Thursday, February 23, 2012

Kota Kinabalu Trip....(Day 3)

Day 3...perjalanan ke Kundasang mengambil masa lebih 2 jam, tapi sangat berbaloi. Kami bertolak lewat dalam 930am selepas Pak Usop tukar tayar kereta Proton Saga yang kami naiki. Ok gak la kereta Proton Saga buatan Malaysia ni, nampak je kecik tapi quite selesa. Actually dari homestay yang kami menginap tu bila keluar je sikit dah nampak puncak Kinabalu, tapi apa barang, tak kan nak tengok dari KK je kan? Alang-alang dah sampai baik lah terus ke kaki Gunung Kinabalu dan Kundasang.

Puncak Kinabalu, gambar dari dalam kereta

Dalam perjalana tu sempat lagi nak check-in foursqaure kat Jambatan Tamparuli. Ada lagu apsal jambatan ni macam lagu rakyat la dan Marsha pernah nyanyikan lagu ni masa AF dulu kalau tak silap. Jambatan besi je tapi banggan gak la bila dapat peluang check in kat situ, hehehe. Dalam perjalanan kami singgah di pekan Nabalu, ada menara peninjau di situ, tinggi dalam 10 meter ada kot. Siap naik atas tu try nak ambil gambar kemuncak Kinabalu dari menara peninjau tapi tak nampak sangat, awan dah mula menutupi kemuncak Gunung Kinabalu yang dikatakan pemalu tu... Pekan Nabalu ni jugak terkenal dengan buah nenas yang sangat manis, dah makan tu memang confirm manis semanis-manis nya.

Posing dari atas menara peninjau di Pekan Nabalu

Perjalanan diteruskan ke kaki Gunung Kinabalu. Bayaran masuk RM3 je dewasa, kira per head, kenderaan tiada caj apa-apa. Naik atas sampai ke Timpohon Gate tu tak ade la jauh mana, ramai je yang jalan kaki. Kebetulan hari tu tak ramai orang, parking kat Timpohon Gate tu tersangatlah limited. Nasib baik ada lagi area yang boleh diparking. Masa kami sampai tu ada la dua tiga orang mat salleh baru sampai turun dari kemuncak, penat je nampak tapi happy. Menara peninjau di Timpohon Gate ni sempoi habis, tak lah secangih view point Gunung Machincang di langkawi, memang teruja kalau dah sampai kata atas tu dengan cable car. Btw kalau ade cable car di Gunung Kinabalu ni pun lagi canggih. Anyways, macam aku kata tadi view pont sini memang sempoi habis, kalau nak cari sesuatu yg menarik memang tak ade pun, yanga da cuma gate, setesen TNB dan tupai...haah, tupai. Orang sini kata tupai tu baru je ade dan tersangatlah jinaknya, cuma kalau nak pegang dia lari lah, but cute. Last-last tupai tu lah yang jadi tumpuan sebab kemuncak Gunung Kinabalu dah tan nampak langsung dah.


Tengah bagi taklimat kunun, haha..

3 org mat salleh baru sampai dari puncak Kinabalu...bravo!








Viewpoint di Timpohon Gate



Alalala comelnya tupai ni....jinak2 tupai la ni...

Otw turun semua dah lapar, kami singgah makan bekal ynag dibawa di salah satu wakaf yang disediakan di situ, ada toilet senua lengkap, tapi airnya masyaAllah sejuk bangat...

Turun dari Gunung Kinabalu kami terus ke Kelah Sanctuary Tagal di Sungai Moroli, Ranau Sabah. Jarak tak jauh tapi perjalanan mengambil masa hampir satu jam. Tapi bila dah sampai dan masuk ke sungai yang dipenuhi oleh ikan-ikan kelah ynag bersedia mematuk dan mengurut kaki-kaki kita tu, masyaAllah memang best giler....tapi geliiii....hahaha. Syok sangat walaupun tak sampai setengah jam di situ. Kalau beli makanan boleh 'suap' ikan makan, terasa ikan tu menyedut makanan dari tangan kita, superb. Kawasan ni dijaga oleh orang kampung dan bayaran masuk murah je, RM 3 untuk dewasa. OK lah tu depa gunakan duit tu untuk emmpastikan kawasan ni terjaga. Kita hanya boleh sentih ikan tapi tak bolah angkat, so hati-hati jangan sampai ikan tu mati, kena denda RM3000 seekor kalau tak silap.


Tengah nak bagi ikan makan sambil ikan gigit-gigit kakiku

Foot massage...terbaek....hehe

Ikan kelah yg jinak-jinak belaka...best bangat




DI atas jambatan gantung....

Di situ juga ada jambatan gantung, so sempatlah amik gambar sebelum menuju ke Kundasang balik. Nak singgah di Hot Spring yang ada jambatan gantung setinggi 30 kaki tak sempat, so jambatan yg ada ni pun jadilah...

Sampai di pekan Kundasang, kami ke ladang lembu ala-ala di New Zealand gitu, tak jauh dari pekan Kundasang. Sini pun kena bayarn gak nak masuk, sama RM3 untuk dewasa. Ynag seronok di sini pemandangan nya, memang macam di NZ walaupun tan pernah sampai sana...boleh ambik gambar puas-puas,kalau bagitau kawan-kawan dan sampai NZ pun sure depa percaya kan? Nak beli fresh milk dah habis, so lepas melawat pusat penuysuan (betul ke perkataan tu?), kami turun dan singgah di masjid Kundasang sebelum balik ke KK.
Di ladang lembu NZ, eh...bukan, di ladang lembu di kaki Gunung Kinabalu...sejuk

Selamat datang ke NZ...hehe

Lembu tengah relaks...ditemani burung camar

menunggu turn untuk diperah susu lembu...

Proses memerah susu lembu dijalankan

Otw balik tu dah gelap sempat singgah ode lokan bakar di Jalan Sulaman yang popular tu. Pak Usop suggest gerai Bersamamu, tapi gerai ni tiada lampu, so kena beli bungkus je la. Kat sini selain dari lokan bakar, yg popular adalah air kelapa bakar dan coconut jelly yang tak dapat di tempat lain. Tapi dah beli bungkus tu tak lah sesedap makand ari kulit lokan tu sendiri...tak pa, next time kena datang lagi ni...hehe

Puding kelapa paling best, sejuk, nyaman, sedap...

Lokan tengah dibakar/salai sebelum dimakan

Sempoi je dapur dia ni...hehe

To be continued....(day 4, ke Pulau Manukan...memang heaven...)

No comments: