Monday, April 28, 2008

wang ihsan

la, tganu pun masih terima wang ihsan direct ke? sape la yg control agaknye ye? patutla mewah gile buat event, yg meleleh air liur mek and awang la, yg untung hanya konco2nya yg tau... nampaknya ada satu lagi negeri pembangkang dlm barisan...

pakatan tak sefahaman?

apa dah jadi? undian timbalan speaker, undi calon barisan melebihi jumlah MP barisan sendiri. pakatan dah tak sehaluan? aku rasa biasa je, tapi cuma salah percaturan, dek ketamakan dap. sekarang ni zaman penguasaan msia timur. kalaulah calon pakatan drpd msia timur, adakah undi dap akan ke barisan? salah strategi... nampaknya dap tetap dap, tamak kan kuasa, aku tak tau lah kalau pas, pkr masih belum nampak lagi. buta kah mereka, atau tamak juga ke? aku tak nampak 'give and take' lagi di pihak dap. masih pada takuk lama, esp pemimpin2 tua mereka.

mb perak mungkin boleh komen panjang lebar...

Saturday, April 26, 2008

balkis oh balkis

la, ingatkan laki je, bini pun sama gak
2 x 5...
tak pe la
biar mahkamah je yg tentukan...
mahkamah? erm...
oo...dah bebas
tapi ape yg bebas? ape yg tak bebas?
tapi apa2pun tun salleh dgn 4 org lagi dpt habuan
bukan minta maaf, tapi bayaran utk kesengsaraan
apa2la labu...

rasuah dlm sukan menjadi2

negara asia ni mmg terkenal dgn judi terutamnya sukan
maknanya mengatur permainan la tu
sebab ramai kat luar sana nak untung besar
so jadilah sukan di malaysia ni tersengguk2
tapi yg menariknya terus tersembul sorg mamat ni nak jadi champion
nak mempertahankan sukan drpd rasuah
siap sound budak2 bola jgn ambil rasuah
hahaha, nk tergelak besar tu
kau pun faham maksud aku apa kan?

kes altantuya

memalukan
tu je la aku nk cakap
jgn cerita nk reform judicial system la
kalau setakat nak pilih hakim jer, baik tak yah
yg ade depan mata pun tak dpt nk settle cam na?
ni maruah negara, bangsa
kalau betul nk reform, kes ni kena bagi priority
tak kisah sape yg terlibat, polis, shli politik, pemimpin...
darah bayar dgn darah (maknanya perlu dihukum, ikut undang2 la...)
ni bkn perkara main2
masyaAllah
altantuya

Tuesday, April 22, 2008

happy earth day

happy earth day to u
happy earth day to u
happy earth day to u
happy earth day to u

Friday, April 18, 2008

tahniah dato seri ir nizar

tahniah kepada dato seri ir nizar, MB Perak di atas pengurniaan darjah kebesaran negeri Perak
bukan pangkat dan gelaran menjadi ukuran
tapi jasa, bakti dan komitmen terhadap rakyat
semoga berjaya
amin

black 14

bravo

what's next?
time is crucial...
demi masa...

gaya hidup sihat

aku dah makan nasi sekali sehari jer skrg
bukan tak der duit
bukan dah pokai
bukan kedekut
bukan

nak jaga kesihatan
nak manage kolesterol level
nak sihat
org tua kata sihat tu segalanya
sihat tak ternilai
wang tak boleh beli kesihatan

berkat kenaikan harga beras....

Sunday, April 13, 2008

perhimpunan melayu

perhimpunan melayu, nk selamatkan melayu, tapi kenapa buat di pwtc? melayu = umno ke? itu mungkin dulu, tapi skrg? atau ni semua kerja org dalam umno sendiri nk raih simpati? so, makna nya umno tak boleh buat sendiri suruh org lain buat la? dulu gaduh dgn sultan/raja. skrg guna badan lain utk tarik hati raja. tg faris tu dah mcm jadi jurucakap umno la plak. apsal jadi lagu tu? bukan ke raja2 tak patut masuk campur politik? umno buat tak ape kot...

pkr? tah la...aku tak faham apa depa nak buat sebenarnya. yg aku tau nak tolong dsai, tu je. jadi wira melayu? pkr tak relevan dlm isu ni.

pas pun belum layak mewakili melayu, blom dpt diterima. so melayu dah tak ade wakil la kan?? cina ada...bnyk, india pun sama...

nak himpun ke di JB? apa kata tukar jadi perhimpunan umno je di JB, kita tengok siapa perwakilan pilih jadi presiden nnt... bukan ape, biat cepat selesai.

