Thursday, March 03, 2011

Buat renungan bersama.....Kelebihan surah Al-Ikhlas...

Telah diriwayatkan daripada Nabi S.a.w "Allah itu indah(cantik) dan Allah suka kepada kecantikan" maka sahabat pun bertanya.."Wahai Rasullulah apakah maksud indah?"maka jawab Rasullullah "Keindahan itu ialah Allah itu tunggal,tempat tumpuan,tidak beranak dan tidak diperanakandan tiada siapa yg menyerupainya dan keindahan hamba ialah ia mengetahui akan sifat2 keagungan tersebut..."
Di riwayatkan daripada Ibnu Abbas Radhia'llahu anhu bahawa Allah Ta'ala berfirman kepada Rasullullah saw pada malam Mi'raj "Di kurniakan kepada Rasullullah surah Al-Iklas dan ia adalah simpanan dr perbendaharaan 'Arasy dan ia mencegah dr azab kubur."
Antara kelebihan surah Al-Ikhlas.....

1."Sesiapa yg membaca surah Qulhu wa'lahu Ahad sekali nescaya Allah sw mengurniakannya pahala seperti sesiapa yg percaya kepada Allah,Malaikatnya,kitabnya dan Rasul-rasulnya serta di anugerah pahala seratus syahid.."

2.Dibaca setiap pagi dan petang Allah akan mencukupkannya semua urusan dunia dan akhirat...

3.Sesiapa yg membaca Qulhu wa'llahu Ahad dalam sembahyang atau tanpa sembahyang nescaya Allah mempastikan baginya kelepasan daripada neraka...

4.Sesiapa yg membaca surah Al-Ikhlas dengan tulus iklas nescaya Allah mengharamkan jasadnya daripada neraka...

5.Rasullullah juga pernah bersabda,'Tiap sesuatu itu ada cahayanya dan cahaya Al Quran ialah Qulhu wa'llahu ahad.."

6.Seorang lelaki telah datang pada Rasullullah dan berkata "Ya Rasul Allah...sesungguhnya saya telah melakukan banyak dosa oleh itu tunjukkanlah saya cara menghampiri diri kepada Allah.." maka Rasullullah pun menjawab.."hendaklah memperbanyakkan membaca Qulhu wa'llahu ahad kerana ia dapat menghampirkan kamu kepada Allah sw.."

7.Dari Mu'az bin Jabal..."Rasullullah saw telah bersabda...Sesiapa yg membaca Qulhu wa'llahu Ahad sepuluh kali maka Allah akan membinrumah baginya di Syurga.."

8. Barang siapa membaca Qulhu wa'llahu ahad 3 x seolah-olah ia membaca semua al-quran..

9.sesiapa yg membaca Qulhu wa'llahu ahad 11 x Allah membina baginya sebuah istana di dalam syurga.....sesungguhnya rahmat Allah itu amat luas....

10.Sesiapa yg membacanya 11 x selepas solat subuh nescaya Allah memeliharanya dr dosa meskipun bersungguh-sungguh syaitan mengodanya...

11.Sesiapa yg membaca 50 x setiap hari nescaya di seru pada Hari Qiamat dari kuburnya."Bangunlah wahai pemuji Allah,persilakanlah ke syurga..." Subhanallah...besarnya nikmat pada surah ini...sama2lah kita beramal...insyaallah

No comments: