Sunday, September 15, 2013

Arkitek in the Haus

Mana Alif dapat mana talent ni? Uncle Chik dulu amik degree Arkitek di USM sekarang dah tukar ke Multimedia dan robotik, Uncle Pate buat design, Abang Epit product design. Mungkin Uncle Man sebab dia memang arkitek, pak sedara sepupu, sekarang dah jadi orang politik plak dah ✌. Apapun semoga Alif lakukan yang terbaik untuk masa depan Alif dan jadi interior designer atau Arkitek yang terbaik, beriman dan soleh, ameen. We all love you Alif/Adik❤

Saturday, September 14, 2013

Gathering di rumah my brother di Cyberjaya

Selepas gathering di rumah dlm bulan Syawal haritu, semalam gathering di rumah my brother (Abang Chik) di Cyberjaya. Kebetulan my parents datang KL sempena Komvo Adik (Adilah) di UPSI, so ambil kesempatan la. Selepas gathering bawak parents dan adik adjk dengan famili dinner di Dengkil, acara nak ke Bagan Lalang cancel senab dah lewat, dan acara akhir tengok fireworks di Putrajaya. 


Selamat Hari Malaysia

Kereta cantik, performance mantap, accessaries not bad, interior marvelous, value added full with latest gadgets and technology contohnya android radio with wifi enable, reverse censor dengan kamera dan yang paling penting safety dengan 6 airbag, mana nak dapat lagi? Enjin soft turbo, minyak tak la parak mana, biasa je tapi performance equivalent to 2.0L engine. Over ke segala puji pujian ni? Rasanya tak la kalau dah diberi penarafan 5 bintang oleh ANCAP, Australia. Harga pun not bad dan berbaloi kalau nak dikirakan all in, bukan basic macam improted cars atau brand yang pasang di Malaysia, jauh panggang dari api, haha. Apa pun cuba try test dulu, jangan anggap apa yg local tu semua tak elok, yang terbaik tu mesti diimport. Negara dah merdeka so kita kena merdekakan minda. Kalau orang kita tak bantu siapa lagi? Nak harap kan orang Korea? Amir-ika? Jepun? Eropah dah tingkatkan macam macam tahap qualiti bagai, Thailand pun ikut gak kununnya sebab nak kawal pencemaran, Singapore naikkan COE sebab harga minyak sememangnya dah mahal pun, tak kisah pun harga minyak Malaysia naik sebab matawang dep makin tinggi. Malaysia kena berubah ke knowledge base economy, macam Switzerland, Singapura, apa yang depa ada? Berbanggalah denga Suprima S, kebanggan rakyat Malaysia. 

Beruntunglah kita kerana menjadi rakyat Malaysia, selamat Hari Malaysia ✌.

Friday, September 13, 2013

Cerita Pasal Makan

Saja ja nak share gambar gambar makanan sepanjang bulan Syawal. Sedap dan menyelerakan hehe. Silakan menikmatinya. Semuanya homemade ok, thank to the Masterchef kat rumah den. Untuk jamuan atau makan sila dapatkan resipi  di internet dan buat sendiri hehe.

Ok gambar gambar yang kat bawah ni tengok je ok jangan makan plak hehe



Gambar gambar dari Tanah Suci Mekah

Seronok tengok gambar kawan kawan hantar melalui whatapps macam lintas langsung dari Mekah Al mukarramah pulak. Zaman teknologi tanpa sempadan serta merentas sempadan. Kalau zaman dulu kena tunggu balik baru boleh tengok gambar gambar, dah canggih sikit hantar email, lepas tu update fb (ada ka orang pi Mekah update fb? 😁) dan la ni ada whatapps, line, viber, tweeter, instagram bagai untuk share gambar. Suasana yang amat mengujakan, semoga kita juga akan sampai ke sana satu hari nanti, insyaAllah.

Selamat mengerjakan haji kepada semua  jemaah haji Malaysia.



Selamat Berangkat Ke Tanah Suci

Kejap je kan lepas Raya dan Syawal dah selesai rakan rakan yang nak mengerjakan haji akan mula berangkatke Tanak  Suci. Di pejabat pun ada beberapa rakan yang akan ke Tanah Suci, jom raikan...


Saturday, September 07, 2013

Raya dengan Adik, Ipar, Biras dan Anak Sedara


Raya di Bangi la pulak. Maklum Raya orang melayu ni unil, sampai sebulan sebab puasa pun sebulan kan. Tema potluk so macam macam makanan la depa bawak. Seronok gak dapat berkumpul adik beradik ni, kalau boleh buat cam ni 2, 3 bulan sekali pun bagus gak, dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan dalam keluarga. Maklumlah duduk Klang Valley ni semua sibuk bukan selalu pun boleh jumpa. 

Terima kasih kepada adik, ipar, biras ku yang sudi hadir dan bawak macam macam makanan untuk dinikmati bersama. Lepas ni sapa nak jadi host plak? Hehe


Finally semua dah keletihan dah hah, hehe

Raya di Ofis 2013 (Raya lagi...)


Tahun ni sambutan Raya di ofis baru lagi. Dah siap sedia baju melayu sampin bagai alih alih boss call suruh pi Ipoh ada keje urgent tak dapat ditangguh tangguh dah. Cuma dapat rasa dan kongsi gambar je la kan huhu. Dan aku, "selamat menyambut raya di perantauan" la jawabnya huhu. 



Marhaban 2013


Tahun ni di hujung hujung Ramdan kejiranan lorong organize Marhaban dari rumah ke rumah selama 4 hari berturut turrut. Penat gak balik ofis solat isyaq terus bersiap sedia nak marhaban. Format tahun ni macam tahun tahun dulu gak, potluk. Yang best tu makan dulu, dah kenyang baru la semangat nak marhaban kan? Hehe