Sunday, July 29, 2012

Majlis Berbuka Puasa - Yayasan Anak Yatim Darussakinah Teluk Intanbersama TMBikers, 28|7|2012


Berbincang sebelum memulakan perjalanan

Last stop di Tol Tapah sebelum sampai ke Yayasan Assakinah

Sampai di Yayasan Assakinah T. Intan, Perak

Bukan cerita pasal motor OK...hehe

Tahlil...
Ni bikers ke yg suka atau anak2 yatim ni? haha..
Majlis penyampaian duit raya dan goodies utk anak-anak yatim
persembahan nasyid oleh anak2 yatim memang best

Bersedia utk berbuka puasa

Bersiap sedia nak bertolak balik ke KL

Tuesday, July 24, 2012

Salam Ramadhan al Mubarak

Dipanjangkan rayuan derma/waqaf untuk menyiapkan tempat wuduk dan bilik air serta program Ihya Ramadhan (majlis berbuka puasa, tadarrus dan sahur), Surau Charok Kapas, Kupang, Baling.

Anda boleh bank in sama ada, A/C Surau al-Huda, Agrobank akaun no. 2005151000155520 atau Ustaz Muhamad Subri A/C Maybank akaun no. 158136704155.

Semoga infaq/waqaf anda diberkati Allah.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, July 15, 2012

Kau Ada?

Gambar sekadar hiasn


Aku ada prinsip
Prinsip aku simple je
Kerja biar ikhlas
Maknanya tak harap balasan
Maknanya buat yang terbaik
Kau ada?

Aku ada pegangang
Pegangan aku pada agama
Percaya pada takdir
Percaya pada balasan
Percaya pada Tuhan
Aku tak mudah lupa diri
Aku tak cari populariti
Itu pegangan aku sejak mula
Kau ada?

Aku ada keyakinan diri
Seba tu apa yang aku buat aku percaya ianya benar
Aku buat bukan atas arahan atau suruhan
Aku buat bukan untuk pangkat atau pujuan
Aku yakin pada Tuhan
Aku percaya pada diri sendiri
Kau ada?

Aku bahagia
Hidup aku sederhana tapi bahagia
Hari-hari aku penuh ceria
Dengan kasih keluarga dan kemesraan rakan yang ada
Biar tak ramai tapi kami akrab
Kemana pergi kami bersama
Kau ada?

Carilah perinsip sendiri
Binalah keyakinan diri
Ada pegangan yang kuat pada Tuhan
Carilah kebahagiaan hakiki
Usah bergantung pada manusia
Usah mengharap pada sesiapa
Kerana Allah ada
Kerana kau pun ada

Gambar sekadar hiasn

Boleh ke aku nak komen ni?

Boleh ke aku nak komen ni?
Aku bukan lagi part of the team
Maaf la kalau tersasul atau terlebih sudah
Tapi kalau sekadar nasihat apa salahnya kan...
Walaupun aku bukan yang selayaknya
Namun selaku insan wajib kita memberikan nasihat kalau ada yang tak kena
Terutama bila dah sampai ke tahap wajib adanya
Kalau dah gitu baik sama-sama kita jadikan teladan
Kalau tak baik jadi ia sebagai sempadan

Kita hidup ni di manapun sementara
Segala yang ada hanya pinjaman belaka
Bergantunglah kita diberi pinjam harta atau wang berjuta
Wajib kita manafaatkan ke jalan yg Allah redha

Tak payahlah nak cari payung di dunia
Nak bergantung atau berharap pada sesiapa
Buat je kerja dengan ikhlas dan niatkan sebagai ibadah
Tiada hany panky hanya menunaikan amanah
Kita sama-sama pohon kepada Allah
Moga segala kerja yang dibuat akan diberkati InsyaAllah

Tak usahlah nak menyalah atau takut dipersalah
Kalau dah betul apa yang dibuat kita berserah
Nak tutup mulut orang memang payah
Sebaik kenyataan berdasarkan fakta dan berpandu kepada sejarah
Salah menyalah taklah susah
Hanya sakitkan hati tak bawa apa-apa faedah
Yang penting cari jalan selesaikan masalah
Dan bertanya takut ada yang tersalah
Nak buat yang terbaik bukannya payah
Berpandulah kepada Al Quran dan Sunnah