Black 14

dsai mmg semua dah maklum terror berpidato. nak rai tarikh ni pun nk berpidato juga. ok la, tapi pak lah takut. polis pun kena bersedia. kg baru tu mmg sensitif area. cuma jgn la ada kutu2 upahan atau org2 tertentu yg buat hal lak. sudah2 lah melayu nak bergaduh, kpg tergadai. tak payah lah buat gimik atau upah org buat kecoh. ia nya tak mendatangkan kebaikan kpd sesiapa pun. yg ruginya org melayu juga akhirnya.

tg faris pun dah kata dlm perhimpunan melayu di pwtc. tapi aku nak tanya apsal di pwtc? teks tu sape yg buat dan tg faris tak baca dulu ke? kalau ye pun nak menyatukan melayu, jgn la berat sebelah...

Thursday, April 10, 2008

Skim Cepat Kaya...Babi

kawan: kau nak invest tak? baik punya investment ni...
aku: apa nya?
kawan: modal RM3000, projek ternak, bulan2 boleh dpt RM300
aku: alamak, bagus tu, sure bkn skim cepat kaya ni?
kawan: projek ternakan la, ada binatang
aku: mcm investment je, bank negara approve ke?
kawan: selangor dah lulus
aku: ternak apa?
kawan: BABI
aku: hampeh...

UMNO nak ambil tindakan anggota yg menderhaka

Gamaknya mcm ni lah kot perbualan di antara No 1 dan org No 2 selepas tindakan dah diambil:-

no 1: DS dah ambil tindakan ke?
no 2: dah
no 1: bagus, berapa jumlah ahli kita nak buat perhimpunan teragung abad ini?
no 2: nanti saya kira
no 2: 2 org DS
no 1: 2 org? sape? yg lain mana?
no 2: DS dan kj...yg lain dah kena buang termasuk saya...
no 1: oo..

Urusan Kerajaan Kita

Nak cerita skit tapi tak pandai la nk bertazkirah plak…

Last 3 wks saya ke jabatan *&%$ kementerian *&&^% malaysia kat parcel e blok e14 precint 1 putrajaya, canggih bunyinya tu kan (parcel, precint)…punya la payah nak cari parking last2 dapat la gak parking tepi jalan. kaya2 rupanya staff kerajaan ni, gaji pun dah competitive skrg, ada elaun rumah, COLA etc (TM bila lagi…hehe), bnyk sgt kereta sampai tak cukup parking. Letih dan berpeluh gak la jalan nak sampai ke blok 14 tu.

Dah sampai, naik ke tkt 6 selepas ambil pas di lobi. Buka pintu masuk ada kaunter, ramai gak berkumpul, bersembang, jam dah 8.40am. (btw, pagi tu ada mtg di Shah Alam 9.30am, so singgah putrajaya jap nak settle urusan dgn jabatan kerajaan ni…alamak, rasa bersalah la plak…). Rupanya kaunter tu jabatan lain, jabatan *&^%$ sebelah, masuk terus ofis, tak de kaunter2, ofis kosong, tengok jam dah 8.45am, ofis kerajaan start 8am/8.15am kalau tak silap, dah 45 min masih kosong ni. Kalau pergi kursus pun tak kan ofis kosong ? Nampak mcm pegawai dlm 5-6m dari saya, baru nk angkat tangan laju jer dia masuk bilik, buat2 tak nampak saya berlegar2 kat situ... Patah balik la, dah org tak nk layan, hidung tak mancung pipi tersorong2 la plak nnt…pusing, terus ada pegawai ‘besar’ tegur (pakai tie, pengarah la kot), tanya nk jumpa sape tanpa intro diri dia sape, mungkin tak nak membesar diri kot. Dah explain sikit jer dia terus ambil sampul surat yg saya bawa, saya tanya bila boleh dapat jawapan, sape saya boleh call utk tanya status, simple jer jawapan dia, nnt kita reply, nnt kita reply dlm sebulan, nnt kita reply sebulan…sampai 3X, kalau tanya lagi kang takut kena sepak ke/tereajang ke plak, eks naya, maklum dah 3X dia ckp, tak faham2 ke? So, balik la utk menjadi penunggu urusan jabatan kerajaan…

Demikianlah seadanya pengalaman urusan dgn pejabat kerajaan yg amat berharga. Tapi bnyk pengajaran yg saya dpt pelajari drpd ‘kepimpinan melalui teladan’ yg ditunjukkan :-

8.45am ofis kerajaan sure kosong, kalau nak berurusan selepas 9am atau lagi baik selepas 10am la kot…
urusan kerajaan bukan sehari, seminggu, tapi sebulan (ikut jabatan gamaknya, tu standard la sebulan…tu pun kalau nasib baik. Teringat ada yg minta geran tanah di perlis dah 50 tahun pun blom settle…kira saya ni patut bersyukur la kot…sebulan)
jangan banyak tanya…

Tapi saya terpanggil utk berfikir kalaulah saya berurusan dgn jabatan kerajaan di negara jiran adakah saya akan mengalami pengalaman yg sama? Atau kalau org lain memerintah mcm di negeri2 &^%-tut-*&^ adakah urusan kerajaan akan sedemikian rupa ? (hanya utk mengeluarkan sepucuk surat dgn kecanggihan yg diberikan penuh komputer kat atas meja tapi org nya tiada). Maaflah, tapi sebab yg bekerja di situ ramainya MELAYU/BUMIPUTRA saya plak yg terasa MALU bagi pihak dorg, SEDIH dan bermacam2 perasaan lagi, bukan sebab layanan yg saya terima, tapi sebab inikah taraf kita sbg MELAYU/BUMIPUTRA ?? Imagine kalau bangsa lain yg berurusan, atau org negara jiran, apa akan dia kata atau dia dah kata pun ? Patutkah kita MARAH kalau paradigma MELAYU/BUMIPUTRA peMALAS masih lagi melekat di dahi kita ?

Tak ape la, itu pejabat kerajaan…tapi bagaimana dgn pejabat KITA di TM ? Asyik komplen org, cermin2 lah diri juga sekali sekala….langsung terus saya berlari ke kereta dan laju je mendesit ke Shah Alam takut lambat hadir meeting…harap2 tak de speed-trap…

Maaf kalau ada yg terguris, terhiris….

Akhir kalam, bak kata nabil, “kau fikir lah sendiri…”

Saturday, April 05, 2008

pakatan rakyat

pakatan rakyat dan semakin hampir, melayu-baru (pkr?), melayu-islam (pas) dan cina (dap) dah ada dalam pakatan.

cam na plak dgn india, bumiputra sabah dan s'wak? nampaknya blom ada wakil.

wakil india dlm pkr, dap? ade mcm tak de je...sampai exco perak yg sorg tu nak resign, bkn kes kaum gak ke? politik kaum masih menebal.

aku nak cadangkan parti wakil kaum india, sabah dan s'wak kena ada di luar drpd pkr, pas atau dap, tapi masuk dlm pakatan rakyat. kena ada parti depa sendiri. parti mr nala kan ada...

dalam kontek malaysia, BN adalah contoh terbaik perkongsian kuasa antara kaum, susah nak challenge. sebab tu lah juga pakatan rakyat terpaksa ditubuhkan, itulah kenyataan.

skrg pakatan rakyat kena buktikan 'ukhwan' pakatan... tough gile tu, nampaknya perjalanan masih jauh...apa jadi kalau dsai dah tak de??? LKS boleh meminpin pakatan rakyat? hj hadi? karpal dah sound dia direct, sendiri mau ingat... pakatan apekenama? kalau ye pun bincang la kat dalam sana. bagi ruang kpd pakatan lagi satu utk hantam jer? nampak sgt ketidakmatangan dlm berpolitik walaupun dah bergelar senior. dia ingat tahun 70'an/80'an punya senario politik lagi kot. dah tak releven beb.

aku rasa pkr kena buat alignment... pakatan rakyat lagi la, bkn alignment, ni baru setuju nak set steering arah mana, tu pun masih ada co-driver yg dok berbunyi itu ini...

selamat berjaya