Monday, May 21, 2012

Join TMBikers di KB bersama HC Turun Padang, 19 May 2012


Seronok dpt join dgn member2 TMBikers di KB baru2 ni. Konvoi bergerak dari Menara TM bermula jam 9am. Seramai 32 bikers join program ni, termasuk 8 geng kapcai yg bertolak tengahmalam 17 May 2012. Alhamdulillah semua 40 bikers selamat sampai di KB.

Malang tak berbau, Chip yg ride secara solo sebab ada meeting pada sebelah pagi down berhampiran Merapoh akibat jalan berpasir. Beliau gagal mengawal jentera dan mengalami kecederaan di lutut kanan. Aku yg dah sampai ke KB dari KT lebih awal (tak dapat join konvoi sebab bertugas di KT hari khamis), terperasan ada miscall drpd Chip pada leboh kurang 330pm. Bila return call, terus Chip bagitau "aku accident.." Alamak cam na bleh accident ni, di mana, parah ke...macam2 timbul tapi tak sempat nak tanya. Chip bagitau dah ada org yg tolong dan kereta peronda pun dah sampai.

Aku terus call Safetycar yg mengiring konvoi, dan konvoi stop jap lebih kurang 50km dari Gua Musang menuju arah ke Kuala Krai. Aku minta Safetycar patah balik utk bantu Chip sebab polis dah bantu Chip bawa ke klinik. Aku assume tak parah so boleh la sape2 bawa motor Chip ke KB dan Chip bleh naik Safetycar. 10 minit kemudian Chip call katanya "aku dlm ambulan ni, nak ke hospital Kuala Lipis sebab Hospital Gua Musang penuh. Alamak...cam na ni. Nak jadi cerita Usop sms, dia kata dia kena patah balik sebab ada meeting pulak dah. Nasib naik Usop berada di Raub stop utk solat.

Aku sampaikan berita ke Usop, Usop sanggup patah balik sebab meeting postpone ke malam. Sambil tu aku terus call bagitau Safety car Chip dah dibawa ke Hospital Kuala Lipis, suruh diorg patah balik ikut konvoi ke KB, jauh sgt kalau nk follow sampai ke Lipis, lagipun Usop dan wife Chip dah otw le Lipis. Leb ih kurang 40 minit kemudian Chip dan Usop dah sampai ke Hospital Kuala Lipis. Doktor x-ray lutut yg luka dan cuci. Lepas tu Usop call bagitau Chip kena dibawa ke Hospital Temerloh pulak sebab Hospital Kuala Lipis tak cukup fasilitis utk operate lutut. Isteri Chip yg otw pun patah balik utk ke Hospital Temerloh. Usop bawa balik seluar koyak Chip dan boot Chip ke Seremban. Motor, napsack, jaket dan helmet Chip, Polis Merapoh bawa ke Balai. Chip bagi contact no Sarjan di balai Merapoh utk kami settle motor Chip. Kami settle motor Chip di Balai pada Ahad tu selepas tamat event di KB. Huiyoo...sggh dramatik, hehe...

Berbalik kpd event di KB pada hari berikitnya memang best, ada yg buat sales, ada yg join team collection dan ada yg pegi ke Kubang Krian utk activity CSR di salah sebuah kampung di sana bersama anggota TM HQ dan TM Kelantan. Malam tu ada appreciation nite, siap dgn persembahan dikir barat oleh anggota2 TM Kelantan.

Keesokkan konvoi ke rumah Dato Salleh di Pengkalan Chepa atas jemputan anak beliau Rosli Yg juga AJK TMBikers. Sedap makan nasi dagang dgn bermacam2 lauk. Ada reporter drpd Utusan, Berita Harian dan Kosmo interview tentang activiti TMBikers...glamer habis, haha.



Selepas bergambar, konvoi berpecah kpd 3 grup di trafic light selepas Wakaf Che Yeh, superbike menghala ke Machang-Jeli-Gerik-KK-KL, kapcai menghala ke Kuala Terengganu-Kuantan-KL melalui jalan pantai, dan Safetycar bersama Arifin Retro ke Merapoh utk settle motor Chip di Balai Polis Merapoh. Selepas motor naik Storm Arifin, dah kol 330pm baru lunch sebelum menuju ke Hospital Temerloh melalui Kuala Lipis. Konvoi superbike sampai KL dalam 8pm, kapcai sampai Gombak 3am dan Safety car sampai 1am.

Alhamdulillah yg penting semuanya selamat sampai ke destinasi dgn selamat dan mendapat pengalaman baru yg amat berharga amen (congrats kpd geng kapcai yg tak menyahut cabaran mat-mat rempit semasa perjalanan balik ke KL).

Hotel di tengah2 KB di mana semua peserta dari HQ dan
TM Kelantan berkumpul

Best hotel ni, memang berbaloi2 kalau bercuti di KB dan stay di sini.
Team TMBikers baru sampai diiringi oleh KB Bikers



Berkumpul sebelum aktiviti jualan, kutipan dan CSR berlangsung

Breakfast di Hotel Habib KB
Bersemangat tuuu...hehe
 
Bergerak ke rumah pelanggan...








Hello. nak pasang Streamyx di rumah? woof woof....haha




Acara sambutan selamat datang dan dinner bersama TM Kelantan













Ballroom Hotel Raudah di mana Majlis Apresiasi dan penutup
berlangsung, siap ada persembahan dikir barat lagi...hehe
Penyampaian hadiah kepada peserta
TMBikers pun ambil peluang utk jualan merchandise gak, masyuk...hehe

TMBikers Fan club members...hehe
Kapcai bersiap sedia utk bergerak ke rumah Dato Salleh (ayahnda abg Ross)
Bergambar kenangan sebelum bergerak ke Pengkalan Chepa
Basikal bermotor ciptaan sendiri...canggih...hehe
Bacaan doa utk keselamatn konvoi dan kesyukuran....bike di tengah tu rekaan sendiri,
pakai enjin mesin pemotong rumput je, hebat org Pengkalan Chepa ni...hehe
Konvoi bergerak ke rumah abg Ross
Abg Ross bersama keluarganya yg sporting habis, cayalah...
Kekenyangan...hehe
Sesi temubual oleh wartawan dari Utusan, Berita Harian dan Kosmo di rumah Dato Salleh
Konvoi sebelum bergerak balik, tunggu Dato Salleh utk majlis ucapan
terima kasih dan bersalaman dgn Lead Konvoi, bro ZZZ aka Yang ARif
Bro Arifin bertungkus lumus mengikat morot Chip supaya tak jatuh nanti


Safetycar masuk....one biker down at Merapoh,...one biker down at Merapoh over
(lakonan semula...huhu)

Majlis penyerahan kunci motor Chip di Balai Polis Merapoh,
motor Chip dah naik Storm bro Arifin, tengkiu Arifin dan Raimi




No comments: