Aku tak amik sejarah dulu masa SPM tapi rasa rugi plak. Skrg ni semua da boley jd pakar sejarah, semua org ckp pasal sejarah. Nak betulkan fakta sejarah dan pelbagai. Kununnya buku sejarah yg kita belajar dulu dipengaruhi oleh penjajah dan kelompok pro penjajah yg mendapat restu penjajah utk mentadbir negara ni. Masa da berubah, hang tuah bkn lagi hero tapi hang jebat. Skrg ni puak2 pro hang jebat nk tukar sejarah dan memberikan pengiktirafan sewajarnya kpd PKM. Masing2 ada sejarah sendiri, berjuang atau tidak, org2 lama yg masih hidup bolehlah dirujuk. Apapun semua tu adalah sejarah, cuma labelnya sahaja, siapa pejuang kemerdekaan? Kalau ikutkan cerita semuanya pejuang. Kalau angkat senjata pejuanglah namanya tu. Cuma caranya shj yg berlainan...yg betul atau cara yg salah. Siapa betul siapa salah terletak kpd kepercayaan masing2. Tapi yg peliknya, dunia dah tolak komunis, sibuk org2 malaya ni nk bangkitkan dan semarakkan semangat PKM balik, apa kes? Apa kata kita lihat masa depan...cerah ke gelap? Apa kata kita bersatu demi masa depan yg lebih cemerlang. Org di negara lain pun berpolitik gak tapi tak la sampai hari2 ade je cerita yg meloyakan utk santapan rakyat. Tolonglah!
No comments:
Post a Comment