Saturday, February 25, 2012

Lepak-lepak di Penang, cuti-cuti tahun 2010

 Jumpa gambar lama masa pi Penang dulu, teringat jalan-jalan ke Penang, best...beli-belah, makan-makan...macam-macam ada.... Pemandangan dari atas jambatan Pulau Pinag pun dah cantilk.

Di atas jambatan Pulau Pinang, tak jem...how nice...

Kami duduk di hotel berhampiran laut, Hotel Gurney di Gurney Road. Not bad lah dan buffet breakfast pun mewah dengan makanan...so enjoy dan kenyang sangat sampai tengahari.

Pemandangan dari bilik hotel
 

 




 Kalau dah ke Penang dan tak ke Lorong kulit atau Road Walk tak sah. Road Walk ni bersebelahan dgn stadium Pulau Pinang di area Dato Keramat. Buka pagi sahaja dan tutup tengahari. Macam-macam ada di sini dari buah-buahan, makanan, kain baju, ubat-ubatan dan yang paling best sekali barangan lama, tapi harga kena tawar lah, emmang penjual letak agak mahal, maklum lah barangan antik. Peminat-peminat barangan antik sure akan rasa Road Walk ni heaven bagi mereka.

Seronok berjalan-jalan di Lorong Kulit ni...macam-macam ada...
Di Road Walk atau Lorong Kulit...

 Malam tu pi makan di Padanf Kota Lama. Sini memang terkenal dengan mahalnya, tapi sekali sekala layan je lah....makan rojak pasembur memang terbaik di sini, laksa, lai chi kang semua ada....memang best la makan di sini.






Lepas dah kenyang,  pi jalan-jalan ke Batu Feringhi sampai ke Hotel Hard Rock cafe. Ambil gambar je lah kat situ dan otw balik singgah pasar malam dekat situ, macam-macam ada, tshirt, barangan kulit, DVD (ops...hehe), semua ada, letih dan lenguh kaki berjalan sebab panjang sangat sepanjang-panjang jalan.





 Sebelum balik, singgah ke Toy Muzium berhampiran Hotel Sandybay. Anak-anak enjoy la ambik gambar di situ, macam-macam karakter ada...superman, spiderman dll, cuma Kluang man je yang tak dak...hehe

















Nak balik tu kebetulan jumpa pulak Superman berhampiran salah sebuah Tadika di situ. Seronok lah budak-budak yang ke tadika ni...haha


Dan nak bali, menyedut udara segar Penang sebelum balik KL...hehe

Pemandangan Jambatan Pulau pinang dari arah pulau...

No comments: