Saturday, February 25, 2012

Hatyai...sawadeekapp :D


Welcome to Hatyai...sawadeekapp...

Chumilnya tin coke ni, slim and tall, tak macam tin coke di Malaysia.Alhamdulillah sampai gak aku dan famili ke Hatyai ni (last year la...ni baru rajin nak buat posting...hehehe)

Coke Siam... :)

Pemandangan bandar Hatyai dari dalam bilik hotel

Alif posing bersama duit Siam 1000 bath

Di Thailand ni mudah naik tut-tut je. kalau nak drive aku tak konfiden sangat, especially dengan motor yg naik sampai 3 orang tu dan trafic light di merata-rata, tambah pulak parking yg payah nk cari sebab kenderaan yg banyak sangat-sangat. Tapi naik tut-tut ni kena kuatkan semangat, driver dia main redah je, yg best tu sepanjang kat sana tak nampak satu pun accident...suratan atau kebetulan?

Naik tut-tut nak ke Central Plaza
Posing sakan dalam tut-tut
Hatyai ni syurga membeli belah orang kata, tapi rasa aku barang-barang nya tak ade lah murah mana pun. Kira kalau tolak tambang, hotel dan lain-lain perbelanjaan tu, lagi murah lah kalau beli di Padang Besar atau di Rantau Panjang.

Posing depan gerai jual t-shirt di Hatyai

Di Central Plaza, macam-macam boleh shopping sini,
macam pasar siti khadijah di KB tapi lebih besar


Replika kapal zaman dulu dulu, cantik kan?


Makanan apa tah ni, kalau tak silap cengkerik goreng...hehe
Paling best bila ke Floating market, sebab tak ade di Malaysia. Bukan apa pun, cuma teruja tengok orang berniaga dari atas sampan masing-masing. Puratanya menjual makanan dan peniaga-peniaga di sini kebanyakkannya Muslim. Ada gerai atas darat tu siap jual roti canai, aku rasa dia belajar tebar roti canai masa dia berkhidmat di perantauan di Malaysia la tu gamaknya, hehe... Tapi rasanya lain dan dia letak gula, mungkin nak bagi ngam dengan selera orang sini la kot...garing dan manis, dan sori ya, tak ade kuah kari atau darl, tu kena balik cari kat kedai mamak di Malaysia la...apa barang cari kedai mamak di Hatyai, haha...

Baru sampai ke Floating market

Pemandangan Floating market dari jauh, menarik sggh...


Peniaga sampan di Floating market


Posing sakan berlatarbelakangkan Floating market

Sampan-sampan beratur tersusun rapi dengan barangan dan
makanan jualan masing-masing, kebanyakkannya beragama Islam

Posing lagi...

Cantik suasana di Floating market


Lampu tiang classic...

Jual air sirap dalam bekas diperbuat dari tanah liat, menarik sgt

Mau beli yg mana?


Makanan di 'deliver' menggunakan 'tangan extended'....hehe


Macam-macam ada...


Lagi gambar 'extended hand' peniaga, beginilah caranya nak hulurkan
barangan jualan termasuk makanan dan minuman kepada pelanggan
Seronok ke hatyai ni, cuma kalau nak pegi tu tak payah bawa baju banyak-banyak, beli je tshirt di sini kalau tak cukup, tak payah beratkan bag tu. Cuma bawa makanan segera just in case seperti meggi dab takut tak jumpa gerai makanan Islam. Kalau duduk area town tu, ramai peniaga-peniaga malam Muslim yang jual macam-macam makanan dan masakan panas di tepi-tepi jalan, macam di kampung baru la kot.

Restoran Muslimada beberapa buah yang kami jumpa dan makan tapi agak mahal berbanding di Malaysia. Mungkin sewa mahal la kot...

No comments: