Sunday, February 10, 2013

Ride Sana Sini

Lama giler tak ride, tengok pemandangan dan kejadian alam milik Allah. Sama lah juga lamanya laman ni tak diupdate. Ada sebab sebab tertentu yang amat tak dapat dielakkan, bukan disengajakan. Harap harap segaalnya akan kembali normal dalam masaterdekat.

Dapat ride hari ni memang amat menenangkan fikiran, release semua tension. Btw sori MN aku sampai lambat ke RV point tadi. Tapi berbaloi la, walaupun kerrta banyak tapi perjalanan amat relaks sekali. Short ride je sampai ke PD tapi malas nak singgah Teluk Kemang, ramai sangat sangat manusia. Perjalanan diteruskan sampai ke Pasir Panjang. Dapat pulak makan roti canai kampung kat Pasir Panjang Port Dickson, berhampiran jeti nelayan. Sambil bersarapan sambil melihat pemandangan ciptaan Allah yang sungguh mengasyikkan. Ridepun santai je, berdua dengan sahabat lama semenjak dari sekolah menengah lagi. Lama gak terpisah, baru jer bersua kembali. Masing masing merantau, la ni masing masing dah menetap di area Kelang Valley. Apa lagi terus la kena racun, hehe. Setelah pelbagai model dan jenama dicuba, diamati dan diteliti, akhirnya R1200RR yang tertambat di hati. Tak kisah la apa pun janji hepi. Kita ride untuk hepi. Plan nya next week nak ke Temerloh makan ikan patin masak tempoyak atau patin bakar. JJ ajak join geng MAS Bikers ke PD. Ahad pulak kalau tak silap ada charity event di Banting. Semuanya menarik dan mengujakan, tak tau mana satu nak pilih. Apa pun, charity event tu nampak menarik. Sambil ride dapat muhasabah diri, bantu golongan yang amat memerlukan. Semoga segalanya berjalan lancar dan seperti yang dirancang, amen.