Tuesday, August 16, 2011

Fauzi...rakan persekolahan smsb



Assalam wbk;
Alhamdulillah kita dah pun melepasi separuh drpd Ramadhan dan hanya tingga ½ shj lagi utk kita meneruskan ibadah dan beramal di bulan yg mulia ini. Syukur ke hadrat Allah juga kerana kita diberikan kesihatan dan kekuatan utk mengerjakan ibadah puasa, solat berjemaah, solat tarawikh, witir, bertadarus dan lain2 ibadah yg wajib mahupun sunat. Tidak lupa juga ada di antara kita yg telah mengunjungi rumah anak yatim, ibu tunggal dan org tua2 utk menghulurkan sedikit bantuan dan menceriakan mereka2 yg kurang bernasib baik. Namun, bagaimana pula dgn rakan kita sendiri yg amsih terlantar sakit akibat 'stroke'? DImaklumkan Fauzi dah setahun tidak menerima gaji disebabkan beliau telah diberikan cuti sakit berpanjangan tanpa gaji oleh majikan beliau. Namun, Alhamdulillah Maybank masih sudi menanggung perbelanjaan perubatan sehinggalah beliau ditamatkan perkhidmatan baru2 ini setelah disahkan mengalami hilang upaya kekal dan tidak lagi berkeupayaan utk bekerja. Dgn izin Allah jua, permohonan Fauzi utk pencen ilat drpd Perkeso telah diluluskan, makan kuranglah sedikit bebanan beliau serta isteri utk menanggung kos perubatan diri sendiri serta perbelanjaan harian keluarga. Namun, bayaran drpd Perkeso agak lambat dan masih belum diterima, harap2 sebelum menjelang hari Raya nanti. Bayangkanlah bagaimana anak2 beliau nak merasai keceriaan dan kegembiraab berhari raya sedangkan ayah mereka terlantar tidak bermaya, tiada berwang untuk dibelanja….sedangkan anak2 kita riang bersuka ria, saling bertukar pakaian baru, bersalaman dan bermesra bersama sanak saudara…tiada salahnya utk kita menikmati rezeki yg Allah beri dan kebahagiaan yg kita ada bersama keluarga, cumanya mampukah kita terus merasa suka jika kita juga tahu rakan kita serta anak2nya tidak punya persediaan apa2pun utk berhari raya?
Ayuhlah rakan2 semua, bantulah dia walaupun dgn RM1, mungkin bagi kita RM1 tiada milainya, tapi bagi mereka2 yg amat memerlukan, RM1 tiada nilainya…dia tak pernah minta, keluarganya pun tidak merayu bantuan dari kita, tapi sedikit bantuan dari kita sesungguhnya dpt menceriakan beliau serta keluarga di bulan yg mulia ini…apatah lagi untuk menyambut Syawal yg di nanti2 terutamanya oleh anak2 yg penat berpuasa selama sebulan. Hulurkanlah, tak perlu banyak, tak perlu bersusah payah utk bergolok bergadai, sekadar apa yg kita mampu sudah memadai…tanda ingatan dari kita utk fauzi serta keluarga…
Harap Che Na sudi lagi sekali utk membantu menjadi perantara dgn menggunakan akaun banknya utk tujuan kutipan derma ikhlas ini. Rakan2 bolehlah bank in ke akaun BIMB 07043020355546.

No comments: