Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri dari Kota Bharu - لامت حاري راي عيدالفتري.. ماعف ظهر دان باطي



Setelah sebulan kita berpuasa
Menahan diri lapar & dahaga
Kini sudah tibalah masa
Bersama keluarga kita bergembira

Hari raya hari disambut ceria
Menjamah kueh terhidang di meja
Ibu & ayah turut bergembira
Menyambut anaknda pulang ke desa

Lemang & rendang tersedia di hidangan
Sedap rasanya enak dimakan
Syawal menjelang tanda kejayaan
Marilah bersyukur kehadrat Tuhan

Lebaran disambut setahun sekali
Bertasbih bertahmid memuji Illahi
Bersama bermaafan di aidil fitri
Salah & silap harap dimaafi

Hari raya disambut gembira
Sanak saudara berkumpul mesra
Terkasar bahasa tutur bicara
Bermaaf-maafan antara kita

سلامت حاري راي عيدالفتري.. ماعف ظهر دان باطين

Tuesday, August 16, 2011

Fauzi...rakan persekolahan smsb



Assalam wbk;
Alhamdulillah kita dah pun melepasi separuh drpd Ramadhan dan hanya tingga ½ shj lagi utk kita meneruskan ibadah dan beramal di bulan yg mulia ini. Syukur ke hadrat Allah juga kerana kita diberikan kesihatan dan kekuatan utk mengerjakan ibadah puasa, solat berjemaah, solat tarawikh, witir, bertadarus dan lain2 ibadah yg wajib mahupun sunat. Tidak lupa juga ada di antara kita yg telah mengunjungi rumah anak yatim, ibu tunggal dan org tua2 utk menghulurkan sedikit bantuan dan menceriakan mereka2 yg kurang bernasib baik. Namun, bagaimana pula dgn rakan kita sendiri yg amsih terlantar sakit akibat 'stroke'? DImaklumkan Fauzi dah setahun tidak menerima gaji disebabkan beliau telah diberikan cuti sakit berpanjangan tanpa gaji oleh majikan beliau. Namun, Alhamdulillah Maybank masih sudi menanggung perbelanjaan perubatan sehinggalah beliau ditamatkan perkhidmatan baru2 ini setelah disahkan mengalami hilang upaya kekal dan tidak lagi berkeupayaan utk bekerja. Dgn izin Allah jua, permohonan Fauzi utk pencen ilat drpd Perkeso telah diluluskan, makan kuranglah sedikit bebanan beliau serta isteri utk menanggung kos perubatan diri sendiri serta perbelanjaan harian keluarga. Namun, bayaran drpd Perkeso agak lambat dan masih belum diterima, harap2 sebelum menjelang hari Raya nanti. Bayangkanlah bagaimana anak2 beliau nak merasai keceriaan dan kegembiraab berhari raya sedangkan ayah mereka terlantar tidak bermaya, tiada berwang untuk dibelanja….sedangkan anak2 kita riang bersuka ria, saling bertukar pakaian baru, bersalaman dan bermesra bersama sanak saudara…tiada salahnya utk kita menikmati rezeki yg Allah beri dan kebahagiaan yg kita ada bersama keluarga, cumanya mampukah kita terus merasa suka jika kita juga tahu rakan kita serta anak2nya tidak punya persediaan apa2pun utk berhari raya?
Ayuhlah rakan2 semua, bantulah dia walaupun dgn RM1, mungkin bagi kita RM1 tiada milainya, tapi bagi mereka2 yg amat memerlukan, RM1 tiada nilainya…dia tak pernah minta, keluarganya pun tidak merayu bantuan dari kita, tapi sedikit bantuan dari kita sesungguhnya dpt menceriakan beliau serta keluarga di bulan yg mulia ini…apatah lagi untuk menyambut Syawal yg di nanti2 terutamanya oleh anak2 yg penat berpuasa selama sebulan. Hulurkanlah, tak perlu banyak, tak perlu bersusah payah utk bergolok bergadai, sekadar apa yg kita mampu sudah memadai…tanda ingatan dari kita utk fauzi serta keluarga…
Harap Che Na sudi lagi sekali utk membantu menjadi perantara dgn menggunakan akaun banknya utk tujuan kutipan derma ikhlas ini. Rakan2 bolehlah bank in ke akaun BIMB 07043020355546.

Monday, August 08, 2011

Pantun Bali...



Cikgu Zaini main mercun
Main mercun bersama megat
Awek Badlishans 80-84 mmg cun
Sayang time sekolah dulu tak terpikat...hehe
Murtabak findi sedap rasanya
Lepas makan minum ayaq
Tuan Mirul segak bergaya
Kadet wanita habis cayaq
Suruh makan Ghani pandai
Sedap makan Chef Man masak
Jom la pi Bali ramai2
Sampai sana kita borak2
Yusni cikgu bijak bistari
Murid2nya pandai2 belaka
Azlina jom la kita pi Bali
Apa susah Tuan Mirul nk belanja

Sunday, August 07, 2011

Pantun Ramadhan 4





dua tiga kucin berlari,
sekoq terjerumuih jatuh kot tingkap;
ramadhan tinggai berapa hari ja lagi,
amalan kita masih tak lengkap.....

abg ghani kayuh ke sempadan,
syok berkayuh tak hengat makan;
fendi berniaga di bulan ramadhan,
juai murtabak sedap sakan...

en amirul berkain pelekat,
lajak muto terus ke pekan;
jom cepat kita pi bayar zakat,
tunaikan yg wajib bantu yg memerlukan...

Saturday, August 06, 2011

Pantun Ramadhan 3





berpuasa kita penuh ceria
bertarawikh bersama bawa bahagia
ramadhan tiba membawa cahaya
menyinari jiwa merahmati semua
ramadhan bulan yg amat mulia
membuat umat sentiasa berfikir

beramal kita bersihkan jiwa
sambil bersedekah membantu fakir

dalam kita sibuk berbuka
ingatlah kita pada yg berduka
ramadhan membentuk jiwa perkasa

ingat meningati antara kita


Friday, August 05, 2011

Pantun Ramadhan 2

Harum Ramadhan tibalah sudah
Sebagai hadiah yg maha indah
Kejarlah pahala yg melimpah ruah
Kepada Allah kita berserah
Harum Ramadhan tibalah sudah
Puasa itu amatlah mudah
Datangnya bersama pahala dan rahmah
hanya kita yg leka dan lemah

Pantun Ramadhan 1

pantun 2 kerat...

koi koi balik bendang, masuk pukoi tengahari perut dah berdendang;
cak ci lut main sorok2, nasib posa kot siang tak leh merokok;
jeng jeng jeng main sorong tarik, otak jem pagi2 tak leh pekena teh tarik;
kong kali kong padan dgn muka, tutup muka dgn telekung sure sedap membuta;
main mercun tam tam tam, sahur pulun baru tengahari dah nak pitam;
dag dig dug bunyi sesedap rasa, jom tidoq esok nak posa....