Monday, May 07, 2012

Faedah Perkeso yg kita patut tahu



Apakah yg perlu anda tahu tentang Perkeso? Perkeso adalah Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Pekerja atau Insuran Pekerja yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia untuk manafaat pekerja yang ditimpa bencana. Setiap pekerja bergaji di bawah RM3000 sebulan layak mencarum di dalam Perkeso, dan keahliannya adalah berdasarkan sekali masuk terus masuk. Sebagai contoh, jika anda naik gaji atau pangkat melebihi daripada RM2000, hatta sebagai COO atau CEO sekalipun, jika anda pernah mencarum, anda harus terus mencarum. Kelebihannya? Seperti insuran yang lain, jika anda tidak ditimpa apa2 kemalangan, anda tak boleh claim apa2...ada org kata rugi lah cam tu, tapi rugi ke kalau tak ditimpa kecelakaan?? Namun kemalangan tak berbau, so kalau ditimpa kemalangan, dan diberikan MC melebihi 3 hari berturut2 akibat kemalangan di tempat kerja, anda perlu melapor ke pejabat Perkeso terdekat, jika layak anda akan menerima elaun sepanjang tempoh MC. Jika diikutkan, tuntutan tersebut adalah hak majikan terutamanya jika majikan bayar gaji sepanjang tempoh MC tersebut, tetapi rasanya tiada majikan yg claim, indirectly dah jadi hak pekerja. 

Perkeso cover apabila shj pekerja yg mencarum keluar daripada pintu pagar rumah untuk ke tempat kerja dan di sepanjang perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja, semasa berkerja tak kira lokasi, semasa keluar untuk makan tengahari dan semasa melakukan apa2 shj aktiviti rasmi syarikat seperti aktiviti kelab sosial tajaan syarikat selagi ianya dibenarkan oleh syarikat dan tidak melanggar undang2 negara dan bukan aktiviti merbahaya. 

Perkeso juga melayan tuntutan kecederaan akibat daripada pekerjaan berterusan terdahulu yang dilakukan utk tempoh masa yg lama seperti sakit tulang belakang yg kronik akibat mengangkat barang2 yg berat, atau hilang pendengaran akibat daripada bekerja di tempat yg menghasilkan bunyi yg kuat seperti di lapangan terbang dan apa2 kecederaan yg seumpamanya (kemalangan pekerjaan), namun ianya perlu dibuktikan dgn rekod2 pekerjaan dan juga perubatan. Jika  berlaku kemalangan, pastikan laporan polis dibuat segera. Namun demikian penyakit 3 serangkai tak diperakukan sebagai penyakit pekerjaanan.

Saya suka nak highlight perkara ni sebab kebanyakkan pekerja atau waris tidak tahu hak mereka. Malah jika individu yg pernah bekerja jatuh sakit atau meninggal akibat kemalangan pekerjaan, balu atau ibu bapa layak memohon manafaat drpd Perkeso.

Kenapa pekerja tak nak memohon MBO? Kebanyakkan pekerja masih mempunyai anak yg bersekolah. So mereka takut jika MBO, tiada gaji atau pendapatan tetap. Penerangan berkenaan kelebihan Perkeso seperti bayaran perubatan akan ditanggung oleh Perkeso, pencen tetap bulanan, elaun bantuan untuk pembantu jika tidak berkemampuan, serta biasiswa untuk anak2 yg masih bersekolah...banyak tu... Tapi saya tak nak sakit, saya hanya nak kongsi maklumat ni terutamanya kpd pekerja yg sakit dan memerlukan serta layak sahaja (termasuk waris). Doakan kesihatan utk kita semua, amen...

 http://www.perkeso.gov.my/ms/majikan-a-pekerja.html



No comments: