Wednesday, February 22, 2012

Kota Kinabalu Trip....(Day 2)

Day 2, ke Kota Belud nak tengok macamana keadaan Pasar Tamu yg di war-warkan tu. Pagi-pagi dah excited, ingatkan besar bebeno. Sesampai di sana setelah menempuh perjalanan hampir 1 1/2 jam, Pasar Tamu di depan mata tak ade lah hebat sangat. Tapi yg paling popular di sini of course lah pisau dan parang keluaran Kota Belud, buatan tangan katanya....lupa nak ambil gambar tapi memang cantik siap dengan sarung diperbuat daripada kayu sekali. Katanya pisau/parang tu diperbuat daripada besi rantai motosikal atau basikal, entah lah betul la kot. Harga? Aku tak mahir bab-bab pisau dan parang ni, tapi kata salah sorang peniaga tu, ada orang semenanjung tu dah ambil dengan dia macam pembekal jual di Shah Alam, sekali tempah berpuluh-puluh. Aku setakat tengok je lah...sori, nanti aku upload pic di Pasar Tamu Tuaran ni...










 Tapi sebelum ke Kota Belud, sempat singgah di Naval Base di Tuaran. Terima aksih kpd Pak Usop kerana bawa masuk ke kem TLDM ni, kalau bukan calang-calang orang sure tak dapat nak masuk ke sini. Tapi sayang tak dapat nak tengok kapal selam, samada dah masuk dock atau keluar bersiar-siar. Nak amik gambar kat sini memang diharamkan sama sekali...

 

 Gambar-gambar pemandangan dari dalam Kem TLDM...
payah ni nak masuk kalau tak melalui Pak Usop...hehe

Bergambar bersama Pak Usop (orang Jitra) di Naval based KK.
Btw kalau nak ke KK, bleh contact Pak Usop 0195592535, complete
pakej homestay, kereta dan tourist guide all in one :D


Selepas ke Kota Belud, balik arah ke Tuaran singgah di Taman Buaya Tuaran, dikendalikan oleh syarikat perseorangan. Siap jual telur buaya dan daging buaya kering, makan ke? hehe... Souvenir lain ade gak jual, termasuk barangan hasil daripada kulit buaya, tujuan taman ternakan buaya tu ditubuhkan pun sebenarnya. Harga adalah dalam RM 7 ribu sebuah bag tangan, mahal tuuu...







                                        Telur buaya and dried daging buaya anyone? hehehe...


Pelan asal selepas ke Kota Belud, nak terus ke  Kudat, Tips of Borneo...tapi tak jadi sebab panas sangat semasa perjalanan dan di Pasar Tamu, aku dah migrain, so sempat singgah Taman Buaya je, lepas tu having late lunch, makan ubat dan balik tido.

Petang tu kami berkesempatan ke Nexus Resort, Karambunai...such a nice place. Pantai di situ sungguh halus dan panjang. Kebetulan tak ade orang ramai so boleh lah nak bergambar bagai nak rak. Katanya rental untuk resort semi-D dalam RM1200 seunit utk satu malam, mahal tu....tapi kalau off-peak boleh dapat antara RM400-600 perunit/nite. Patut la yg ramai duduk situ pun orang Jepun dan Mat Salleh je, kalau convert duit diorg baru berapa je kan? Next time kalau ada rezeki lebih boleh lah booking kalau nak merasa jadi orang kaya...hehe.

Apa yang lebih menarik dan mengujakan jiwa dan raga adalah pabila tengok matahari terbenam , Subhanallah sungguh cantik. Kalau boleh tak nak balik, tapi pemandangan tu of course la kejap je, lepas tu dah mula gelap menandakan maghrib dan dah nak malam.

Subhanallah, cantik sungguh pemandangan di Nexus Karambunai ni...

Melayan perasaan...hehehe

Cantik tak...pemandangan di belakang....hehehe


To be continued....(perjalanan ke Gunung Kinabalu, Kundasang & macam2 lagi...)

No comments: