih lagi la dok percaya jantan yg mulut manis pungkok masam ni. Kena ayat sikit terus cayaq, serah semua...dah tu tak pandai nk cover plak tu...maksud aku protection la. Tapi protection ke tak, dosa tu dah cnfm lah dosa.
Baru ni ada keluar cerita kat paper ke mana tah, bdk bohsia keluar rumah mak bapa pun tak tau, jumpa boyfren macho cintan bagai nk rak...masih sekolah tapi yg pompuan tu. Bila boyafren dah dapat dara, ko ingat jantan tu nk tunggu? Haram mau nya nk tunggu...dah lah buat dosa pas tu siap niat nk rosakkan jantan2 lain plak, nk jadi playgirl la sebab dah dirosakkan playboy kununnya. Last-last jadi bohsia siap compete lagi berapa ramai jantan yg ditiduri sebab nk dapat title 'queen' konon, FREE plak tu...sori la nk kata, ni bkn kes bodoh lagi dah, ni dah kes bodoh kepek, bangang dll yg sama waktu dgn nya. Apa dah jadi ni? Ni Malaysia ka Amerika? Woi, org Amerika pun dah mula cakap pasal dara sebelum kawin, ko org ni nk jadi macam diorg plak ka? Tak faham aku.
Ingat lah hidup ni bkn hari ni dgn esok je. Kalau dah jadi cam tu time muda2 ni bleh la nk jadi professional pelacur kalau dah minat sgt, tapi dah tua sape nak? Tu kalau sihat, kena nya Aids ke apa penyakit, tersadai tepi jalan/longkang la jawabnya tunggu masa nak mati. Sape nk bela? So enjoy la semahu mahunya, enjoy...percaya lah dgn jantan2 hidung belang tu, jgn dengar cakap mak bapa, cikgu2...enjoy lah sebab ko org takkan tua punya...atau at least harapnya cam tu lah dan mati cepat sblm tua, sebab kalau sempat tua dan hidup lama plak tu, mmg merana lah jawabnya.
Aku bkn apa, nk pesan kpd semua kaum hawa yg baru nk naik skrg ni supaya jaga lah diri tu, jaga lah kesucian diri, jgn mudah percaya dgn janji2 manis jantan2 hidung belang di luar sana, biar lah org kata kuno, kampung atau tak hebat, tak ape asal kan diri terpelihara. Ingat lah kalau apa2 jadi, mangkuk2 ni tak akn tunggu punya, percaya lah. Bkn satu dua kes, sejarah telah buktikannya. Kalau depa tunggu tu maknanya depa lah plak bodoh, kan kan... So sblm ko nak marah diri sendiri dan menjahanamkan diri sendiri semahu2nya atau menyesal seumor hidup dan merana sebab jantan2 tak guna di luar sana, beringat lah. Kalau dah depa nak sangat, bawa jumpa mak bapa, masuk meminang dan kawin terus. At least kalau depa cabut lepas tu pun bleh komplen ke pejabat agama (tapi kalau pejabat agama mangkuk, lambat nk selesai kes tu kita doa je lah...hidup bkn di dunia ni je, akhirat tu yg lebih penting).
So fikir2kan dan renungekan...