Wednesday, August 07, 2013

Selamat hari raya maaf zahir batin ✌



Rendang rusa
Aneka kueh
Siang puasa
Malam tarawikh 

Asam laksa
Roti kaya
Sebulan puasa
Esok raya

Kalau nak ceria
Duduk atas pelampung
Esok dah nak raya
Jom balik kampung

Makan bahulu
Bawah kemah
Jangan malu
Jemput ke rumah

Kueh lepat
Kueh cara
Lemang, ketupat
Pembuka selera

Beli ikan aya
Makan ikan patin
Selamat hari raya
Maaf zahir batin

Saturday, July 27, 2013

Ride Amal ke Yayasan Anak Yatim As Sakinah Chenderong Balai Teluk Intan

Dah lama tak ride, ride santai di awal pagi RV di R&R Rawang menuju ke Tapah sebelum menghala ke destinasi. 

Tahun sebelum ni berbuka puasa di yayasan yg sama, so ni kira revisit la.

Alhamdulillah syukur dapat bersahur bersama2 dgn anak2 yatim seramai 30 org, solat suboh bersama2 mereka dan sebelum balik, menceriakan anak2 yatim dgn membawa mereka menunggang motosikal kami. 

Keletihan sempat lelap mata sejam je semalam selepas bersahur dan sebelum solat suboh, tapi pengalaman terbaik untuk mengajar kita erti kehidupan dan mensyukuri nikmat yg Allah kurniakan kepada kita. 








Sambutan Hari Pekerja 2013, Stadium Bukit Jalil


Enjoy the monent walaupun team lain skema habis hehe







Karnival Sukan 2013 Proton Shah Alam 😁

Penuh kelainan dan ceria 😁



Thursday, July 25, 2013

Majlis Berbuka Puasa Bersama Tun M

Co organize event ni dgn Jabatan lain, Alhamdulillah sukses walaupun banyak halangan dan cabaran ✌





Program Umrah Kakitangan Proton

Alhamdulillah dah 4 batch dah sampai ke Tanah Suci anjuran koperasi dan badan islam syarikat ni, semoga dipermudahkan...plan for next year insyaAllah.






Tuesday, July 23, 2013

Event Lembaga Zakat Selangor

LZS teruskan usaha utk meningkatkan taraf ekonomi ummah, semoga yg dah berjaya tu membantu insan yg di dlm kesusahan lain pulak ok







Saturday, June 08, 2013

Breakfast Spot Terbaik di Kilang Lama, Kulim

Breakfast kat sini macam2 ada, nasi lemak, roti canai, peknga, cucur udang, kueh mueh bagai. Rugi kalau tak try makan kat sini. Semua makanan mabeles πŸ‘hehe. Selain dari kebahagiaan dapat jumpa ibu bapa dan saudara mara, makanan2 di kampung yg enak dan menyelerakan menjadi tumpuan dan perhatian, tak gitu? ✌

Sunday, June 02, 2013

Majlis Merisik Bakal Menantu Baru

25 May 2013 berlangsungnya majlis merisik bakal menantu Baba dan Mami yg baru di Kulim. Untung la sama2 orang Kulim, hehe. Tahniah Kapten Muiz. Lepas ni kena bersiap sedia utk Majlis Pertunangan pulak, hari raya ke tiga πŸ‘






Saturday, June 01, 2013

Jom Seafood @ Bagan Lalang

Selepas beberapa bulan plan akhirnya minggu lepas tak semena-mena sampai juga ke Bagan Lalang terus dari Kulim. Jauh tu beratus km nak makan seafood. Tujuan dan niat, nak makan seafood di Restoran Bayu Malam. Dua bulan lepas dah pegi tapi tak merasa ikan dan ketam, nampak sedap. Harga pun boleh tahan tak macam di Bangi atau KL. Waktu terbaik adalah untuk sampai antara 6 hingga 6.30 ptg. Kalau lewat orang dah ramai, lama la nak menunggu. Dah kenyang, otw balik boleh singgah solat berjemaah di masjid berhampiran. Nak kena repeat ni....hehe




Sunday, February 10, 2013

Ride Sana Sini

Lama giler tak ride, tengok pemandangan dan kejadian alam milik Allah. Sama lah juga lamanya laman ni tak diupdate. Ada sebab sebab tertentu yang amat tak dapat dielakkan, bukan disengajakan. Harap harap segaalnya akan kembali normal dalam masaterdekat.

Dapat ride hari ni memang amat menenangkan fikiran, release semua tension. Btw sori MN aku sampai lambat ke RV point tadi. Tapi berbaloi la, walaupun kerrta banyak tapi perjalanan amat relaks sekali. Short ride je sampai ke PD tapi malas nak singgah Teluk Kemang, ramai sangat sangat manusia. Perjalanan diteruskan sampai ke Pasir Panjang. Dapat pulak makan roti canai kampung kat Pasir Panjang Port Dickson, berhampiran jeti nelayan. Sambil bersarapan sambil melihat pemandangan ciptaan Allah yang sungguh mengasyikkan. Ridepun santai je, berdua dengan sahabat lama semenjak dari sekolah menengah lagi. Lama gak terpisah, baru jer bersua kembali. Masing masing merantau, la ni masing masing dah menetap di area Kelang Valley. Apa lagi terus la kena racun, hehe. Setelah pelbagai model dan jenama dicuba, diamati dan diteliti, akhirnya R1200RR yang tertambat di hati. Tak kisah la apa pun janji hepi. Kita ride untuk hepi. Plan nya next week nak ke Temerloh makan ikan patin masak tempoyak atau patin bakar. JJ ajak join geng MAS Bikers ke PD. Ahad pulak kalau tak silap ada charity event di Banting. Semuanya menarik dan mengujakan, tak tau mana satu nak pilih. Apa pun, charity event tu nampak menarik. Sambil ride dapat muhasabah diri, bantu golongan yang amat memerlukan. Semoga segalanya berjalan lancar dan seperti yang dirancang, amen.




Friday, November 30, 2012

Char Ho Fun! Mabeles...

Best lak makan char ho fun ni, memang mabeles... Aku memang suka makan, btw sape yg tak suka makan kan? Hehe.... Tapi yg ni memey sedap, wajib promote ke kengkawan yg duduk area kulim dan kawasan2 yg sama waktu dgnnya. Kalau ke area Kilang Lama - Kulim Hi Tech jgn lupa singgah di restoran d'satay (btw satay pun not bad di sini), kalau dari pekan kilang lama menghala ke Kulim, just about 2km, sebelah kanan jalan ada sebaris shoplots. Try jgn tak try....kbai...